Wednesday, November 18, 2015

Tahniah Kak Chik ~UPSR 2015~

Tahniah kepada semua pemilik keputusan UPSR yang diumumkan semalam.


Cemerlang, sederhana atau yang biasa-biasa, itu adalah kejayaan anda.

Kejayaan yang berhasil dari ketekunan dan pengorbanan masa juga tenaga bahkah yang terpenting adalah doa anda dimakbulkan Allah, tahniah sekali lagi.

Tahniah juga untuk ibu bapa yang menjadi pendorong dan pemangkin semangat anak-anak – anda sungguh bertuah kerana memiliki anak-anak untuk di didik.

Jumlah A yang dimiliki adalah kayu ukur bahawa anda boleh! Tapi ia bukanlah penentu kejayaan dalam seluruh kehidupan, masih jauh lagi denai yang berliku perlu dirintis untuk bertemu dengan kejyaan yang hakiki.

Lop, Kak Chik dan kak Yong - Tahniah uolss...

Sayangku Kak Chik, semoga terus istiqamah dengan semangat juang di medan pelajaran, doa dan harapan Makngah dan Pakngah semoga Kak Chik sentiasa di pelihara Allah sehingga ke akhirnya.



Hadiah, sila mintak daripada Pakngah..hihihi


Sebab Pakngah kan kawan baik kak Chik...:D

#menumpangkasihanakbuah

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tahniah juga dari auntie buat Kakcik
MakNgah tu pengelat bila bab hadiah aje suruh minta kat Pak Ngah ye hihi...

Rizziela said...

Jangan lupa tuntut hadiah tau kakcik

Unknown said...

Tahniah..minta hadiah besar2 tau..hahhah

Angah said...

hihihi...Kak Zakie, Makngah ni memang mengelat sikit bab-bab hadiah ni...

Bunda_nora said...

Tahniah untuk Kak Cik... jangan lupa tuntut hadiah tau....
Mak Nagah tu bukan apa...dia nak tunggu keputusan PT3 Kak Cik nanti baru nak kasi hadiah....hehe...

Madam N said...

tahniah jugak ye..k chik.hoho

Angah said...

pandai Bunda..kiki

Tq Rizzila, Diana and Nabila

zino said...

tahniah kepada adik yg berjaya dalam UPSR....perjuangan belum berakhir

Unknown said...

tahniah untuk kakcik (^___^)

iryantyismail said...

tahniah kak cik..samalah dengan kak yan..kak yan pun hanya menumpang kasih pada cucu

Unknown said...

tahniah kakcik (^___^)v