Thursday, August 07, 2014

Citer Raya 2014

Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum  semua!

Apa kabor? Harap semua sihat-sihat hendaknya…..

Ramai yang sedang berpuasa sunat enam kan? Alhamdulillah…dikurniakan sihat tubuh badan, bolehlah menambah pahala dengan ibadah-ibadah sunat…

Ada sestengah orang kesihatan dah ditarik Allah, ada sesetengah orang usahkan yang sunat, yang wajibpun tak mampu lagi di buat…bahagian masing-masinglah kan…redha je lah dengan takdir hidup yang tertulis..


Hola… apa nak citer ni? Hihihi
Citer raya angah biasa-biasa je, rutin tahunan lebih kurang sama je

Raya Pertama

Perjalanan balik ke kampung di Kuala Kangsar. Macam biasa balik sorang diri dulu, sebab Che Din raya ke tiga baru dapat cuti....well mak dah redho..nak

First time naek keretapi KL-Ipoh,naek kat KL Central… berdebor aih. Selalu naek bas KL-KK  di pagi raya pertama. Rupanya tahun ni bas transnational tak beroperasi pada 1 syawal. Ipoh pulak tu, jenuh adik kena datang menjemput , sebabnya tiket keretapi ke Kuala Kangsar abih licin…

ececehh senyum w/pun hati sedih gak ninggalkan Che Din

Best rupanya naek keretapi, barulah nampak Malaysia ni masih banyak pokok-pokok menghijau di sepanjang perjalanan. Dah tentu tak jammed satu hal, tepat 2 jam setengah perjalanan dah sampai…tak sempat lena pun.

Tak sempat berposing kat stesen keretapi sebab angah sengsorang je, Che Din drop je kat setesen terus dia gi kerja…lagipun  beg tersangat berat dengan kuih raya…sabor je lah

dalam train, selfie sorang diri...

Sampai Ipoh dah 1.30, Che Na dan suami dah sedia menunggu, biasalah kalau KL dah lengang dah tentu di Ipoh dan Bandar-bandar negeri pulak yang jammed, kat pukul tiga baru sampai rumah Mama…

ish kebuloq nya rasa…tak dan salin baju teruih bukak tudung saji..tu dia…ngan lemang, rendang ayam, daging masak itam, sambal bilis….ermm apa lagi angah pulun makan, mula ngan nasik ngan tempoyak, pas tu sambung ngan lemang lauk pauk bagai…tak sampai 2 jam berikutnya….haa baru tau langit tinggi rendah…penyakit ceri beri pun datang….adui…azab betui…

Yeyy dah sampai rumah!

Posing adalah kemestian

Lepas asar, teruih jalan ke rumah yang wajib ziarah…seberang jalan je pun, rumah makteh, adik Mama…angah bantai laksa sepinggan…bertambah azab le perut angah lepas tu.


Iman, Makteh, Kak Yang, Mama and Che Na

Balik dari rumah Makteh, ada tetamu menunggu, Keluarga Opah Chu, opah sedara  side Mama...macam ni la setiap kali datang, dorang akan konvoi 2,3 kereta...

Malamnya kami beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.  Rumah adik perempuan abah, Makcik Sabariah...(tudung biru)


Rumah Opah Chu, satu-satunya opah sedara side abah yang masih ada...

* tamat raya pertama...perut masih memulas...hadoi


Raya Kedua

ok, posing


berlakon...ala-ala bertanya kabor gitu...skrip please!


ni pon berlakon...tanya-tanya kuih raya, balang raya bagai... huhaaa tabiat 3 beradik ni memang begitu...


ni rumah Pah Yang..yang duduk bertudung gelap semua tu opah sedara side Mama

 aduhai...cucu-cucu sape ni...

habih pokok pulasan Pah Yang kena renggah

Dari rumah Pah Yang, pergi ziarah abang sulung Mama,  Ayah Lang


Ni la Ayah Lang, dah agak uzur dah Ayah Lang

 Balik dari rumah Ayah Lang, ada tetamu menunggu dirumah Mama...ehh...ada baby..


ehem... bila la agaknya...


