Monday, August 17, 2015

Keserasian

Bukan senang mencipta keserasian antara sesama manusia, terutama dalam hal-hal tugasan di pejabat. tugas lain-lain, cara kerja lain-lain, peel lain-lain,kehendak lain-lain. Betullah,tu! takkan sama pulak eh?

Nak ceritanya, hal kerja di pejabat,

Hal staf dan pegawai,

Orang kata, staf perempuan dengan pegawai perempuan selalu tak sebulu, betul ke..

Mungkin ada betulnya, menyorot enam ke sepuluh tahun yang lalu - ada juga Angah berkonfrantasi dengan pegawai, sebab tak puas hati dengan cara kerja, dia sebagai pegawai tak puas hati dengan kita, kita pun sebagai staf tak puas hati dengan dia. Ada lah jugak sehari dua tak bertegur sapa....tapi tak lama la, sebab kerja kita direct dengan dia....mana boleh dingin lama-lama...tak jadi kerja nanti.

Oh ye, sejak tahun 2000 hingga Julai 2015 ni pegawai Angah semua perempuan, bersilih ganti, 
memang Angah mengadap bos perempuan je...kesabaran dan toleransi kena tinggi, sebab mood ada pasang-surutnya...

Namun sejak tahun 2010, Angah rasa sangat nyaman dan damai datang berkerja, pegawai yang satu ini agak lain, walaupun jantinanya sama dengan pegawai-pegawai sebelumnya.

Inilah kebahagiaan di tempat kerja bila berada dalam situasi 'keserasian' dalam setiap hal...Alhamdulillah Allah mengurniakan seorang pegawai yang sangat bertolak ansur,baik dan sangat memahami.


Inilah Puan Zurina Shaik Osman, nama diberi, orangnya manis, semanis perilakunya. Memang satu 'pemberian' lah bila dapat pegawai yang baik begini...kerja jadi senang, itu yang penting.



Tapi jodoh kami tak panjang, biasalah di UM ni pegawai-pegawai akan di reshuffle  dalam lingkungan 5 ke 6 tahun. Maka 15 Ogos 2015 yang lalu, berakhirlah perkhidmatan Puan Zurina di Fakulti Angah. Selamat Berjuang di tempat baru Puan!

Segala budi baik dan tunjuk ajar puan akan Angah jadikan rujukan dan panduan.



Selamat Maju Jaya!

8 comments:

Khai♥Rin : anies said...

alhamdulillah dpt bekerja dgn org sebegini...

Kakzakie said...

Tidak rugi menjadi ketua yg dihormati dah disayangi
Jasanya pasti akan dikenang.

Sanisah eeiyss said...

eh, angah keja kat um ka? kak ipaq is qeja di situ jugak (^___^)

Angah said...

ye cik puan eeisyss...angah kat fakutli sastera...

Bunda_nora said...

angah keje kat UM yer... ansk bunda baru lepas belajar kat situ...kini bekerja kat PPUM....

Zareda Norman said...

Bila boss baik mrmang akan jd kesayangan staff

Rinna said...

Boss baik kerjasama pun jadi mudahkan.. :)

Cik Azz said...

Apabila dah serasi, semuanya akan jadi lebih mudah kerana masing-masing saling memahami..

Sekarang bos baru perempuan jugak ke..? Harap-harap serasi jugak la dengan dia.. hee..