Monday, January 21, 2013

Bosan Di Tempat Kerja?

Assalamualaikum kawan-kawan.


Korang ada rasa bosan tak kat tempat kerja? Angah dah lama dah merasa bosan di tempat kerja. Maklum le dah masuk kategori senior, bila kerja semua dah dihujung jari, tak perlu rujuk buku atau yang lebih senior, terasa kerja amat mudah, bila dah mudah terasa amat bersenang lenang yang lama-kelamaan menjadi satu kebosanan, kerana dah tak adventure gitu…(kenkunun)

Membaca akhbar Kosmo semalam, ada artikel bertajuk ‘kelebihan bosan di tempat kerja’ wahhh kebosanan pun ada kelebihan ek? Kajian dibuat salah satu Universiti di London. Moh kita tengok apa dia kata;-

Kajian yang disiar dalam British Psychological Society itu mendapati mereka yang bosan di tempat kerja mampu menggalakkan pemikirang kreatif  (oh ya?)

Sesorang yang bosan sebenarnya mempunyai ruang untuk berkhayal dan berimaginasi. Justeru ia boleh menggalakkan daya kreativiti. (begitu rupanya..)

Boleh lah diterima akal…sebab puisi-puisi yang angah tulis pun selalunya terhasil bila angah boring tahap melampau.

So, kalo bosan silalah berkhayal..gitu? Selamat berimaginasi! (jeling-jeling bos sama ye..)



Happy Working!

11 comments:

Acik Erna said...

assalam angah..acik jarang rasa bosan ditempat kerja..cuma sesekali bila dah tahan sangat dengan manusia yang tak senang tengok acik tu..apa je yang acik buat tak betul..acik pasang radio pun dia kata kuat padahl..kawan yang dok belakang meja acik pun tak dengar..

Cikgu Ma said...

saya kalo bosan di tempat kerja, alamatnya lintang pukang la murid...hehehe

Angah said...

Acik, macam-macam hal dan kerenah kan dekap opis. baguslah acik jarang bosan, angah ni rasa macam nak tukor fakulti je

Cikgu Ma, sesunguhnya kerja cikgu ni memang tak sempat nak bosan kan..

combi said...

xpe..asalkan hjung bln dpt gaji..heeeeeeeee

Ujie Othman said...

Masa kerja dulu mmg penah bosan..yelah sbb kita dah kira terer buat sume.

Nampaknya angah kena apply ke bhg/jbtn lain..bg cbrn baru.

Angah said...

Combi...:D, time gaji memeng suka!

Ujie, terfikir jugak nak tuko jabatan, tapi memikirkan dah selesa di sini selalu tak jadi mintak tuko kikikiki

secangkir madu merah said...

Angah, bosan di tempat kerja itu perkara biasa.. Bila kita dah lama di satu2 tempat atau buat kerja yg sama dlm jangka masa yg lama mmg bosan... tapi cubalah buat sesuatu yg baru atau mungkin kemas ruang kerja sendiri supaya nampak lain.. hehehe

Angah said...

Kak Yatie, tq - tengah terfikir nak hias dinding border keliling meja angah ni..:D

Kakzakie Purvit said...

Kalau angah nak tahu kakak kalau boring jenjalan ke blog kawan-kawan. Tengok baby-tengok resepi seronok lupalah sikit ap yg diboringkan..

Angah said...

KakZakie, Opis angah ni bahaya sikit. kalo berlama-lama berinternet yang bukan hal kerja nanti kena sekodeng dgn unit teknologi maklumat...kena hendap IP adress ....

Kasih Salina said...

bosan pun takpe kak, gaji masuk bulan2..tp tak best la sebab tak fun la kan, boleh jadi tekanan juga tu..apa pun pasti ada jalan penyelesaiannya..