Bismillahhirahmanirrahim.
Apa kabor? Harap semua sihat-sihat hendaknya…..
Ramai yang sedang berpuasa sunat enam kan?
Alhamdulillah…dikurniakan sihat tubuh badan, bolehlah menambah pahala dengan
ibadah-ibadah sunat…
Ada sestengah orang kesihatan dah ditarik Allah, ada
sesetengah orang usahkan yang sunat, yang wajibpun tak mampu lagi di
buat…bahagian masing-masinglah kan…redha je lah dengan takdir hidup yang
tertulis..
Hola… apa nak citer ni? Hihihi
Citer raya angah biasa-biasa je, rutin tahunan lebih kurang
sama je
Perjalanan balik ke kampung di Kuala Kangsar. Macam biasa balik sorang diri dulu, sebab Che Din raya ke tiga baru dapat cuti....well mak dah redho..nak
First time naek keretapi KL-Ipoh,naek kat KL Central…
berdebor aih. Selalu naek bas KL-KK di
pagi raya pertama. Rupanya tahun ni bas transnational tak beroperasi pada 1
syawal. Ipoh pulak tu, jenuh adik kena datang menjemput , sebabnya tiket
keretapi ke Kuala Kangsar abih licin…
ececehh senyum w/pun hati sedih gak ninggalkan Che Din
Best rupanya naek keretapi, barulah nampak Malaysia ni masih
banyak pokok-pokok menghijau di sepanjang perjalanan. Dah tentu tak jammed satu
hal, tepat 2 jam setengah perjalanan dah sampai…tak sempat lena pun.
Tak sempat berposing kat stesen keretapi sebab angah
sengsorang je, Che Din drop je kat setesen terus dia gi kerja…lagipun beg tersangat berat dengan kuih raya…sabor je
lah
dalam train, selfie sorang diri...
Sampai Ipoh dah 1.30, Che Na dan suami dah sedia menunggu,
biasalah kalau KL dah lengang dah tentu di Ipoh dan Bandar-bandar negeri pulak
yang jammed, kat pukul tiga baru sampai rumah Mama…
ish kebuloq nya rasa…tak dan
salin baju teruih bukak tudung saji..tu dia…ngan lemang, rendang ayam, daging
masak itam, sambal bilis….ermm apa lagi angah pulun makan, mula ngan nasik ngan
tempoyak, pas tu sambung ngan lemang lauk pauk bagai…tak sampai 2 jam
berikutnya….haa baru tau langit tinggi rendah…penyakit ceri beri pun datang….adui…azab
betui…
Posing adalah kemestian
Lepas asar, teruih jalan ke rumah yang wajib ziarah…seberang
jalan je pun, rumah makteh, adik Mama…angah bantai laksa sepinggan…bertambah
azab le perut angah lepas tu.
Iman, Makteh, Kak Yang, Mama and Che Na
Balik dari rumah Makteh, ada tetamu menunggu, Keluarga Opah Chu, opah sedara side Mama...macam ni la setiap kali datang, dorang akan konvoi 2,3 kereta...
Malamnya kami beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang. Rumah adik perempuan abah, Makcik Sabariah...(tudung biru)
Rumah Opah Chu, satu-satunya opah sedara side abah yang masih ada...
* tamat raya pertama...perut masih memulas...hadoi
Raya Kedua
ok, posing
berlakon...ala-ala bertanya kabor gitu...skrip please!
ni pon berlakon...tanya-tanya kuih raya, balang raya bagai... huhaaa tabiat 3 beradik ni memang begitu...
ni rumah Pah Yang..yang duduk bertudung gelap semua tu opah sedara side Mama
aduhai...cucu-cucu sape ni...
habih pokok pulasan Pah Yang kena renggah
Dari rumah Pah Yang, pergi ziarah abang sulung Mama, Ayah Lang
Ni la Ayah Lang, dah agak uzur dah Ayah Lang
Balik dari rumah Ayah Lang, ada tetamu menunggu dirumah Mama...ehh...ada baby..
ehem... bila la agaknya...
Malamnya...oleh kerana dah naik muak dengan bau rendang, lemang yang ada kat rumah, kitaorang ambik angin kat Arena Kuala Kangsar...tapi tak banyak restoran yang buka...maklum la...peniaga pun nak beraya juga
* nasib baik raya kedua, perut dah beransur sihat...boleh makan macam-macam lagi
Raya Ketiga
Pagi, beraya di Pondok pengajian agama di Kampung Jeliang. Sebenarnya ada ahli keluarga angah yang menjadi penghuni Pondok yang bertemu jodoh di kala usia emas...
Berseri-seri penganitn berbaju putih....Makndak (sepupu Mama) dan Pakndak baru. Lebih 20 tahun Makndak menjadi ibu tunggal kerana kematian suami, alhamdulillah...bertemu jodoh baru
Petangnya, huhaaa...Che Din dah sampai...tu dia duk terjah makan deroyan dulu aih...
Tak lama lepas Che Din sampai, angah bersiap-siap nak balik ke kampung Che Din di Felda Ijok, Selama
Punya la Jammed, tengah malam baru sampai...
Raya Keempat
Beraya di Sungkai, rumah adik mak mertua
Sebahagian keluarga Che Din
Sukanya dia...ni Che Din ngan sepupu dia...aduhai macam kembar sebab dua-dua kurang rambut!
Ni Ahsraf, cucu terbongsu Che Din, setakat ini...
Raya Kelima
Duk menziarah keluarga di seluruh Selama, sampai ke Maghrib
Raya Keenam
Yeyyyyy...balik semula ke Manong, kampungku tercinta...kebetulan hari ini semua adik-beradik akan berkumpul, setelah beraya di rumah mertua masing-masing...
Plan cantik...buat BBQ selepas maghrib. Lepas asar dah start membakor-bakor...
e'eh....sempat pulak sambor deroyan yang baru luruh
Aqil and Shayang...yang paling kecik setakat ini...dalam keluarga angah
Gang kain pelikat, keepanasan...maklum le panas main api...
Bestnya....
Raya Ketujuh
Humangaih...memang beraya benor angah ni...Hari ni nak ke Ipoh
Gi rumah Lope
Gang lelaki. Lope and the Ipar duai
eh kompom le yang perempuan pun ada
Pernah pergi Gunung Lang? hihihi...angah pestime pergi walaupun selalu datang Ipoh...cantik tempat ni
aummcak!
alololo....ada shooting MV hindustan pulak ni!
Moh le balik kome oi...dah penat ni....
Puas beraya...best sangat beraya sesama keluarga kan kan kan...
Ok, Jumpa lagi
Wassalam