Tuesday, January 01, 2013

2013

Saat dentuman dan percikan bunga api masih hingar di dada langit, tanda ria menyambut hadirnya 2013 - Daku masih merenung diri terkenang 2012 yang berlalu pergi.;

Sungguh, tiada yang tersangat indah dan tidak pula tersangat berduka - daku hanya biasa-biasa sahaja, hidup mengikut takdir aturan yang maha Esa;

Tiada yang dapat daku kutip untuk dibawa ke hadapan, tiada juga yang perlu daku tinggal untuk jadi sempadan - semuanya biasa-biasa sahaja, okey okey belaka;


Harapan ;

~ Daku sebagai hamba - berharap dapat menjadi insan yang lebih mengasihi dan dikasihi 
    sang pencipta
~ Daku sebagai isteri - masih berharap dapat menyempurnakan hidup sang suami
~ Daku sebagai anak - terus mewangikan doa untuk kesejahteraan kedua orang tua
~ Daku sebagai pekerja - berharap terus diberi kekuatan untuk menggalas amanah yang 
    beri

*Selamat Tahun Baru Duhai Sahabat Semua, Semoga hari ini menjadi terlebih baik berbanding semalam*


01.01.2013 
Memohon yang terbaik buat hubungan ini, kala  genap 10 tahun  hidup bersama pada hari ini


8 comments:

kasihredha said...

Selamat tahUN baru...Dan ulang tahun pkahwinan Semoga bahagia selamanya

Fifi Nadhrah said...

salam kenal dari fifi..

selamat tahun baru..

Angah said...

Kasihredha, Selamat Tahun Baru, TQ ya

Fifi, salam ukhuwah, tq coz jenguk sini

Kakzakie said...

Alhamdulillah Angah... indah percaturan hidup telah Allah berikan. 3 tahun menganyam hidup bersama moga terus mendaat limpahan rahmat..

Selamat tahun baru juga dari kakak.

~ Cik Azz ~ said...

Wahh.. Dah 10 tahun dah ya.. Alhamdulillah.. Moga rumahtangga Angah dan suami terus bahagia berkekalan selamanya.. Amin...

Tahun baru, azam lama.. Tak nak buat azam baru dah sebab tak pernah tertunai yang lama tu.. Cuma mengharapkan agar ada sinar lebih bahagis, rezeki yang melimpah ruah serta berada di bawah lindungan Allah jua.. Insya-Allah...

Angah said...

KakZakie & Kak Azz, Tq atas doa utk angah suami isteri....

semoga hari-hari mendatang lebih memberikan kita kebaikan dunia dan akhirat...

NaJaH RaZaK said...

selamat tahun baru..semoga kebahagiaan menjadi milik kalian hingga syurga ^_^ sweet..hee~

Angah said...

TQ Najah....