Tuesday, July 07, 2015

Bismillah Lima

Assalamualaikum Kawan-Kawan semua, apa kabor?
Harap sihat walafiat hendaknya, harap makin kuat zahir dan batin mengabdi diri dalam maladeni babak ketiga Ramadhan dan bergembira hingga ke akhirnya.

Ok, hari ni nak cerita sikit tentang perkembangan diri angah sejak bergelar pengidap Fibroid. Angah mendapat Fibroid tanpa tahu sebab musababnya, yang mana akhirnya Angah mendapat conclusion bahawa ia adalah permainan HORMON.

Dalam pembacaan Angah terhadap penyakit ini, rata-rata mengatakan punca yang paling utama terjadinya Fibroid adalah memakan  Daging Merah. Setelah ada Fibroid pulak, ia menjadi kepantangan paling utama untuk dielakkan jika tak mahu Fibroid makin membesar dengan jayanya

Namun ironinya sebelum ada Fibroid pun Angah BUKAN lah pemakan Daging Merah sangat-sangat, jadi, kenapa Fibroid boleh hinggap juga…?

Inilah keajaiban sistem badan kita. Setiap dari kita ini tidak sama.

Maka, setelah ada Fibroid, langsunglah Angah tidak menjamah Daging Merah. Tapi yang peliknya Fibroid Angah grow jugak…see?

Sehinggalah Angah mengidap Anemia akibat bleeding yang teruk setiap bulan. Angah disarankan memakan makanan-makanan yang boleh menambah darah, salah satunya adalah Daging merah. Tapi Angah sangat takut untuk makan Daging Merah kerana takut Fiboid makin teruk.

Akhirnya Angah bertemu dengan seorang pengamal perubatan Akupuntur, sambil membuat akupuntur, dia memberi petua kepada Angah supaya makan je Daging Merah bersama amalan Bismillah Lima. Katanya, badan kita ni tak tahu apa makanan apa yang sesuai atau tidak, jadinya dengan mengamalkan Bismillah Lima ini, Insyaallah setiap yang kita makan itu tidak akan menjadi racun dan tidak akan memudaratkan kita. Mudah-mudahan dengan izin Allah.

Kepada kawan-kawan yang merasa tidak sihat badan, sakit-sakit ke, marilah kita amalkan Bismillah Lima ini, mudah-mudahan dengan kehendak Allah kesihatan kita akan bertambah baik…

Wassalam.




Bacaan dalam Rumi
  1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
  2. Bismillahish Shaafii
  3. Bismillahil Kaafii
  4. Bismillahil Mu’aafii
  5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Makna Ayat
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara khasiat Bismillah
  • Penawar bisa diri
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Penawar bisa-bisa badan
  • Penawar bisa batu merian
  • Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya


4 comments:

Kakzakie said...

Alhamdulillah banyak-banyak blog ini aje yg kakak bolehmasuk utk komen tau Angah.
Something wrong dgn system blog kakak.

Apa pun yg baik dariNya kita akur..

Khai♥Rin : anies said...

terima kasih berkongsi... kat mana ye tmpt angah buat akupuntur tu?

Angah said...

Kak Zakie, ye ke...tak pe le, sikit lagi pulih le tu

Anies, Angah pergi klinik yang dekat dengan PWTC, kat sini 'Alamat: No 12, Jalan 2/23A, Off jln Genting Klang,53300 Setapak,KL. Jam: 9am-7pm.. Tel:03-41417770 019-3700999'

CintaHati Lina said...

terima kasih atas perkongsian ni.. ilmu akhirat yang sangat memberi manfaat.. alhamdulillah.. moga Angah cepat sembuh.. fibroid ni kadang kita tak jangka kan..