Tuesday, May 27, 2025

END OF MAY 2025, 30 HARI MENJELANG USIA 50 TAHUN

 Assalamualaikum...

What a speedy year... friends. Fuhh.

Pejam celik-pejam celik raya sudah tiba...eh! hihiii

Pantasnya, separuh tahun 2025 sudah hampir kita harungi.

Apa macam?

ok ke, tak ok?

Apapun datang, kita mesti sambut dan terima dengan ok. Apa pilihan yang kita adakan...kan kan?


Seperti pernah saya mention, tahun ini adalah tahun genap saya berusia Jubli Emas, 50 tahun.

Sebenarnya dari hujung tahun 2024, saya  bercadang untuk counting days, countdown 100 hari menjelang usia 50 tahun, kunun...tapi akhirnya saya hanyut di bawa masa. Jadi jurnal menjelang 100 hari memasuki usia 50 tahun hanya tinggal anganan.

100 hari sebelum 50 jatuh pada tanggal 22.03.2025, saya hanya teringat hasrat ini hanya pada baki 73 hari iaitu pada 13.04.2025.

Jujur, saya seram memasuki usia ini, terasa sangat sudah tua dari segi angka, huh.

Oleh kerana, saya terus dihanyutkan masa yang ntah apa-apa saja yang saya buat, hari ini pada tanggal 27 Mei 2025, hanya tinggal 30 hari menjelang usia itu. Lalalalala...makcik rasa....(gaya - Ella rasa..sambil senget kepala)

Rasa apa?

Rasa....ntah, mungkin rasa tak percaya...? 

Pejam celik pejam celik (haaa sebut raya, aku tampo) pejam celik pejam celik...aku tak percaya sudah berusia 50 tahun. Rasa panjang masa itu, tapi tak terasa panjang, macam mana tu.

Mungkin, sebab tak banyak yang aku lalui berbanding rakan sebaya, tak banyak hal serupa mereka yang aku ada...menyebabkan aku tak banyak kisah hidup berantai rantaian...

yang aku perasan, banyak kisahku hanya berlingkar dalam belitan diri dan perasaan sendiri. Seputar hidup yang kecil, yang itu, itu sajalah. Bosankan?

Tak mengapalah, walaupun hidup banyak dalam hawa kebosanan, hidup tetap perlu diteruskan selagi bernafas di maya pada ini.


Kawan-kawan,

doakan aku sembuh daripada penyakit yang lama bersarang ini, doakan aku sentiasa dapat berbuat kebaikan dan memberi kebaikan pada setiap makhluk tuhan. Hanya pahala kebaikan sahaja yang dapat kubuat bekal hidup di Sana nanti...


Terima Kasih.


Panjang umur jumpa lagi.


 















Monday, May 12, 2025

END OF APRIL 2025

Assalamualaikum semua.

Eh lama dah berlalu April, entah kerasukan apa punya sibuk, sedar-sedar dah pertenghan Mei.


Angah doakan semua yang masih berziarah di sini dalam keadaan yang sangat baik, diberi yang baik, menerima yang baik, semua baik-baik, insyaallah.


April dipenuhi warna warni rumah terbuka dan jamuan Aidilfitri di sana-sini. Hanya 1 yang Angah pergi, iaitu jamuan peringkat organisasi tertinggi di tempat kerja. Selain nak merasa vibe beraya, yang penting pasti bertemu rakan-rakan lama dari pelbagai PTj.


22.4.2025



...ternyata biru gelap bukan warna penaik seri untuk Angah...kita banned dia..kikiki...


Itu je lah. Open House tidak lagi mendapat jemputan. Mungkin tuan rumah aware, yang Angah tak pernah memenuhi undangan mereka, jadi rugi sahaja menjemput haha...


Sekian, panjang umur bertemu lagi.

Monday, March 31, 2025

END OF MARCH 2025 & AIDILFITRI 2025

Catatan 29 Ramadan,

Ya Allah, memasuki fasa usia 50an tak berapa bulan lagi, Aidilfitri bukanlah yang teruja ditunggu. Perasaan biasa biasa sahaja, yang penting dapat menyudahkan ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang bakal berakhir hari ini.

