Saturday, April 30, 2011

Abah

Ya Allah ringankan lah kesakitan abah angah...

***********
Dalam usia 64 tahun abah angah tak pernah sakit teruk. Abah sangat sihat, cergas dan sangat kuat bekerja. Ye lah, abah hanya bekerja kampung, mak pula suri rumah, kalau tak berhempas pulas mencari rezeki manakan bisa membesar dan mendidik kami 5 beradik ni...

Alhamdulillah angah bersyukur.

Sehingga la lately ni emosi kami sekeluarga sangat terganggu, kami tak punya pengalaman, segalanya macam kelam kabut sikit...seingat angah, ini la kali pertama abah keluar masuk hospital..

Sebelum ini angah selalu dengar cerita kawan-kawan opis, tentang sakit-sakit tua yang bapa mereka atau suami mereka alami. Sekarang angah pula berhadapan perkara itu...

Bermula 2 minggu lalu, abah tak boleh buang air secara normal. Hampir 2 hari tak boleh kencing, sakit tak tentu rasa seluruh badan..akhirnya ke hospital dan dimasukkan tiub getah. Rupa-rupanya sakit perut berangin yang selalu abah kena sebelum ni akibat batu karang.

Pagi semalam tiub getah tu di cabut dan dibri makan ubat,  tapi sampai ke malam abah masih tak boleh boleh buang air. Sebab tak tahan sakit,  malam tu jugak pergi hospital semula. Abah harap abah boleh dibedah cepat, sebab memasukkan tiub tu semula menyebabkan darah banyak keluar dan abah mengerang sakit. Sedih bila tengok abah sakit. Well.... hospital kerajaan, nak bedah pun tunggu turn, paling awal pun bulan Julai nanti baru bole set date untuk bedah.

Abah minta ke hospital swasta kerana dah tak tahan sakit...harus dibuang cepat batu-batu yang memblock saluran kencingnya...Insyaalah kami adik-beradik akan usahakan. Semoga Allah memudahkan urusan kami dan menyembuhkan penyakit abah...

Abah & Mama yang comel...Semoga diberi kesihatan yang baik...

11 comments:

secangkir madu merah said...

Angah, akak faham dgn situasi angah & keluarga yg sedih kerana kesihatan ayah. Akak pernah alaminya 7 tahun lalu bila abah akak dimasukkan ke hospital selama sebulan kerana di serang stroke, abah kini jalani sisa2 hidupnya terlantar di atas katil dan duduk dikerusi roda saja dgn bantuan anak2. Dan beberapa tahun lalu emak akak pula buat bypass jantung, baru2 ini mata mak akak kabur dan kami adik beradik buat collection utk bawak mak ke klinik mata swasta utk buat operasi dan alhamdulillah sekarang penglihatan mak dah ok.
Dari pengalaman akak, sebaiknya angah dan adik beradik berpakat2lah utk bawak ayah buat rawatan secepat mungkin..kesian dia. Semoga angah dan keluarga tabah ya..

.

zino said...

elok bawa ke hospital swasta... semuga abah angah cepat sembuh...amin

Mazni said...

Saya doakan abah Kak Ina cpt sembuh. Ada apa2 yang sy boleh bantu? Just let me know ye Kak Ina.

~ Cik Azz ~ said...

Mudah2an abah Angah cepat sembuh... Bila dah semakin berumur ni, macam2 penyakit yang datang...

Sabar la ya pakcik.. dan Angah serta keluarga jugak..

Angah said...

terima kasih atas nasihat dan doa kawan-kawan semua...

Rinna said...

Elok laa tuh Angah pakat2 laa adik beradik untuk mengubat ayah di hospital swasta.. kesian kalau tgk orang tua kita sakit kan. Moga ayah Angah cepat sembuh..

Angah said...

terima kasih kak rinna..

Abah dah dibawa ke hospital swasta kat taiping, tapi masih belum buat operation, doktor nak pantau dulu..

republik n9 said...

Allah, kesiannyer, moga abah Lu cepat sembuh, amin..

p/s: salam kenal

Angah said...

terima kasih rebuplikn9. salam kenal...

cik1356 said...

biasalah angah, orang tua kalo sakit kite tatau nak buat camane. selalunya mak la yang paling paham abah kan... tak silap ada jugak dengar cara tradisional nak pecahkan batu karang tu. tapi tak ingat kena makan ape..
hopefully abah angah cepat sembuh

Angah said...

terima kasih cik1356