Friday, April 27, 2012

Meh Berpantun...

Tidak rugi menanam keladi
Bawa balik  buat berdagang
Tidak rugi kalau berbudi
Nama baik disebut  orang
Kapak beliung di tangan belia
Lelah berhuma membenih padi
Bertolak ansur amalan mulia
Ukhuwah terjalin kekal abadi
Beronak duri sepanjang bukit
Jalan  berliku banyak ancaman
Berkata benar walaupun sakit
Jujur perilaku jadikan amalan
Berakit ke hulu diwaktu senja
Suria hilang hari pun redup
Beretika murni dalam bekerja
Sahsiah tinggi pedoman hidup
Perlahan berkayuh ke Indragiri
Bawa muatan si ikan salai
Percaya diri sanggup berdikari
Kejayaan cemerlang pasti di capai


adinaduana/pantunnilaimurni/26042012

* pstt..angah antor pantun ni ke Radio Klasik Nasional, harap-harap deme bacakan...kalo menang  laaaagi baguih..ahak..

Tuesday, April 17, 2012

Hujan Lagi Petang Ini...


Hujan,
Apa cerita yang kau bawa
Tatkala luruh air mata
mencurah membasahi maya
pada petang yang gelita

Langit,
Apakah kamu marah
sehingga air mata mu tumpah
atau sedang diracik sedih
lalu membuat hatimu pedih

Awan,
Khabarkan padaku
andai hati mu pilu
agar bisa aku nyanyikan lagu
biar terubat segala sendu

Angin,
Tolong aku sampaikan bicara
pada alam yang sedang berduka
aku masih ada, setia
menemani hati-hati yang luka

adinaduana/pesan pada alam/ 17.04.2012/ 5.30pm

Friday, April 13, 2012

Jom Main Bola Baling :D


Sila baling aku
biar berlumur dan berselirat
walau aku tidak jahat
namun tak berapa kuat

Sila baling aku
biar terjerat
kerana aku kadang tak dapat menyurat
maksud hati dengan tepat

Sila baling aku
dengan kudrat
yang terpahat
agar aku dapat melihat
yang tersirat

Sayangku
baling aku
dengan kasih sayangmu
tanpa jemu
selalu

Sayangku
baling aku
dengan cintamu
tanpa dusta
pasti aku rasa bahagia

adinaduana/Membaling cinta/03042012/12.15 tgh

Monday, April 09, 2012

Tempat Yang Indah dan Nyaman

Kalau cuti hujung minggu atau cuti sekolah anak-anak tu, kadang-kadang tak tahu nak bawak anak-anak pi mana kan...
Ni angah nak ajak semua mengenali Lata Chamang yang terletak di Bentong Pahang. Siapa orang Pahang kat sini? mesti anda dah biasa kat lata ni kan.
Perjalanan dari KL lebih kurang 1 jam 45 minit dan agak jauh ke dalam hutan. Bagi yang suka keindahan semula jadi pasti anda akan terpesona dengan pemandanagan yang ada di sini. Air terjun yang tinggi, hempasan-hempasan air yang kuat di celah-celah batu...(boleh buat body massage) dan banyak dataran lapang untuk port makan-makan...saksikan lah ye..







  
tengah massage badan ni..hahaha..






Sekian....

Tuesday, April 03, 2012

Cinta Berkubur Akhirnya

Takziah kepada jutawan bola sepak negara Mohd Safee Sali kerana
gagal meneruskan jaringan gol kebahagian ke gawang perkahwinannya



Cinta Kasih dan Sayang - berapa harga yang perlu dibayar?

Betul rupanya - nama, kemasyuran dan kekayaan tidak menjamin keharmonian rumahtangga bagi sesetengah orang.

Tak mengapa lah Safee, jalan kebahagian masih luas terbentang, episod duka tak semestinya berpanjangan, pasti ada cahaya yang menanti bila hari berganti!

Angah tetap suka melihat aksi kamu di padang! caiyokkkkkkk

Monday, April 02, 2012

Terkenang 1 April...ada apa?

April Fool!
Lama dah tak dengor perkataan ni kan? ke angah je yang tak dengor, korang masih lagi dengor?

Seingat angah zaman sekolah dulu je popular April Fool ni, sekarang tak lagi. Masih ingat ada kawan-kawan yang kena aniaya sampai menangis, dan yang mengena tertawa terbahak-bahak.

Semalam Che Din bercerita, ketika zaman sekolahnya, ada seorang Ustaz yang cukup garang, dengor derap tapak kaki dia je pelajar-pelajar akan diam menikus. Suatu hari di hari 1 April, ada pelajar terlebih berani, tapi niatnya mungkin hanya nak bergurau : "ustaz, cikgu besar nak jumpa ustaz kat  pejabat", sekonyong-konyongnye ustaz itu pergilah ke pejabat. Selang beberapa minit ustaz itu kembali ke kelas, tanpa sepatah kata terus dilempangnya budak itu....HOHOHOHOHO......naye je...tak pasai-pasai cari penyakit. Ada ke patut nak buat lawak ngan ustaz garang tu, akai ada ka? dah tentu budak itu takkan melupakan 1 April sehingga dia mati atau pun hilang ingatan kekal.

Anda pernah kena gurauan 1 April? citer la sket eh...