Al-kisah Sabtu 21 Oktober 2011
Bukan selalu angah dapat berteman di hujung minggu, kalau tak Che Din off duty atau Che Ija fly dari Sabah atau Che Na mai KL ngan Mama....memang keseorangan la angah bertemankan TV dan Komputer. Walaupun ada kawan baik di office, tapi diaorang semua ada anak-anak untuk diluangkan masa di hujung minggu begini...tak pe lah.
Ke mana angah? asalnya dah mengidam nak ke Bukit Ampang, meneropong KL. Punya la excited pepagi dah keluar rumah, sampai kat tempat dituju...ish ish ish...rupa-rupanya petang baru bukak.. alaahai...melepas.
Akhirnya angah dan che din membunuh waktu di TAMAN TASIK PERDANA.
Kali terakhir pergi ke sini 2 tahun yang lalu, tak sangka taman ni sudah Cantik!
Pertama kali tengok pokok ni angah macam pelik sikit, nak gelak pun ada, sebab badan dia montok tapi daunnya sikit.
Pokok apa ni? tak perasan pulak nama nya.
Wahh..ramai betul pengantin mengambil gambar di sini, tak silap angah lebih daripada 5 pasangan yang angah jumpa di sekitar taman ni. Angah curi-curi amik gambar satu couple yang tengah shoot ni, sebab latar belakangnya sangat cantik, macam kat oversea plak.
Meh la layan gambo angah pulak, hasil tangan photographer amatur:
Di bawah pokok yang pelik tadi...
Ini lah photographer amatur yang dimaksudkan. Tq banyak-banyak Che Din, walaupun penat bekerja 6 hari seminggu, hari off day kena bawak angah jalan-jalan pulak...tocey tocey..
ermmm...ni la akibatnya bila berjalan berdua-duan sahaja...tak de sapa nak tolong amikkan gambor kami berdua, amik seniri le...tu yang dahi ilang separuh dan lubang hidung sangat mempamerkan lorongnya.. hahaha...