Thursday, December 08, 2011

Jom Gi Jalan...

Assalamualaikum kawan-kawan, adik-abang-kakak semua..

Hahaha menulis dengan mood ceria ni...

Saja nak kabor, 
esok angah cuti, nak gi jalan ke Tasik Chini, sebab kawan  Che Din kawen di Felda Chini..uiii tak sabor rasa di hati, nak jalan ngan sang kancil  kami, yang kecil lagi comel ini...



Doakan perjalanan kami selamat ya!

Monday, December 05, 2011

Oh Selesema!

Suatu petang:


mula bersin-bersin
hidung mula berair-air
kelopak mata mula panas
batang hidung mula rasa berat dan rasa nak tercicir


air hidung makin lama makin laju
tak sempat nak di seka-seka
habis tisu, tuala dan baju yang dipakai 
jadi alat pengelap


Menjelang malam:


air hidung yang panas dah kurang
tapi kelopak mata makin sakit
sampai ke urat kepala
bila dah tak meleleh
dia membeku pulak
lalu menyumbat rongga hidung
maka lemas lah rasa sebab susah nak bernafas


mengiring ke kiri, dia tumpat sebelah kiri
mengiring ke kanan, dia tumpat sebelah kanan
akhirnya baring menyandar tinggikan kepala
mulut ternganga 
mengharap udara masuk ke rongga dada
perghh...susahnya bila selesema!


Selesema kali ini angah tak pergi ambik uabt di klinik sebab,
Che Din pesan, minum air banyak-banyak
Mama pesan, banyakkan mandi dan basahkan kepala
Dulupun ada cikgu pesan, kalo mandi mulakan dari kaki


Oh! ajaibnya...sangat mujarab
biasanya dengan ubat klinik
ambik masa seminggu baru pulih
dengan mengikut pesanan di atas
selesema angah hanya sehari setengah!


Alhamdulillah...hoyey...hoyeyyyyyy

Wednesday, November 30, 2011

HUJAN MALAM DI KUALA LUMPUR

Mencurah, menghempas dinding kaca jendela
denting dengungnya menusuk telinga
pendengaran berbaur antara angin dan guruh

aku masih mengetik papan kekunci huruf
menulis butir-butir kata
namun tak kesampaian apa yang aku rasa
bahasa seakan tidak sama rata
dengan kemahuan yang hendak dicerita
ah…hujan ini
bagai membawa lari segala emosi
dek dengungnya yang membungkam bicara hati
                                 
adinaduana/30.11.2011/8.45pm


Gambar: TQ Che Yahoo

pstt...di tampat kawan-kawan hujan tak malam ini?

Rabu Tanpa Kata ~8~

myMetro 17 tahun makan bedak, sabun






Tuesday, November 29, 2011

"dah nak menang sangat dah.."

aduhai anak rimau...


Angah perasan, pemain kita ni mudah sangat cedera, kurang kalsium kah? pemain lawan menten je sampai minit akhir....

Sunday, November 27, 2011

Salam Satu Muharam 1433 Hijrah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H. 
Semoga amal ibadah kita sebelum ini dan yang akan datang  terus dipelihara dan dipertingkatkan. Semoga semuanya mendapat limpah rahmat dan diberkati Illahi.

Azam? ramai yang berazam pada 1 Januari tahun masehi, tak apa lah, angahpun macam tu tapi apa kata kita mulakan azam pada 1 Muharam pula, semoga lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan untuk mencapai azam tersebut.

Angah cuba merenug, apakah maksud penghijrahan dalam hidup angah....


Thursday, November 24, 2011

Anak Rimau Masih Sakit Gigi


Ups!!! 
Masih sakit kaki lah...


Harimau Muda kalah 2-0, tapi serius angah sikit pun tak ada rasa nak marah. faham keadaan mereka yang masih penat - tak berapa menyengat tapi tetap bersemangat..dan angah tetap love you all semua wahai anak-anak rimau..


Lain la perasaannya, 
antara menonton Harimau vs Indon dengan menonton Harimau vs Syria. Mungkin dalam minda dah tersemat - ini peringkat Olimpik bukan Asia Tenggara, jadi, tak ada le jantung rasa berdebar-debar sangat...


lagipun..


Syria tak jahat memprovok macam Indon!



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Yang Pandai Buat Angah Senyum...


Giler sesak nafas tengok game semalam. Gol awal team Indon buat angah rasa nak tutup tv je...punya lah resah. Nak cool kan diri sendiri angah online FB ngan che Eja Masri  ngan che Saifu Ab Razak, sambil-sambil telinga dan mata curi-curi dengar dan pandang sekejap-sekejap kat tv.

