Thursday, October 31, 2013

Yesterday Kelabu

Yesterday happy happy saja pada mulanya
Entah mana datang guruh dan lintar
Berpusing  dunia diri bagai dipetir
Angin naik ke kepala
Berhaba keluar dari mulut bicara

Betapa perit bila melukakan hati yang tersayang
Ibarat memakan diri sendiri
Apa nak buat dah terlanjur kata
Berbahasa yang berbisa
Menyakiti hatinya

Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Bagai perlu melempang mulut sendiri
Agar tak ulangi lagi
Berkata-kata yang berapi
Lalu membakar diri



Adinaduana/yesterdaykelabu/30.10.2013

Saturday, October 26, 2013

TRAGIS


Assalamualaikum, selamat malam kawan-kawan….

Menatap akhbar sepanjang minggu  ini ternyata sangat merengsa akal dan hati, seram dan menakutkan.

Bermula dengan mayat gadis 15 tahun yang diperenyuk dalam bagasi dan dijumpai orang ramai dalam longkang..oh kejamnya!...15 tahun, umur yang masih lagi kanak-kanak, bagaimana kalau  gadis itu adalah anak kita, adik kita atau cucu kita? Sukar sekali membayangkan hati keluarga si gadis pada saat ini.

Tak sempat menenangkan hati, esoknya seoarang wanita pula ditembak mati…eh?  Bunuh lagi?  kejam! Melihat gambar mayatnya yang tersebar, keadaannya sangat memilukan…Ya tuhanku mohon diberi kekuatan kepada keluarga mangsa.

Belum pun  gundah di hati sempat reda, ada pulak pemuda penghantar barang menjadi pembunuh dengan mengamuk dan menikam orang sesuka suki hatinya…adoi! Malaysia kah ini?.

Bencana alam juga mengambil bahagian dengan meragut nyawa di Cemeron Highland, seorang mangsa masih lagi ghaib dibawa banjir lumpur…oh…banyaknya peristiwa tragis pada minggu ini!

Begitulah hakikat,
Hakikat sebuah kematian
Ia ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan boleh berlaku dalam apa juga keadaan
Bersediakah kita?


Merenung pada setiap kematian , disebaliknya mempunyai tanda,  tanda yang membawa sesuatu makna. Kita yang tinggal ni, perlu membelek diri terhadap tatacara kehidupan di dunia ini. Kita diberi ruang untuk berdoa, agar kita diambil dalam keadaan beriman, dalam keadaan yang baik, sebaiknya tika sedang bersujud padaNya.

Al-Fatihah dan takziah. Semoga baradu dalam lena yang indah.

*Kekalahan ATM kepada Kelantan malam semalam juga agak TRAGIS
Ye lah! dah lead 2-0, mula la datang penyakit senang hati dan rasa dah menang. Ini bola la beb, 10 minit terakhir tu macam-macam boleh jadi…huhaaaa….amik kau…( eh? tetibe masuk frame....:D )



Sekian, jumpa lagi. Wassalam

Wednesday, October 16, 2013

Monday, October 07, 2013

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2013


Asalamualaikum.

Meh nak citer sikit pasal kerja angah di UM ni. Selain kerja-kerja hakiki di pejabat, staf sangat digalakkan melakukan kerja-kerja tambahan yang  bertujuan untuk memantapkan KPI tahunan masing-masing.

Salah satu tugas khidmat bakti yang menjadi rebutan staf setiap tahun adalah bertugas di Istiadat Konvokesyen sebagai  Penyambut Tetamu. Angah sejak 13 tahun bekerja di UM ni boleh kata setiap tahun angah akan  bertugas di Majlis ini. Seronok weh…sebab berpeluang masuk ke Dewan Tuanku Canselor yang bukan senang-senang nak masuk tanpa tujuan tertentu.

Yang menrik tentulah kerana Canselor dan Pro Canselor nya adalah datang dari Istana Perak….so tiap-tiap tahun le dapat tengok Sultan dan Raja Muda perak secara live....eheh..





Mantan Ketua Menteri Melaka pun Grad tahun ni...dia grad program Sarjana...tahniah Datuk Seri....

Majlis Santapan DIraja

Pada malam pertama Istiadat Konvokesyen,  menjadi kelaziman UM menganjurkan Majlis Makan Malam yang dipanggil Majlis Santapan Diraja. Merata-rata hotel Di KL ni telah menjadi  port majlis, dan tahun ini di adakah di PJ Hilton.  Maka sekonyong-konyong nya angah join majlis dinner untuk tahun ni…first time ni ..haa kat Majlis tu la angah dapat bergambor dengan Tuanku Zara Salim…



Ada artis nyanyi uollls…HEBAT, sape kenal dia ni?


Ni la penyanyi bernama Najib Hanif…very good performer la dia ni…suara dia ala-ala Tom Jones gitu





Istiadat Konvokesyen tahun ni bermula 30 September hingga 4 Oktober 2013…tapi angah memilih untuk bertugas selama 2 hari sahaja, tak larat berdiri la, lutut dah longgar, kalo 10 tahun dulu,seminggu istiadat, seminggu la angah bertugas…semangat gitu..


ok jumpa lagi...

Wednesday, October 02, 2013