Tuesday, March 02, 2004

nak senang nyer pasal....

aku tak penah pakai handbag cam pompuan lain, yang aku ada hanya sebijik beg galas kulit kaler itam, itu le yang aku galas kemana saje, gi opis, gi soping, balik kampung pon aku bawak beg itu jugak. Bukan aku kedekut nak begaya tapi aku rasa beg galas ni senang dan menyenangkan aku, senang bawak, senang isi barang sebab banyak poket, senang tipu orang he he he....(org ingat aku student) jadi nak buat pe aku beli beg lain. kat UM ni student naik bas yang khas tuk student sahaja, tapi ada staf yang cuba cuba nak naik, selalu nya kena halau turun . kadang-kadang ada student yang terlebih gaya susah naik bas tu kena tunjuk kad matrik baru lepas tapi aku selamat, tak penah driver tu mintak kad matrik pon, lagipun muka aku ni ada sikittt awet muda he he he tertipulah tipah itu.... senang kan hidup aku ngan beg tu?

Tapi last wekend, beg itu buat julung-julung kalinye telah menyusahkan dan memalukan aku....kantoi kantoi
Setelah 8 kali pusing JJ jumpa le aku dgn barang yang aku nak, aku terus gi kesyer nak bayor. sambil budak kesyer tu punch rege barang tu aku pon raba la tempat biasa aku letak duit, raba punya raba duit takde, aku bukak purst tak de gak, buka poket tu, bukak poket ni takde gak..mak aikh...mule le peluh jantan keluo. dek kerana belakang aku ada org. aku suruh kesyer tu cencel dulu dan cakap kat dia tinggal dulu barang kat situ and aku nak pi cocoh duit. sambil jalan kau raba poket lain, tak sampai 10 langkah haaaaa ada ada ada....cisss kat poket dalam menyoroknya duit tu, aku pun pusing balik, Q belakang 2,3 orang. aikkk mana barang aku? huihhh dah kene humban kat lantai kweng kweng kweng.....yang bertambah tak sedap tu mulut kesyer tu leser gak. budak kesyer sebelah tu tanya pasal ape ada barang kata lantai, dia kata 'entahlah custemer tu, tak de duit...nak datang balik, tak tahu la pot pet pot...' amboi amboi herot benyot mulutnya cakap, marah je bunyiknya, dia tak perasan aku yg tengah Q ni la 'custemer' tu. aku pon katalah dengan muka garang dan bengis ' excuse me...that is my pillow! ' senyap siolll ekekek padan muka dia

Jadinya buat julung julung kalinya juga aku rase beg ini tidak selalu menyenangkan aku. tapi aku tetap tidak akan memakai handbag, kerana aku belum bersedia untuk jadi ayu he he he

No comments: