Wednesday, August 26, 2015

Oh Malaysiaku

Suram

Tidak teruja

Semangat entah ke mana

Itu yang di rasa…

Kasihan negaraku Malaysia

Semarak merdeka hilang bisa

Gagal menyengat jiwa

Kenapa?
*******

Minta maaf, ini yang Angah rasa, kawan-kawan bagaimana?

Berbaki kurang 6 hari menjelang Hari Kemerdekaan Negara, tapi suasana sambutan bagai tidak terasa.

Apakah kerana GST?

Apakah kerana KONTROVERSI?

…..apapun negara kita hanya satu, Malaysia hanya satu, tolong jangan berhenti mencintainya.



#mulai tahun ini sambutan hari merdeka tidak akan mempamerkan jumlah tahun kemerdekaan kita, ia akan di sebut ‘ Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2015’  ia untuk mengelakkan Sabah & Sarawak dari rasa terpinggir…

...ini hanya rasa peribadi Angah....

Wassalam

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

ekonomi x menentu so sambutannya suam2 kuku

Cik Azz said...

Kat sini macam biasa.. Bendera dah mula berkibar di setiap rumah.. Mungkin sebab kat sini kebanyakkannya bekas tentera.. Maka, jiwa patriotik tu sentiasa ada hingga ke hujung nyawa..

p/s: Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam suasana kelam.. Bangkitlah ceriakan suasana.. :)

Rinna said...

Kann.. cam tak de mood jer..nak sambut merdeka..

Kakzakie said...

Usah kata kita yg telah matang
anak-anak pun bagaikan kurang ceria dgn jalur gemilangnya
berbanding tahun-tahun lepas main basikal pun ada bendera tau Angah
Tahun ini kakak tak nampak lagi.

Banyak sangat isu yg membuat rakyat 'sakit'