Wednesday, January 30, 2013

Pesan Tok Guru

Memetik kata-kata Tuan Guru Nik Abd Aziz,




“Kat akhirat nanti, duit pitih tak laku, emas perak tak laku… yang laku cuma pahala. Kalau mu nak senang kat akhirat nanti, mu kena cari pahala banyak-banyak kat atas muka bumi ni..”



* Cuba lihat di sekeliling kita, sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk kita meraih pahala, contoh yang paling mudah senyum - sedekahkan senyuman juga mendapat pahala kan kan..

Kawan-kawan boleh kongsi dengan angah, apakah perkara yang mudah untuk kita dapat pahala, dalam kehidupan seharian kita..

Wednesday, January 23, 2013

Edisi Kali Pertama: Keranji

Sorong papan tarik papan (eksesais ke apa?)
Buah Keranji di dalam perahu
Suruh makan deme makan
Suruh mengaji dema tak mahu

Berpuluh tahun dah dengor pantun ni, tapi sekalipun tak pernah terlintas nak amik tahu, apakah dia Buah Keranji itu. Angah fikir ia hanyalah buah yang saja dicipta untuk menyedapkan pantun..Walaweiiii buah tu wujud rupanya...

Hari ni ada sorang teman opis baru pulang dari Indonesia, lalu mengedarkan buah ini untuk teman-teman sepejabat. Sungguh! inilah pertama kali angah melihat buah Keranji.


Buah Keranji yang sempat angah fotokan

close up sket

ini warna isinya

Mula-mula masuk mulut rasa macam makan kapas, lepas tu dia cair dan terasa masam-masam...uiihh asik sekali mengesipnye...


Selesai dikesip, ini  bijinya, harus di buang, kalo ditelan takut tercekik pulak...

Monday, January 21, 2013

Bosan Di Tempat Kerja?

Assalamualaikum kawan-kawan.


Korang ada rasa bosan tak kat tempat kerja? Angah dah lama dah merasa bosan di tempat kerja. Maklum le dah masuk kategori senior, bila kerja semua dah dihujung jari, tak perlu rujuk buku atau yang lebih senior, terasa kerja amat mudah, bila dah mudah terasa amat bersenang lenang yang lama-kelamaan menjadi satu kebosanan, kerana dah tak adventure gitu…(kenkunun)

Membaca akhbar Kosmo semalam, ada artikel bertajuk ‘kelebihan bosan di tempat kerja’ wahhh kebosanan pun ada kelebihan ek? Kajian dibuat salah satu Universiti di London. Moh kita tengok apa dia kata;-

Kajian yang disiar dalam British Psychological Society itu mendapati mereka yang bosan di tempat kerja mampu menggalakkan pemikirang kreatif  (oh ya?)

Sesorang yang bosan sebenarnya mempunyai ruang untuk berkhayal dan berimaginasi. Justeru ia boleh menggalakkan daya kreativiti. (begitu rupanya..)

Boleh lah diterima akal…sebab puisi-puisi yang angah tulis pun selalunya terhasil bila angah boring tahap melampau.

So, kalo bosan silalah berkhayal..gitu? Selamat berimaginasi! (jeling-jeling bos sama ye..)



Happy Working!

Monday, January 14, 2013

Apo nak dikato

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa kabor? Harap  sihat-sihat belaka dan berada dalam peliharaan Illahi.  Alhamdulillah saat dan tika ini kita masih bernafas dan diberi ruang untuk  memfaatkan kehidupan di dunia sebagai mencari bekalan kehidupan di akhirat.

Gitu mukadimah…. ala-ala orang tersangat insaf je bunyi.  Haruslah insaf, sebab angah eksiden pada hari sabtu lalu. Kesan trauma memang menyebabkan rasa takut lalu terbit rasa sebak dan insaf. Perggh hati-hati di jalanraya ye kawan-kawan. Kalau kita memandu dengan berhemah pun, ingatlah ada spesis pemandu yang tidak menghiraukan segala peraturan dan undang-undang.

Tapi ye lah, dah nak terkena kan? Malang memang tidak pernah berbau, kalau berbau busuk ke  kehong ke, dah tentu angah tak akan berada di tempat kejadian, sekali-kali tidak! Ini di kerana angah hanya suka pada tempat yang wangi-wangi saja tau, macam kat  taman bunga ke, kilang minyak wangi ke, kat spa ke…. Eheh, saje…melebih-lebih di situ.

Ceritanya sabtu lalu, che din keje half day saja, dan keesokan nya pula dia keje petang, so agak panjanglah  masa rehatnya. Dah tentulah angah tak mahu melepak-lepak di rumah, maka berperancangan ingin menikmati keindahan pantai, pantai apa yang paling dekat dari KL? Pantai Bagan Lalang? Ohh tidak, ia sungguh banyak lalat. Jadi nya kami ke Pantai Port Dickson, yeehaaa

Omai omai G….terujanya nak bermain-main pasir di pantai yang memutih…dah berangan-angan nak self capture macam biasa, che din capture angah, angah capture che din. Nak bina istana ala-ala istana Camelot dalam siri  Merlin, nak timbus-timbus diri dalam pasir kunun…dan paling penting nak menjadi saksi terbenamnya matahari  di dasar laut pada hari tersebut, begitulah ! begitulah kegedikkan nya dalam berangan-angan itu. Lupa pada pesan orang tua, ‘jangan ingka sangat…terutama di waktu senja’ amikkk akhirnya melangut dibalai Polis.

Ekceli angah dah pun memijak-mijak pasir di Pantai Bagan Pinang, tempat yang paling hevock kot, sebab kat seberang jalan dia ada pasar malam, memang ramai giler orang ka situ, pantai  penuh ngan orang berkelah, orang mendirikan khemah, berasap berbbq bagai…memang hapening uols!

matahari masih tinggi waktu ni..
Indah kannn...