Malamnya...oleh kerana dah naik muak dengan bau rendang, lemang yang ada kat rumah, kitaorang ambik angin kat Arena Kuala Kangsar...tapi tak banyak restoran yang buka...maklum la...peniaga pun nak beraya juga

* nasib baik raya kedua, perut dah beransur sihat...boleh makan macam-macam lagi

Raya Ketiga

Pagi, beraya di Pondok pengajian agama di Kampung Jeliang. Sebenarnya ada ahli keluarga angah yang menjadi penghuni Pondok yang bertemu jodoh di kala usia emas...


Berseri-seri penganitn berbaju putih....Makndak (sepupu Mama)  dan Pakndak baru. Lebih 20 tahun Makndak menjadi ibu tunggal kerana kematian suami, alhamdulillah...bertemu jodoh baru

Petangnya, huhaaa...Che Din dah sampai...tu dia duk terjah makan deroyan dulu aih...

Tak lama lepas Che Din sampai, angah bersiap-siap nak balik ke kampung Che Din di Felda Ijok, Selama

Punya la Jammed, tengah malam baru sampai...

Raya Keempat

Beraya di Sungkai, rumah adik  mak mertua

Sebahagian keluarga Che Din

Sukanya dia...ni Che Din ngan sepupu dia...aduhai macam kembar sebab dua-dua kurang rambut!

Ni Ahsraf, cucu terbongsu Che Din, setakat ini...

Raya Kelima

Duk menziarah keluarga di seluruh Selama, sampai ke Maghrib


Raya Keenam

Yeyyyyy...balik semula ke Manong, kampungku tercinta...kebetulan hari ini semua adik-beradik akan berkumpul, setelah beraya di rumah mertua masing-masing...

Plan cantik...buat BBQ selepas maghrib. Lepas asar dah start membakor-bakor...



e'eh....sempat pulak sambor deroyan yang baru luruh



Aqil and Shayang...yang paling kecik setakat ini...dalam keluarga angah

Gang kain pelikat, keepanasan...maklum le panas main api...



Bestnya....

Raya Ketujuh

Humangaih...memang beraya benor angah ni...Hari ni nak ke Ipoh 


Gi rumah Lope
Gang lelaki. Lope and the Ipar duai

eh kompom le yang perempuan pun ada 

Pernah pergi Gunung Lang? hihihi...angah pestime pergi walaupun selalu datang Ipoh...cantik tempat ni









aummcak!

alololo....ada shooting MV hindustan pulak ni!


Moh le balik kome oi...dah penat ni....

Puas beraya...best sangat beraya sesama keluarga kan kan kan...

Ok, Jumpa lagi

Wassalam



6 comments:

❤Kamsiah❤ said...

tu diaaa...raya 7 hari dalam satu entri...kalau akak dah buat 7 entri hehe...

Kakzakie said...

Betul-betul manfaatkan cuti raya ni Angah. Bila lagi kalau bukan masa ini kan..

Acik Erna said...

memang best angah...bila dapat jalan ramai gan adik beradik..
tapi acik dah tak dapat dah..
abang2 kena tunggu menantu cucu pulak dah..

Rinna said...

Waahh curlast laa n3 angah.. sampai raya ke 7 gitu.. caya laa..

Seronok laa yer beraya di kampung.. ngan family gitu..

Selamat Hari Raya Angah.. Maaf Zahir dan Batin

ANIM said...

raya sakan angah, hihi..

gunung lang tu selalu nampak dan lalu tapi tak pernah singgah..
menarik juga ya

Khai♥Rin : anies said...

angah dpt cuti lama syok laaa... boleh beraya sakan...sy ni raya ke 3 da blk...kena keja waaaaa