Punyalah penakut angah ni hahaha...selepas Asrarudin sumbat gol penyamaan baru lah lega...   rasa dapat nyawa kedua..

really...kalo orang sakit jantung memang tak payah lah tengok, yang sihat ni pun rasa jantung nak gugur je..


Congratulations..Harimau Muda!

(apalah sangat provokasi penonton Indonesia tu kan? cehhh belagak...)




Mari Imbas sepakan kemenangan malaysia...

Monday, November 21, 2011

Perjalanan

Aku masih berjalan
di aspal takdir
yang tercoret dalam hayat hidupku;


Aku masih terus berjalan
walau ada tikanya
aku bagai mahu berhenti - sebentar...
melepas lelah
membilas keringat
merawat hati, membalut jiwa
yang jenuh dibadai takdir berliku;


Aku masih perlu berjalan
sehingga ke garisan penamat
selagi hayat mengizinkan.


(tq pakcik google)

adinaduana/21.11.2011...

Friday, November 18, 2011

Pengalaman Menggamit Perasaan

Kawan-kawan dah daftar haji? dengarnye sekarang ni agak panjang masa menunggu untuk menunaikan haji, makan tahun, mungkin berbelas tahun tak pun berpuluh tahun. Pun begitu  bergantung pada rezeki jugak lah...ada juga yang dapat cepat.


Sehari dua ni, asyik masyuk mendengar pengalaman seorang rakan sepejabat yang baru pulang mengerjakan haji. Mendengar dia bercerita terasa ada sesuatu yang menyelinap di hati, ada part-part dari ceritanya membuatkan bulu roma  meremang-remang...


Ayuh mendaftar! angah ni insyallah dah  boleh daftar dah, tapi Che Din akaun Tabung Haji pun belum ada, maklum le...asik tak sempat je nak menyimpan..tapi tak apa - kita perlu selalu percaya pada rezeki...mudah-mudahan di permudahkan. 




Thursday, November 17, 2011

Erm...Mata Angah!

Sekarang kalo menatap PC lebih dari sejam mata angah akan rase perit dan batang hidung yang tak berapa mancung ni pun sakit jugak.


Tak aci la sakit wahai mata..., ohh salah sendiri ye, jangan nak merungut!


Sejak menggilai drama Korea pada 2008, kadar menatap PC bertambah dua kali ganda. Di opis memang bekerja dengan komputer, bila balik rumah sepanjang malam melayan mata dengan drama korea. Ni nak marah kat orang yang upload drama korea yang best-best tu...uhuk...nak menyalahkan orang lain pulak kan... 


Karma! Tuhan bagi mata untuk digunakan sebaiknya, tapi awak guna mata untuk melayan nafsu-nafsi. Ye lah! hero korea ni hensem-hensem belaka, mata tak berkedip tengok...cerita tak best pun jadi best kalo hero nye hensem ko...


Oleh kerana sedikit insaf, dua tiga bulan ni angah dah kurangkan sikit tabiat mentelaah drama korea di PC. Semoga mata angah kembali galak bersinar....







Wednesday, November 16, 2011

Rabu Tanpa Kata ~ 7 ~


Mama angah dah 59 tahun semalam!


Monday, November 14, 2011

S.A.K.I.T

Selalunya rasa sakit akan menerbitkan rasa marah
bukan marah kepada sesiapa, tapi marah kepada sakit
kenapa sakit sangat menyakitkan?


oh patut kah rasa marah itu?
bukan nak marah tapi...
ah tak tahulah!
berulang-ulang rasa yang sama
sangat menjemukan
dan sakit itu menyakitkan hati
sangat...
Sangat!



Friday, November 11, 2011

Tarikh Cantik

Ada apa pada hari ini?


Saje je,  
terasa nak mengabadikan tarikh yang cantik ni dalam entri di blog ini. Tak de kaitan apa-apa dengan diri angah pun.


Angah nak ucap tahniah pada rakan sepejabat Puan Hamidah Ali kerana mendapat cucu pertama pada tarikh ini. 
Pandai baby tu pilih tarikh lahir ek..

dan angah nak ucapkan semoga bertabah hati pada seorang lagi rakan sepejabat kerana...
Masa breakfast tadi, dia bercerita
bahawa tarikh ini sepatutnya dia bersanding di singgahsana perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Bagimanapun jodoh tidak tertulis untuk mereka bersatu sebagaimana yang dirancang.
Jadi....
tarikh ini merupakan hari yang akan dikenang sebagai 'tarikh pahit' dalam hidupnya.