Macam biasa berselca selca…(self capture)


Angah capture che din


Che din capture angah…



Tapi rasa macam lama pulak nak tunggu matahari terbenam, angahpun ajak la che din move  ke pantai  bersebelahan, yang ke hadapan sikit dari Pasar Malam tu, tempat tu rasanya dipanggil Batu 4, kat situ nampak lagi cool sebab tak berapa ramai orang. Che din kata ‘ok saja, ikut suka’ oiii mak …terujanya bile suami mendengor kata..lalalala

Menambah keterujaan pergi shoping kat pasar malam dulu, beli sakneka jajan kenkunun nak berkelah sambil menunggu matahari terbenam di depan mata.

See..budak yang sangat hepy beli jajan yang nak di makan di pantai. Mulut pulak berkali-kali asik ulang-ulang menyebut nak tengok-sunset, nak tengok sunset…macam budak kecik tak cukup umur kayak gembiranya tu


Namun, apakan daya, malang  tak diduga menimpa,   ketika nak membelok ke arah pantai kereta kami dihentam dari belakang walaupun telah memberi signal. Senyap, kepala angah berdengung sebab terhentak seat, sampai patah klip sanggul angah, oh..terperanjantnye hati dan jantung ketika itu.

Habis koyak bumper, sensor pun senyap dah tak berbunyi...


Betul-betul rasa nak marah uols, ikut hati nak je jerit kat orang yang langgor tu, alahai...apo nak dikato..ke balai polis le kito.  

Sunset ke mana, jajan ke mana...TAK BEST TAU!

Wednesday, January 09, 2013

Rabu Tanpa Kata ~13~




~ Ting! dah kemaskini  ke..~

Monday, January 07, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke-27: Aizat - Terukir di Bintang #AJL27

Cute kan si Aizat?




hihihihi...bila tengok wajah Aizat cenggini angah teruih teringat hero-hero pilem Tamil...

* Angah peminat tegar citer tamil tau...:D

have a nice day!

Thursday, January 03, 2013

Hari Pertama Sekolah

Eh,  mual betul baca citer-citer dalam akhbar semalam kan? Apalagi kalo bukan citer pasal jantan betina beronggeng di malam tahun baru. Menyampah betoi, tak kira muda, tua, budak hingusan yang baru pencen semua nak menyundal tak tentu fasal. Eh tak ingat dunia ye, dunia yang samakin tenat dengan dosa di sana sini. Huh sungguh daku emo! emooooooo

Ups! mukadimah di atas tak ada kaitan dengan tajuk entry. Maafkan daku ya, Orait mari kita tengok apa yang berlaku pada hari pertama persekolahan.

See? oh, ini bukan bilik darjah atau bilik guru, ini adalah opis angah. Gambo dirakam jam 8.45 pagi, 02.01.2013 Lengang! hampir 80% staf bercuti kerana mengiringi anak cucu cicit pergi ke sekolah. Yang tinggal bekerja adalah orang yang tak de anak macam tuan blog ni dan juga senior-senior yang hampir nak pencen, yang anak-anak sudah tidak lagi bersekolah.


Awal tahun memang biasa begini, opis tak ber'orang. Dari big bos, small bos hingga ke kuli semua cuti. Padahal minggu ini adalah minggu Audit, cuti beku sepatutnya...tapi...

Ye lah, semua orang ada alasan sendiri, anak baru masuk darjah satu, anak masuk asrama,  anak masuk tadika  ....ye la ye la..cuti la...opis bior daku yang jaga...Yeyy!

Mungkin ini antara alasan mereka (ni bukan alasan staf opis angah, ni mungkin kat opis lain? 
 mungkin...)

"eh i kena cuti you, anak baru masuk darjah satu, husben i outstation.." (ya silakan..).........."ala...memang che abang i ada, tapi i pun nak joint jugak anak masuk sekolah pes time, tak mahu lepas peluang yang sangat berharga ni..." (alololo...sweetnye!)......."herm..abang i tu mana boleh harap handle anak sekolah, semua i kena buat" (eh?...redho la nyahhhh). 


Selamat bekerja Angah! sebab ko tak de alasan untuk bercuti saat-sat begini! uhuk...

Tuesday, January 01, 2013

2013

Saat dentuman dan percikan bunga api masih hingar di dada langit, tanda ria menyambut hadirnya 2013 - Daku masih merenung diri terkenang 2012 yang berlalu pergi.;

Sungguh, tiada yang tersangat indah dan tidak pula tersangat berduka - daku hanya biasa-biasa sahaja, hidup mengikut takdir aturan yang maha Esa;

Tiada yang dapat daku kutip untuk dibawa ke hadapan, tiada juga yang perlu daku tinggal untuk jadi sempadan - semuanya biasa-biasa sahaja, okey okey belaka;


Harapan ;

~ Daku sebagai hamba - berharap dapat menjadi insan yang lebih mengasihi dan dikasihi 
    sang pencipta
~ Daku sebagai isteri - masih berharap dapat menyempurnakan hidup sang suami
~ Daku sebagai anak - terus mewangikan doa untuk kesejahteraan kedua orang tua
~ Daku sebagai pekerja - berharap terus diberi kekuatan untuk menggalas amanah yang 
    beri

*Selamat Tahun Baru Duhai Sahabat Semua, Semoga hari ini menjadi terlebih baik berbanding semalam*


01.01.2013 
Memohon yang terbaik buat hubungan ini, kala  genap 10 tahun  hidup bersama pada hari ini