Tuesday, January 31, 2012

Kisah Hati - Alyah (Final AJL26)

Hoyeyh...sangat suker ok bile alyah menang best perfoment..




owh! Remy ishak...yumiii!

Mood: Gedik

Wednesday, January 25, 2012

Ting Tong...!

I do hope that I could play the guitar like this!

[ Motif letak gambor Jep? kui kui kui...]


"oit! lebih baik belajo mengaji Quran lah!" sergah satu suara dari belakang.

toink toink...benjol dahi keluar bulan bintang...

"erk..Che Din! bila balik?" aku bertanya dengan pipi yang dah bewarna pink!

Saturday, January 21, 2012

musim tak sihat kah?

Buat itu tak kena, buat ini tak kena
Plan itu tak jadi, plan ini tak jadi


Akhirnya bersendiri  di rumah merpati ini
penjagaku pergi nmencari rezeki
dalam keadaan tidak sihat
perlu ku tunggu kalau-kalau dia pulang tiba-tiba 
dalam keadaan yg tak larat


Ya Allah buangkan rasa susah hatiku!


* semalam plan nye nak balik kampung dengan Che Na, nak ziarah mama yang tak berapa sihat, tapi sehari sebleumnye Che Din juga tak sihat, semalam bertambah tak sihat dan dapat MC. Hari masih tak sihat, tapi kena kerja kerana tak cukup staf. So angah tak jadi balik kampung.


Ya Allah sembuhkan Che Din dan Mama angah...Amin

Tuesday, January 17, 2012

Antara Bendera Dan Bom


Ohhh...budak  yang turunkan bendera lebih berbahaya rupanye...jadinye dia telah digantung 3 semester, tak sempat le amik exam ye...kesian..

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhh...budak yang nak bom helikopter tu, dibebaskan, dibenarkan amik exam sebab mengambil kira masa depan nye...bertuah..


"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

- Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 

Kesian ko Adam Adli, masa depan ko tak di ambil kira pun.

Teringat kes N*m*wee yang menghina Negaraku, hina islam tak de apa tindakan diambil pun, siap boleh terjah parlimen, siap boleh jumpa menteri, suka suki hati dia je nak dana buat pilem...pilem 1 malaysia katanye...huhuhuhu...

 haisyyy... tak paham

Saturday, January 14, 2012

Rasa nak pengsan

Sape tengok badminton petang tadi? hahaha cemas tak?
angah sampai nak pengsan dua tiga kali..cemas sih..
best giler tengok diaorang berkejar-kejar mata
bertambah best bila yang kat gelanggang tu hensem-hensem belaka kui kui kui...
akhirnya double dari korea menang yahooooooooo

Sungguh ENAK bila ada team lain yang bole menumbangkan team china kan kan kan...jaki dan nyampah angah  kat team china!

chaiyok korea! nak harap kan double Malaysia Koo-Tan, hampesss





Pstt...yang sebenornye ketika angah menulis ni, hati tengah berdebar tengok Chong Wei melawan Chen Long...dan YESSS di akhir angah manaip ni Chong Wei dah pun menang! yeeeehaaaa double kegumbiraaan...

Wednesday, January 11, 2012

Januari bermakna 9 tahun sudah....


Kawan-kawan, doakan jodoh kami berpanjangan dalam bahagia dan barakah Illahi


aasik menumpang bergambor dengan anak orang lain je kan...

Jadi kawan-kawan tolong juga doakan angah dapat anak sendiri tahun ni ye!

Monday, January 09, 2012

Dah abih seminggu

Ish cepat benor rasenya masa ni berjalan yek. Udoh masuk minggu kedua Januari dah ish ish...masa ohhh masa...

nak nyanyi lagu Nora sikit.."masa berlalu, tanpa ku menyedari...(sila sambung seniri kikkkiki)



Ate, angah ni di opis buat koje hal-hal cuti staf, jadi nye hujung tahun dan awal tahun memang sangat bizi, hujung tahun nutup cuti staf, awai tahun masukkan cuti baru, itu le koje nye saban tahun...naik cemuih dah rasenye...itu belum masuk hal-hal perkhidmatan staf lagi uiiii saye sudah buhsan....


Wssalam..itu je nak kabor...

Wednesday, January 04, 2012

Muhasabah





Jarak waktu yang meninggalkan
harus pasti tidak kembali
janganlah kau nanti


Wahai hati dan jiwa
sila pasrah
pada ketentuan
yang datang bukan kita nanti
yang pergi tidak kita minta


Terletak takdir diri
pada takdir Illahi


Ruang hati perlu suci
redha dan zikir membersih nurani


...adinaduana/muhasabahdiri/04012012

Sunday, January 01, 2012

Makin tua atau makin dewasa?

Berkalih tahun
beralihlah umur..
Seram!

Apabila umur meningkat terasa hajat makin tak sempat!
Oh tuhan tolong perlahankan waktu supaya aku tidak terburu-buru

'kamu belum sempurna sebagai perempuan!'
'ya, aku tahu, sebab itu aku takut!'


...hati, bertabahlah.