Friday, August 18, 2017

Penginapan 4hari 3malam

Di PPUM!




Mampu?

...hanya yang 'terpilih' sahaja yang mendapat uols...



~ * * * ~ * * *~

10 Julai 2017


Niat Angah hanya ingin menjadi sukarelawan kepada  pelajar-pelajar Bioperubatan UM yang sedang menjalankan kajian / penyelidikan terhadap tahap kesihatan staf-staf di UM terutama tahap kolesterol. Program dijalankan di Klinik Pelajar UM yang bersebelahan sahaja dengan Fakulti Angah.

Apa salahnya menjadi bahan ujikaji mereka ye dak, kut la boleh jadi sedekah jariah, sekiranya hasil dapatan kajian tersebut menjadi rujukan sepanjang zaman...

Kemudian dari check-up tersebut,  kami akan diberi mencuba sejenis supplement untuk membaik pulih kesihatan, sekiranya kelesterol kami sangat tinggi.

Namun apa yang jadi pada seorang Angah ini?

Pada akhirnya,  kajian mereka telah membawa Angah untuk 'dikurung' di Wad 10U, PPUM dengan sebab anemia, perlu masuk darah, perlu dicucuk, perlu di itu di ini...

Apa nak kata?

Semunya gara-gara HB Angah yang sangat rendah iaitu hanya pada kiraan 5 sahaja. Angah juga terus di tolak dari meneruskan ujikaji bersama mereka dengan alasan tidak mahu mengambil risiko...

ye betul...Angah juga tak mahu mengambil risiko... 

Lab PPUM yang yang menganalisa darah Angah tu telah menelefon Klinik Pelajar, menggesa supaya Angah serta merta hadir ke Bahagian Trauma/Kecemasan PPUM. 

Tapi Angah buat rilek je...Angah tahu kondisi tubuh Angah, kalo bacaan HB 5 tu, kira sihat la lagi, Angah pernah tinggal HB dengan bacaan 4 dan tak rasa pitam, cuma mengah bila naik tangga.

So esok paginya baru Angah ke Trauma dan memang bersedia untuk di'kerjakan' oleh staf PPUM. 


11 Julai 2017

Well..saat leceh pun menjelma;

Jam 9 pagi Angah sudah terbaring di katil wad kecemasan. Dimulai dengan mencucuk tangan untuk drip....bla bla bla..doktor bersilih ganti datang interview...sedar-sedar perut lapar tapi tak dibenarkan keluar...takut pengsan katanya dan di situ tiada staf yang free untuk tolong belikan makanan, nasib baik seorang nurse sudi memberikan Angah segelas air...

Wad kecemasan atau wad sementara ni dia terbuka, jadi kau akan nampak semua orang yang terbaring. Jadi suasananya agak mengerikan...yang kemalangan, yang nazak yang meraung yang mengeluh-ngeluh sakit semua terpampang depan mata dan bunyi-bunyi yang masuk telinga. Keadaan itu sangat merimaskan.

Setelah puas menunggu akhirnya, jam 3 petang baru lah Angah dapat tempat di wad sebenar. 

Menunggu lagi....menunggu darah pulak. Semalam masa Lab call, katanya keadaan Angah ni mendesak sangat untuk di transfer darah, tapi bila masuk wad, darah pun tak standby lagi. Hanya jam 6 petang lebih baru lah pack pertama darah sampai....aduiii..tangan yang di cucuk tadi dah mula membengkak dah... sakitnya tuhan saja yang tahu.

Jam 10.30 malam, pack kedua pula. Wah...malam lagi lah memeritkan, dengan suasana yang sejuk, lagi mudah urat menjadi kecut. Berulang kali saluran urat Angah di flush...setiap kali flush tangan Angah akan jadi gemuk macam Hulk...deritanya.. 2.30 pagi baru habis pack kedua...aduiii sakitnya tangan Angah...

Angah ni memang ada masalah urat halus dan pendek, jadinya jarum susah nak masuk. Kalau masukpun dia kan cepat bengkak dan kemudian akan block menyebab transfusi darah terhenti di tengah jalan...

12 Julai 2017

Dah dapat dua pack darah, badan pun rasa segar bugar sikit. Hati pun berbunga-bunga mengharap boleh discaj hari ini. Tapi kerana rekod Angah yang punya follow up hal-hal sakit puan  menyebabkan Doktor sangat berminat untuk nak 'menyelidik' Angah. 8.30 pagi, doktor ambik darah untuk check pertambahan hb. Sementara menunggu result darah, Angah kena pergi bilik rawatan untuk buat pap smear, ultrasound abdomen dan Doktor cuba nak ambil sampel daripda tisu rahim. Sakit tau..

Yang lebih sakit adalah di hati...Angah merayu pada HO supaya Doktor Wanita yang buat prosedur tu, tapi jangan harap mereka memperdulikannya.

Menjelang tengahari sepatutnya Angah dah tahu bacaan hb yang baru, tapi Doktor semua sibuk. Memang pesakit di wad terlalu ramai, duty di gyne clinic pun kena attend, kalo ada operation pun diaorang kena duty jugak...Petang baru diaorang muncul...adui..punah harapan nak discaj.

Pulak tu, dah tambah 2 pack darah semalam tu, hb Angah naik pada bacaan 7.2 sahaja, syarat nak discaj, hb mesti pada bacaan 8 dan ke atas.  Kena masuk satu pack lagi. Dalam jam 8 malam dapatlah pack yang ke 3. Jarum di tangan telah bertukar tempat ye....sebab urat semalam dah sangat membengkak dan saluran itu tak dapat digunakan lagi....Allah..rasa nak demam urat dibuatnya. 