Begitulah manusia merancang tetapi Allah merancang dan menentukan yang lain untuk hambanNya...

Wednesday, November 09, 2011

Rabu Tanpa kata ~6~


Lokasi : Surau Kampung Pecah Batu, Manong
10 Zulhijjah, 1432


Thursday, November 03, 2011

Sukaneka Staf 2011

Sabtu 29/10/2011

Macam biasa UM akan buat Sukaneka untuk staf pada setiap hujung tahun dan macam biasa angah akan join mewakili Fakulti Sastera. Best Yo!

Acara bermula dengan senamrobik, diiringi hujan gerimis...best giler bererobik ni , gasaklah ujan pun...

Acara sukan belum mula tapi kasut dan seluar dah kotor dek padang yang becak...aiyakkk...
Belon ni asik terlucut ikut belakang je..tapi akhirnya berjaya juga mengepit belon satu pusingan


Ni acara passing belut hidup. Kesian kat belut...ada yg macam nak mati dah..apa la penganjur ni. Saya bantah! Tahun depan jgn buat dah acara ni!




Keseluruhannya sangat best....

dan team Sastera dapat tempat ke 7 dari 19 pasukan...

Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara!

Wednesday, November 02, 2011

Rabu Tanpa Kata ~5~

Langit Yang Menaungi Bumi  UM

* Hujan menjadi teman baik angah sepanjang minggu ini....tanpa gagal, setiap petang dia membasahkan angah...uhukkk...rasa nak demam..

Sunday, October 30, 2011

Sabtu Yang Berteman

Al-kisah Sabtu 21 Oktober 2011

Bukan selalu angah dapat berteman di hujung minggu, kalau tak Che Din off duty atau Che Ija fly dari Sabah atau Che Na mai KL ngan Mama....memang keseorangan la angah bertemankan TV dan Komputer. Walaupun ada kawan baik di office, tapi diaorang semua ada anak-anak untuk diluangkan masa di  hujung minggu begini...tak pe lah.

Ke mana angah? asalnya dah mengidam nak ke Bukit Ampang, meneropong KL. Punya la excited pepagi dah keluar rumah, sampai kat tempat dituju...ish ish ish...rupa-rupanya petang baru bukak.. alaahai...melepas.

Akhirnya angah dan che din membunuh waktu di TAMAN TASIK PERDANA.

Kali terakhir pergi ke sini  2 tahun yang lalu, tak sangka taman ni sudah Cantik!


Pertama kali tengok pokok ni angah macam pelik sikit, nak gelak pun ada, sebab badan dia montok tapi daunnya sikit. 
Pokok apa ni? tak perasan pulak nama nya.

 Wahh..ramai betul pengantin mengambil gambar di sini, tak silap angah lebih daripada 5 pasangan yang angah jumpa di sekitar taman ni. Angah curi-curi amik gambar  satu couple yang tengah shoot ni, sebab latar belakangnya sangat cantik, macam kat oversea plak.


Meh la layan gambo angah pulak, hasil tangan photographer amatur:





 Di bawah pokok yang pelik tadi...



Ini lah photographer amatur yang dimaksudkan. Tq banyak-banyak Che Din, walaupun penat bekerja 6 hari seminggu, hari off day  kena bawak angah jalan-jalan pulak...tocey tocey..


ermmm...ni la akibatnya bila berjalan berdua-duan sahaja...tak de sapa nak tolong amikkan gambor kami berdua, amik seniri le...tu yang dahi ilang separuh dan lubang hidung sangat mempamerkan lorongnya.. hahaha...

Friday, October 28, 2011

Stress Itu Pembunuh!?

Huh! Takutnya.

Bagaimana anda mengenalpasti bahawa diri anda sedang stress?

kalau angah,
tiba-tiba angah rasa sakit di belakang leher dan sekitar bahu, mula-mula dulu ingat salah bantal waktu tidur, setelah ke klinik, angah diberitahu oleh doktor kemungkinan angah stress.

Aduhai...apa la sangat yang menjadi penyebab angah stress?

lagi satu yang angah perasan, kalau pergi office, angah jadi tak tahu nak buat apa, rasa kosong padahal banyak kerja, tapi angah boleh termenung dalam masa yang agak lama, tanpa berbuat apa-apa...hilang fokus gitu..

anda bagaimana?


moh kita baca ni:

Stress symptoms: Effects on your body, feelings and behavior

By Mayo Clinic staff

Stress symptoms may be affecting your health, even though you might not realize it. You may think illness is to blame for that nagging headache, your frequent insomnia or your decreased productivity at work. But stress may actually be the culprit.

