Friday, December 30, 2011

Semoga Berbahagia

Wahai adinda yang dikasihi tiada apalah yang dapat kekanda berikan selain mendoakan bahtera yang baru kalian bina sentiasa berada dalam keberkatan Illahi.

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Adik kedua angah ini sudah selamat di ijabkabulkan seusai waktu asar 16 Disember 2011 yang lalu, bersamaan tarikh genap usianya 27 tahun.

Menanti Diijabkabulkan


Sah! Menerima Mas Kahwin dan Membatal Air Sembahyang

 Pengantin Ceria...
 Sorang dari Kuala Kangsar, sorang dari Penang, bertemu di Sintok  Kedah
Bersama-sama Teman Seperjuangan

Alhamdulillah, usai majlis nikahnye...

Malamnya diadakan Majlis Berkhatam  Quran, Selepas Isya'


******************

Hari Sandingnya 17 Disember 2011








Selamat Berbahagia dari kami semua....

Wednesday, December 28, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Chini Part 2

The Wedding Day

Pengantin lelaki ni Sham namanya,   kawan baik che din, sejak pandai bertatih hingglah tamat tingkatan 5, tu yang kena pegi jugak wedding tu. 
Alhamdulillah walau dah agak terlajak umur, sampai juga jodohnye. Tahniah Sham..


Checkout dari Lake Chini Resort. Ready nak gi rumah org kawen..di Felda Chini

Perjalanan dari Tasik Chini ke Felda Chini tak sampai 20 minit..

Sham & Che Din

Che Din memayung diri sendiri...bukan memayungkan pengantin!



 Semoga cepat dapat baby!

Pengantin lama....

pertama kali angah makan kenduri kawen berlaukkan kari kepala ikan dan telur itik masak lemak!

Pengantin bergambor outdoor kat Taman Bukit Kasut, jadi angah pun tumpang posing sekali lah!


Ni pemandangn sekitar Felda



Alhamdulillah, selamat perjalan kami. Nak balik dah..bye bye Chini!



Chini Part 1

Tasik Chini ...Angah datang!

Penat!
Penat wa cakap lu…
Rasa nak terkolap segala sendi-sendi
Sampai hari ni sengal-sengal badan belum hilang…
Inilah penangannya berkelana jauh dengan si comel
Kadang-kadang bila nak berjalan jauh
Rasa nak sumpah si comel mengembang sebesar Myvi
Tapi bila nak parking kat flat angah yang crowded ni, dia menguncup semula, jadi saiz asal

Ya kawan-kawan, ini cerita angah yang melana ke daerah chini di hari jumaat yang lalu. Rasanya tiada siaran ulangan untuk ke Chini kalau menaiki si comel, cramp yo!

Bermula di Karak Highway sekitar jam 11.30 pagi, kami sampai ke Temerloh dalam 12.45 tengahari. Minum-minum,  ke toilet bagai… che din pun gi solat jumaat, sementara angah cuci mata dan cuci poket di pelbagai kedai-kedai yang tersedia  secara berpusat, dekat-dekat dan padat-padat  perghh.. heaven untuk kaki shoping.

Sambung perjalanan dan sampai ke Gambang dalam jam 3.45, berenti lagi, minum-minum dan mengeliat-ngeliat meluruskan badan. Masa ni badan memang dah kebas sana-sini.
Bila dah lega sikit sambung perjalanan , perjalanan yang agak menyeramkan, dalam hutan sawit! Sampai ke Resort  Tasik Chini jam dah pun pukul 5 lebih…humanghaihhh…panjangnya perjalanan….

Sila le nikmati gambo-gambo kenanganku ini...


Langit dan awan yang cantik mengiringi perjalanan kami

Masuk ke lorong menghala Tasik Chini, kami disambut kumpulan lembu-lembu yang berkelana sepanjang jalan

 Ni le penginapan kami

Ni chalet kami, selesa dari segi saiz tapi tak berapa bersih, banyak habuk, macam jarang orang pakai

  persekitaran chalet

Pemandangan dari daratan 
 (1)

(2)

Time to posing-posing



Dah sampai sini rugi le kalo tak belayar...Jom!

Ready to go!

 Warna airnye sangat menyeramkan

 kata org kat situ, melalui lorong sempit antara pokok-pokok ni....sang ular pernah melompat ke dalam bot! huhhuhu, che din dah cuak tak nak naik, tapi angah nak jugak, nak jugak! tgk siap boleh posing senyum-senyum lagi...:p


sempat singah ke daratan perkampungan oang asli

Ni nak sampai ke jeti semula...


TQ to  Pakcik driver bot. 
Masa nak sampai jeti, pakcik ni telah menunjukkan skill membawa bot seperti kat F1...makaihhh...kecut perut