Showing posts with label KERJAYA. Show all posts
Showing posts with label KERJAYA. Show all posts

Tuesday, April 30, 2019

BENGKEL PEMBANGUNAN STAF FSSS 2019


Assalamualakum...
Lama rasanya tidak bersiaran, apa kabor kengkawan semua, harap sihat sejahtera hendaknya...

Sedikit perkembangan Angah di Organisasi mencari sesuap nasi ini...(perkembangan lain, memang sangat berkembang size badanye..hihii..)


19-21 April 2019

Alhamdulillah,

Walaupun bajet IPTA dipotong-potong, namun Fakulti Angah masih mampu menampung aktiviti untuk Staf Pelaksana. Apalah sangat yek, setahun sekali sebagai penghargaan kepada staf pelaksana..yang bertungkus lumus menggerakkan perjalanan sebuah Fakulti, jadi... mari le kita bergumbira..

Tahun ini bengkel kami di adakan di Melaka, secara santai, tidak ada acara-acara yang teruk-teruk dan memenatkan...ramai yang suka begini, tapi Angah merasa ada kekurangan pula..

Bagi Angah, kalau nak bersantai, elok la bersama keluarga, dengan kengkawan elok lah ada ativiti berkumpulan yang menjadi medan mengeratkan persefahaman menjalakan tugas-tugas di Jabatan . Tapi Angah ok je, layan je...yang penting dalam gambar dan selfie Angah ceria seperti biasa..

Mari tengok gambor lah  ye...



Naik bas ke Bayou Lagoon Park Resort Melaka, mengambil masa 2 jam perjalanan dari UM



Malam 1st day

 Amanat Tuan Dekan



Encik dan Ci Puan pinky



2nd day..
 Bertudung kekelabuan...
Ini rakan sebilik Angah, Cik Faridah, dah 37 tahun berkhidmat dan bakal bersara Julai ini..

 nampak suweet pulak baju maroon tudung kelabu...Ya Allah...badan sangat kekembangan


 adehh..Angah serius bertanya, Fasi gelak-gelak pulak...muka Angah ni ada tanda pelawak kot..eheh.

 ok wifie satu Cikgu...(Pegawai JPA, En. Faeez)


Petang free time, kami meronda ke Bandar Hilir..enjoy..



Balik dari Bandar Hilir, jadi mak dugong pulak...maklumlah banyak masa santai..



Dinner hari kedua is BBQ sambil mengasah bakat terendam karoks....kawan lain le, Angah tak boleh nyanyi..


3rd day




ni lah satu satunya aktiviti kumpulan, buat roket terampuh di dunia...

adeh..barai, tak ampuh..


Tamat sudah sesi... moh berkeliaran di Kolam...tapi tak mandi dah, selpie selpie je..

Enjoi mak mak orang ni...

Sampai masa pulang ke pangkal jalan...

Ada rezeki tahun depan pi tempat jauh dengor nya...


Wassalam





Thursday, November 09, 2017

Tugas Setahun Sekali

Majlis Konvokesyen UM 2017  telahpun selesai berlangsung pada 21 - 24 Oktober lalu. Seperti biasa Angah mahu terlibat sama secara sukarela. Selain gembira bertemu kawan-kawan ia juga sebagai sumbang bakti kepada UM tercinta.

Macam biasa juga...Angah masih mahu  menitipkan saat manis itu di blog tersayang ini. 


OPPO Angah yang sudah retak seribu, nak berselfie pun cahaya menerobos mengganggu gambaran objek..ahhh...mintak baru!

Faculty-mate


                                           Medan untuk berjumpa mantan rakan sepejabat 




Keistimawaan Majlis Konvokesyen tahun ini adalah terdapatnya Majlis Pelancaran Teks Ucapan Canselor. Yang mana seluruh ucapan Almarhum Sultan Azlan sepanjang menjadi Canselor UM di bukukan

Semoga Allah mangasihi mantan sultan saya ini dan menempatkan almarhum di kalangan hamba yang soleh.

Mahal...bersama Datuk Prof. Awang Bulgiba, Acting Vice Cansellor. Perkhidamtan beliau sudah tamat semalam dan UM telah mendapat Vice Chancellor baru...

Sepersukarelawan...


Panjang umur tahun depan kita bertugas lagi...
~******~

gambar kenangan yang diambil dua hari lalu, sempena majlis penghargaan buat Petugas Konvokesyen...


Wassalam.

Monday, October 07, 2013

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2013


Asalamualaikum.

Meh nak citer sikit pasal kerja angah di UM ni. Selain kerja-kerja hakiki di pejabat, staf sangat digalakkan melakukan kerja-kerja tambahan yang  bertujuan untuk memantapkan KPI tahunan masing-masing.

Salah satu tugas khidmat bakti yang menjadi rebutan staf setiap tahun adalah bertugas di Istiadat Konvokesyen sebagai  Penyambut Tetamu. Angah sejak 13 tahun bekerja di UM ni boleh kata setiap tahun angah akan  bertugas di Majlis ini. Seronok weh…sebab berpeluang masuk ke Dewan Tuanku Canselor yang bukan senang-senang nak masuk tanpa tujuan tertentu.

Yang menrik tentulah kerana Canselor dan Pro Canselor nya adalah datang dari Istana Perak….so tiap-tiap tahun le dapat tengok Sultan dan Raja Muda perak secara live....eheh..





Mantan Ketua Menteri Melaka pun Grad tahun ni...dia grad program Sarjana...tahniah Datuk Seri....

Majlis Santapan DIraja

Pada malam pertama Istiadat Konvokesyen,  menjadi kelaziman UM menganjurkan Majlis Makan Malam yang dipanggil Majlis Santapan Diraja. Merata-rata hotel Di KL ni telah menjadi  port majlis, dan tahun ini di adakah di PJ Hilton.  Maka sekonyong-konyong nya angah join majlis dinner untuk tahun ni…first time ni ..haa kat Majlis tu la angah dapat bergambor dengan Tuanku Zara Salim…



Ada artis nyanyi uollls…HEBAT, sape kenal dia ni?


Ni la penyanyi bernama Najib Hanif…very good performer la dia ni…suara dia ala-ala Tom Jones gitu





Istiadat Konvokesyen tahun ni bermula 30 September hingga 4 Oktober 2013…tapi angah memilih untuk bertugas selama 2 hari sahaja, tak larat berdiri la, lutut dah longgar, kalo 10 tahun dulu,seminggu istiadat, seminggu la angah bertugas…semangat gitu..


ok jumpa lagi...

Wednesday, September 18, 2013