Indeed, stress symptoms can affect your body, your thoughts and feelings, and your behavior. Being able to recognize common stress symptoms can give you a jump on managing them. Stress that's left unchecked can contribute to health problems such as high blood pressure, heart disease, obesity and diabetes.
Of course, if you're not sure if stress is the cause or if you've taken steps to control your stress but your symptoms continue, see your doctor. Your doctor may want to check for other potential causes.
Also, if you have chest pain, especially if it occurs during physical activity or is accompanied by shortness of breath, sweating, dizziness, nausea, or pain radiating into your shoulder and arm, get emergency help immediately. These may be warning of a heart attack and not simply stress symptoms.

Common effects of stress ...
... On your body... On your mood... On your behavior
  • Headache
  • Muscle tension or pain
  • Chest pain
  • Fatigue
  • Change in sex drive
  • Stomach upset
  • Sleep problems
  • Anxiety
  • Restlessness
  • Lack of motivation or focus
  • Irritability or anger
  • Sadness or depression
  • Overeating or undereating
  • Angry outbursts
  • Drug or alcohol abuse
  • Tobacco use
  • Social wit


oiitt! stress pi main jauh-jauh!

Monday, October 24, 2011

Angah dan DSLR

Assalamualaikum kawan-kawan semua, apa kabor?
harap-harap semuanya  sihat, sihat  fizikal dan mental,
sihat rohani dan jasmani
dan semoga senyum dengan comel!

Sebenarnya tak de apa nak citer, saje je..nak explain sikit pasai gambor angah dalam post terdahulu.

Macam bagus je pegang DSLR kan? nak buat macam mana terpaksa!
padahal tak ada ilmu phografi pun, yang ada cuma sedikit MINAT dan selebihnya adalah KEBERANIAN.

'awak tak malu!' kata bos (bukan tak tahu malu ye..)
'awak tak panik, cepat menangani situasi' kat bos lagi (kata lainnye 'berani')

Asalnye ada sorang staf yang memang ada kepandaian dalam mengetik-ngetik DSLR ni, tapi dia berpindah Fakulti tanpa meninggalkan kemahirannya pada staf lain,
jadi secara bidan terjunnya angah menjadi photographer untuk Fakulti ni..atas sikap tak malu dan berani tadi...


Antara insan popular yang pernah angah rakam fotonya.

Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Friday, October 14, 2011

Terdengar Lagu Yang Mendamaikan

Lalu terbit senyum dibibir dan nyaman di jiwa.

Hari ini Angah naik cab ke Pejabat, sepanjang perjalanan ditemani radio IKIM yang dipasang pak supir. Telinga tertancap dengan alunan irama dan lirik yang menyegarkan, lantas sampai di pejabat angah mengugel tajuk lagu ini dan terjumpalah di laman Youtube ini....

Selamat mendengar semua!


Shollu Ala Muhammad - Opick Feat. FLO -

Wednesday, October 12, 2011

Rabu Tanpa Kata ~3~

Kesinambungan "Baik dan Buruk"



* gambar diambil disebuah masjid di Pulau Pinang...adinaduana/2011


Sunday, October 09, 2011

Baik dan Buruk


Antara berbuat baik dan berperilaku kurang baik
Di mana garis pemisahnya?
Macam mana nak cakap ek
Contohmnya:
Seseorang yang banyak melakukan kebaikan tetapi dalam masa yang sama berbuat juga perkara yang tak berapa baik
Siapa yang berhak menilainya?
Dah tentu bukan angah
Siapa la angah kan…
Sendiri masih dangkal
juga masih  cetek pemahaman hidup dan kehidupan, apatah lagi  hal-hal agama
Tetapi mata yang melihat ini tak mampu menutup mulut ini untuk berkata-kata, kalau bukan untuk orang lain pun, harapnya ia jadi sempadan buat diri sendiri.

