Tuesday, May 20, 2014

Kawan Macam-Macam Kawan....

Berkawan ni kadang-kadang best tapi kadang-kadang jadi tak best!

Dalam dunia pekerjaan ni walaupun sibuk denga kerja, sometimes kita nak jugak borak-borak, sembang-sembang dengan orang kiri kanan kita kan. Bukan lah sampai mengabaikan kerja, cuma sekadar release-release tension ke release  keboringan ke...

Dulu-dulu, dalam tahun 2007 hingga ke tahun 2010, Angah rasa happy sangat datang kerja. Tak kira kerja bertambun ke, terutama bila Fakulti buat event, tak kira kena marah ke kena maki ngan pegawai ke, Angah boleh kerja dengan tenang dan rasa best...SEBAB Angah ada rakan sekerja yang sangat best.  Kami ada gang sekepala yang boleh bekerja secara bersama, bergurau senda, outing weekend sama-sama...memang best lah masa tu! 

Kadang-kadang yang jadi AJK sesuatu event tu hanyalah salah seorang daripada kami, tapi yang bagusnya, kawan-kawan baik ni sukarela bantu walaupun nama tak tercatat dalam buku program...owhhh what a wonderful...feeeling.

Tapi semuanya telah menjadi kenangan...Angah tak akan lupa BFF yang bernama ILA, IDA Dan CT... semua dah keluar dari UM dan bekerja di tempat lain....

Sekarang ni, bukanlah bermakna Angah  tak boleh berkawan dengan orang lain, boleh...cuma..tak boleh nak ngam selalu...sebab ramai sangat yang PLASTIK. 

Yang bermuka-muka satu hal, depan manis, belakang...?  tapi angah tak kisah sangat perangai macam ni, lantak le dia nak gali dosa sendiri

Yang tak tahan jenis kawan yang suka memandai-mandai...kerja kita bukan main pandai dia nak mengomen macam-macam, nak menentukan macam-macam..eh kerja aku bior le aku yang buat...nko buat kerje nko  boleh?...TAK SUKA TAU....


OK, sekian...sesi membebel...



Rindu kamooo semua...

4 comments:

~ Cik Azz ~ said...

Betul.. Bila dapat geng yang sekepala dengan kita, semuanya akan jadi BEST... hehe..


Yang tak best, bila ada kawan yang pandai cakap tapi tak pandai buat.. Sangat la g-r-r-rrrrrr.... haha..


Akakpun rinduuuuuuuu dengan kawan2 serumah masa kerja kat JB dulu.. huhuhu..

Ujie said...

Tengok gamba pun boleh tau betapa mesranya dan rapatnya hubungan korang.

Kwn sejati..tak mungkin luput dari hati.

ANIM said...

Memang best kalau dapat kawan satu kepala...
Kerja boleh beres, hati pun senang..
Sabo jelah banyak2..,Allah nak bagi banyak pahala tu!

Khai♥Rin : anies said...

patut la org kata, dunia ini sepi tanpa kawan2