Monday, August 25, 2014

Sehari di PPUM


9.00 am. 
Pandangan kosong. Memerhati sekeliling tanpa sekelumit perasaan. Menunggu memang melelahkan rasa nak demam pun ada. Kelihatan pelatih jururawat berunifom biru bergerak berkumpulan. Sana sini jururawat pergi datang dengan tangan penuh fail fail pesakit. Di tempat menunggu kelihatan manusia bertaraf warga emas menunggu giliran dan aku…sama menunggu giliran. 

Sejak 3 bulan lalu sangat kerap aku menjadi pengunjung tetap di sini, Klinik Hematology . Eh aku sihat…Cuma entah kenapa darah aku sangat kurang..4.8 je hb aku, sangat berbahaya tapi tak pernah lah aku pengsan cuma cepat penat dan mengah selalu.

Terkenang keluarga di kampung. Seingat aku, akulah yang paling rajin sakit..dengan tak mengandungnya, dengan sis ovarynya, dengan dengginya, dengan fibriodnya dan kini dengan kurang darahnya…semuanya menyebabkan aku sangat kerap berjodoh dengan hospital ni aduhai...ya allah, sihatkanlah aku ya allah. Fibroid ni ntah mana datangnya ntah…ini lah menjadikan penyakit bulanan aku tersangatlah sakitnya.

Oh ok…no aku dah naek, dah  boleh mendaftar setelah 40 minit menunggu…baru dapat daftar ye… perlu menunggu lagi untuk diambil darah pulak. Suara pembantu jururawat melantun sana sini melaung nama pesakit, berkali kali, ntah ke mana mereka pergi….mungkin bosan menunggu diaorang berjalan-jalan sampai tak sedar dah sampai giliran. Tak lama nama aku pula dilaung, yeh I’m ready nurse! Ngap! Lengan aku disuntik dan darah disedut…phewww nyeri beb. Nurse tu buat kerja cepat-cepat..maklumlah  ramai pesakit hari ni, eh hari-hari pun ramai la. 

Dah..moh cari makan, lapor weh, result darah selalunya 2 ke 3 jam baru dapat.
Ketika melalui lorong Menara Timur mencarai tampat bersantap aku disapa seseorang dengan ceria. Oh rupanya kenalan masa tinggal di flat PKNS Kerinchi, budak ni Pembantu klinik di kawasan flat tu. Oleh kerana  setiap bulan aku mendapatkan rawatan senguggut di klinik tu aku dah jadi mesra ngan budak-budak pembantu klinik tu. Eh tapi aku lupa lak nama budak ni,  tak pe sembang je la. Katanya dia hampir tak kenal aku, sebab aku dah kurus dan bermuka pucat, aku pun citer lah sikit-sikit pasal sakit-sakit yang aku alami.

Ramah betul budak ni. Dah lama baru aku berkesempatan bertanya dia pulak. Dia meolak kerusi roda seorang kanak-kanak…aku tanya kenapa…rupanya kanak-kanak tu anak dia…menderita keser tulang…Allahhuakbar. Dah setahun dia cuti tanpa gaji kerana menjaga anaknya itu. Anaknya dikesan kenser selepas jatuh ketika bersukan di sekolah, anaknya rebah tiba-tiba. Ya Allah…. tabahnya dia, wajahnya masih tak lekang dengan senyuman…Ya Allah kau sembuhkan lah anak dia. Aku jadi insaf sekejap kerana selalu question kenapa aku sering diduga bermacam sakit….sedangkan ada orang yang lebih teruk sakitnya…teruk lah kau ni.

10.40 aku kembali ke klinik, menunggu giliran berjumpa doctor pula, pesakit makin ramai tapi suasana agak tenang…kerana semua penghuni klinik sedang kusyuk menonton skrin tv yang bersiaran langsung upacara menyambut jenazah MH17.




Ermm..aku rasa penat sikit, ye lah dah lah darah kurang, diambil pulak untuk diuji…hai..(eh mengeluh!)…tiba-tiba klinik gamat sekejap, seorang pesakit tua keluar masuk bilik rawatan…bilik 28, bilik 25 eehh…rupanya bilik 24 dia patut masuk…hahhaha…asik salah bilik maklum le mata dia dah tak berapa nampak...kesian..



11.20…dah tak mampu nak duduk tegak dah…nak bersandar pun kerusinya tak berapa sedap…12.00…belum jugak nombor aku naek, lenguh aih kaki tergantung…moh bersila sat. Akhirmya 12.50 baru nombor aku naek…



Resultnya, drop semula darah aku…doctor tambah dos ubat tambah darah…dan minta aku datang 3 minggu lagi. Sementara tu 4 September ni aku dirujuk pula ke klinik gyne untuk masalah fibroid. hai..nampaknya panjang lagi jodoh aku ngan klinik-klinik di PPUM ni…


* janggal pulak bahasakan diri 'aku'...

7 comments:

Kakzakie said...

Ujian setiap kita yg masih diberi usia tak sama Angah. Bersyukur bila membandingkan ujian masih mampu di tanggung. Moga ada kesembuhan juga buat Angah..

ps: kakak lebih suka membaca yg guna 'aku' macam bahasa novel dan masa kita bermohon doa kepada Allah..

Angah said...

Tu la kak, bila time 'sangat sakit' tu..mula la hati ni goyah mula marah x tentu pasal...

Khai♥Rin : anies said...

syafakallah utk angah...

Umi Nazrah said...

salam singgah. dekatkan diri lebih lagi dengan Allah. kita diuji dengan cara yang berbeza. inshaAllah, kita kuat untuk menghadapi ujian Allah :)

Mazni said...

Ya Allah..lama x baca blog..ari ni blog walking...mcm2 dugaan ya Kak Ina...bertabahlah...Allah menguji pada yang mampu..in shaa Allah ada hikmah tu....saya suka writing kak ina..mcm baca novel...u are talented in writing...buatlah novel...aye sudi membelinya ;o)...mmuah...miss you...leh tak bagi no fon...no asik ilang je..no kak yah semua ilang.....nnt drop no kt fb ek?? mmuahhh

Nora Karim said...

allahuakbar... ujian sementara buat angah... banyakkan bersabar... saya doakan semoga segera sembuh... moga Allah permudahkan segala urusan angah... jaga diri ya... salam kenal :)

Angah said...

KhaiRin, tq dik..

Umi Nazirah & Nora karim,
tq sudi jenjalan di blog angah tq juga untuk doa kalian

Mazni,
tq sayangku...