Sebentar tadi ketika mencari-cari channel yang bagus utk ditonton petang-petang minggu begini, tersinggah sekejap kat channel TV1, yang sedang menyiarlangsungkan program bual bicara ‘Apa kata wanita’. (Khabarnya program ni antara yang mencatat rating tetinggi di RTM – tapi bukan hal itu yang angah nak tulis, sebab angah tak minatpun tengok program ni..kui kui kui…)
Sepintas lalu itu, tertancaplah mata ini terhadap tetamu jemputannya yang membicarakan hal-hal kerja sosial yang dilakukannya, kehadiranya juga adalah atas kapasiti sebagai Pemenang Anugerah…(…berkaitan kerja sosial)
Ok..sangat-sangat ok, pandai bercakap menyusun atur kata-kata. Selayak pemenang dah tentu berderet dah kerja amal  yang beliau lakukan dan menrik juga perancangan-perancangan yang beliau aturkan untuk golongan memerlukan seperti Ibu Tunggal dan sebagainya..
Oh ya di bergelar Datin Paduka Hajjah…….(tak mo sebut nama ek) aci? Heheh..
Bagusnya kalau diri ini  dapat berbuat amal kebajikan seperti dia, dikenali seperti dia, dihormati seperti dia…
Cuma, Cuma…jangkaan umur mungkin menghampiri 60 tahun…Cuma, Cuma...kenapa dia berambut merah! Berset cantik terbentuk! Uhuk… katanye Hajjah ….harap-harap merah itu adalah inai, harap…
               
Oohh..kau jahatkan angah! Dah la tak ada kerja amal yang kau buat, nak kondem penampialn orang pulak…uhukk..ampun..

Wednesday, October 05, 2011

Rabu Tanpa Kata ~2~

~Masih tak hilang 'Kegilaan' Angah terhadap budak-budak ini~


Dulu SEPAH, Kini SEPAHTU...apepasal tak letak nama "SEPASANG" je..kikiki..seloroh-seloroh..

Tuesday, October 04, 2011

Aku Ingin

Aku ingin terbang
berlegar di angkasa
menyentuh bintang
menyapa awan.

Kuingin menari di dada langit
melagukan rindu buat sang bulan
bertanya khabar sang pelangi
setelah gerimis pergi
dan suria kembali menculkan seri
tersenyum melihat sang mendung menjauhkan diri

.....adinaduana/01102011

Thursday, September 22, 2011

Hujan Pagi Ini...

Hujan pagi
mendingin sanubari
dan mata bagai mahu sambung bermimpi
kala sang suria makin hilang seri
di lindung awan yang berlari

Hujan pagi
lebat sekali
dan hati makin basah ditempiasi
dan jiwa makin resah menanti
bilakah mentari
mahu kembalikan diri
menghangatkan jiwa yang sepi

...adinaduana/22092011

p/s: alangkah bestnye kalo dapat selimut dan bantal..."kat opis ni angah oiiii.." haha..

Tuesday, September 20, 2011

Angah Beraya

Humangaihhhh...bersawang!

Ni nak citer pasai beraya, tapi biasa lah raya angah ni macam tak raya. Raya ke 3 baru dapat balik kampung, jadi ramai sedara mara yg tak dapat dijumpai, mungkin dorang dah balik KL semula dah huhuhuhu... Takpe ar..yang penting setiap kali balik kampung motifnye untk berjumpa mak bapak, mertua serta adik veradik..dan juga sedara mara yg memang tinggal di kampung.

ini le serba sikit gambor-gambor raya angah.


teruja sungguh angah ngan pokok bunga kertas mama ni...rimbunnye....

***********

Dalam pada tak berapa best tu, ada juga  terselit kemanisan, bilamana raya kali ini angah dapat jumpa dengan 2 orang daripada sahabat baik ketika menuntut di SMRPK...syahdu pulak rasanye..
Rosimah Zakaria


Ae'sah Meor Ban

Tengok la body dorang ni, dah  beranak pinak pun menten slim, angah yg belum veranak ni pulak yg terlebey montel uhukkk...
********

Ni satu-satunya adik lelaki angah si Faeez dengan keluarga kecilnye...Ana isterinye dan Aqil anaknye (sila abaikan budak sabah bertudung biru itu kikiki..). Susah sangat nak jumpa dorang ni, sebab si Faeez ni kerja kat Istana Kinta, jaga makan minum Sultan Azlan Shah...kalo sultan travel luar perak, baru le Faeez dapat cuti
Dah nak masuk 2 tahun dah umur Aqil ni, cepatnya masa berlalu...
Sempat beraya di Ipoh rumah Lope, abang sulung and his family

Raya kali ni mama dapat cucu baru, anak bongsu Lope, Alia...
Lepas balik dari rumah Lope, pi jumpa Che Na ngan bakal hubby, Che Dzul, di jusco Ipoh. tak lama lagi nak bersatu Insyaallah..Disember nanti
Itu je le citer rayanye...

tq Che Eja!
gambor-gambor ni semua ehsan kemera handphone Che Eja
Kemera angah rosak, sebab tu masa beraya di rumah mertua, satu gambor pun tak ade...huhuhuu...