Untuk chek hb, baru tahu, darah hanya boleh diambil selepas 6 jam transfusi darah. Makanya....


13 Julai 2017

Darah dah diambil jam 12 tengah malam, seterusnya dalam jam 5 pagi Doktor datang maklumkan bacaan hb. Pelik tak pelik...bacaan hb hanyak naik kepada 7.5 sahaja....??? what! ada hantu ke yang curi darah yang ditransfusi semalam??? hanya Allah yang tahu.

Rela tak rela, kena transfusi satu lagi pack darah dalam jam 10.00 pagi....dan di tempat lain pula perlu dicucuk, kerana tempat cucuk semalam juga uratnya sudah 'bocor' . Angah dah tersangat stressssss dah waktu ini..merusuhnya hati di dalam...

Semalam Pap Smear dan Ultrasound di jalankan oleh Dr. Kartik selaku MO dengan dibantu dua orang Doktor baru bertaraf HO. 

Hari ini sekali lagi Angah perlu di ultrasound kan oleh Doktor  lain yang lebih tinggi, yang bertaraf Pakar Klinikal pula...kali ini lagi sadis, lebih ramai 'pemerhati' berada bersama Pakar Klinikal tersebut untuk menyiasat Angah...Allah saja yang tahu betapa malu nya Angah menjadi bahan ujikaji, tapi Angah niatkan saja di hati sebagai Jariah untuk Doktor-Doktor muda belajar.

Jam 4 petang darah sekali lagi diambil untuk tahu tahap hb, selepas sejam sepatutnya dapat result, dan ada harapan untuk discaj. Tapi Doktor pula dalam OT Room (macam tak ada Doktor lain kan?) Jam 9 malam baru tahu result darah.

Alhamdulillah...kesakitan tangan di kanan kiri yang membengkak bagai hilang selepas bacaan hb Angah naik pada kiraan 9, namun hari dah malam, kaunter discaj pun dah tutup, kena bermalam lagi sehari.

14 Julai 2017

Dr. Kartik berjanji akan urus discaj Angah pagi ini. Namun bak kata Angah tadi, ramai sangat Doktor berebut nak menyiasat penyakit Angah, pagi ini seorang Doktor bertaraf Prof. Madya pula yang hendak men'chekup' Angah. 

Sesuai dengan taraf dia, checkup kali ini sangat detail, kerana dia tak puas hati dengan dua checkup yang dibuat MO dan Pakar Klinikal. MO dan Pakar Klinikal gagal mengambil tisu rahim Angah.

Maka Angah perlu di Scoop...Apat Tu?

Scoop, adalah memasukkan kemera ke ruang rahim paling dalam untuk melihat, meneropong ke segenap sudut ruang peranakan.

Prosesnya dalam masa 15 hingga 20 minit bergantung kepada yang buat prosedur, kalau ramai yang ada bersama dia, sambil teropong sambil explain macam kelas tutorial maka....30 minit pun belum selesai. 

Terus terang prosedur ini sangat MENYAKITKAN. Ditambah pula diakhirnya dinding rahim Angah di'cubit' untuk ambil sample tisu rahim untuk mengesan jika ada kenser.

Dalam prosedur ini barulah Angah tahu, mengapa Angah selalu bleeding banyak dan berpanjangan ketika period. Selama hari ini di Klinik Gyne Doktor hanya mengesan Angah ada Cyst dan Fibroid sahaja, rupanya  dalam rahim Angah ada dua ketul polip. Polip inilah yang bila bergesel menyebabkan pendarahan. Ya Allah...apa sajalah yang Angah hadapi ini...

Doktor memulangkan keputusan di tangan Angah, kerana mereka hanya boleh memberi pendapat sahaja.

Dilema melanda bila Doktor menerangkan: seeloknya buang keseluruhan organ peranakan, tetapi faktor umur yang masih agak muda dan pembedahan lalu yang masih baru, mereka seperti bercanggah pendapat. Akhirnya Angah sendiri yang kena buat keputusan.

Jujurnya Angah belum ada keputusan. Sakit pembedahan lalu masih terasa. Tetapi bleeding yang banyak menyebabkan pelbagai komplikasi lain pula...

'Ya Allah aku mohon petunjuk dariMu'



Wassalam..tolong doakan Angah sihat ya!

Tuesday, August 01, 2017

Saat Besendiri

akhirnya engkau bersendirian pilu
engkau bukan yang ditunggu
engkau bukan yang dirindu
engkau bukan yang diperlu
engkau ditinggal disetiap sesuatu

engkau
bisakah engkau berdiri
dengan kaki sendiri
tanpa sesiapa di sisi
di arena ini
di lapangan ini

engkau
mampukah berlari
di padang ini
yang ranjaunya berduri
yang jauhnya semakin sunyi
yang dalamnya semakin sepi
kau hanya punya hati sendiri

engkau
tak mengapalah bersendiri
bukan mereka yang beri itu ini
engkau patut punya wajadiri
terus melangkah tanpa sangsi
yang penting rasakan Allah di sisi

engkau
engkau tahu apa yang engkau mahu
saat berteman bukan lagi yang perlu
dakaplah rahmat sang penciptamu
dia lebih memberi restu
asalkan kau tahu
jalan yang satu!

saatbersendiri/adinaduana/14.10/22/1/2016

(Kuatnya pengaruh Puan Zurina terhadap saya...sampai saya tak boleh move on sejak kepergiannya ke Unit lain)