Saat teman sebaya yang punya anak, malah sudah mula ramai yang bercucu, kegembiraan mereka lain, kesibukan mereka lain, keterujaan mereka sangat extra. Tahniah kawan kawan, semoga kalian berbahagia selalu 

Saya tenang tenang saja. Serba sederhana, sesuai situasi diri. Pun begitu, sesekali tetap ada perang meletus meletup letup dalam sanubari, terpaksalah pandai pandai sorok. Yang penting nampakkan yang elok. Aman.

Bertatih tatih menuju tua, harap dapat mencapai makna tujuan dihidupkan di dunia ini. Memang, aku bukan hamba Allah yang baik, aku sangat lemah, tapi Allah yang selalu baik dengan aku, dia tetap beri nikmat kepada aku.

Sepanjang Ramadan ini aku banyak meminta dariNya untuk menjadi baik, semoga Allah bantu aku, agar terbuang semua keburukan aku.

Salam Aidilfitri buat kawan-kawan semua. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anda.

Kenangan minggu akhir Ramadan, dalam sesi photoshoot di pejabat bersama rakan-rakan




* saya masih baca blog kawan-kawan....cuma tak dapat komen, malah di blog sendiripun tak boleh balas komen kawan-kawan....

Hai.. Anies...Hai Ujie...



Friday, February 28, 2025

End Of February 2025

 Assalamualaikum semua....

Wahhh...last day Februari ya hari ini...apa khabar, harap semua sihat walafiat, dalam ketenangan hakiki dan berbahagia hati dalam apa jua keadaan.

Cerita ceriti di bulan Februari 2025.

Alhamdulillah banyak cerita bahagia yang menceriakan sanubari...


Dalam usia menghampiri 50 tahun, saya masih ada sepupu yang masih remaja dan ada juga yang baru menginjak dewasa lalu beremu jodoh...

Mariatul Fityah, anak kedua Paksu saya (adik bongsu mak) bertemu jodoh dan melangsungkan majlis pada 8.2.25 di Rinching Terrace Wedding Hall Semenyih.

Kita ni kadang-kadang balik kampung sibuk tak ketahuan, takdan jumpa saudara mara, tetapi bila ada majlis perkahwinan ahli keluarga, barulah dapat bersua muka...

Alhamdulillah, tahniah Maria dan suami, semoga berbahagia dan beroleh rahmat yang Maha Esa.

~Pengantin~

Eheh...pengantin lama...




Semoga beroleh rumahtangga yang diberkati Ilahi buat Maria dan suami...l.o.v.e


Tahniah Paksu & Maksu dapat menantu kedua...


~~~~~~~~~


Dalam usia ini juga, 

saya sudah mempunyai anak buah yang berusia 24 tahun. Jannatul Fatirah, anak buah sulung saya, anak sulung kepada abang sulung saya. Hadirnya dahulu sangat menceriakan, kini dia sekali lagi memberi keterujaan kepada ibu-ibu saudaranya. Ya, beliau yang kami panggil Kak Ira, sudah dipinang orang....Alhamdulillah. Maka mengembaralah saya menaiki ETS ke Ipoh pada 15.2.25 menghadiri majlis pertunangan Kak Ira dalam majlis yang sangat 'sweet'.

Semoga kak Ira terus menuju bahagia dan dipermudahkan segala urusan ijab qabulnya pula nanti insyaallah.





~~~~~~~~~



Akhir Februari ini, 

maka hampirlah kita dengan Ramadan. Alhamdulillah, semoga kita semua dipanjangkan usia dan berpeluang mengimarahkan Ramadan tahun ini. Bagai kelaziman, mana-mana pejabat mula berjamuan, doa selamat bagi merai kehadiran bulan mulia. Alhamdulillah, walaupun kami di pejabat pentadbiran ini hanya 8 ahli, atas ikatan hati selalu dapat berbuat sesuatu yang mengembirakan diri sendiri dan teman-teman lain.



Begitulah cerita Februari 2025 yang bakal melabuh tirainya hari ini. Untuk saya, beribu kesyukuran dizahirkan dan terus berharap masa mendatang menjadi wadah terbaik dalam kehidupan saya dan kesayangan di sekeliling saya.