Showing posts with label Aduhai Anak.... Show all posts
Showing posts with label Aduhai Anak.... Show all posts

Friday, June 12, 2020

Soalan yang tiada jawapan

Kelmarin dolu..(ini kisah Disember 2019 daaa...)
 
Seketul budak bertaraf cucu saudara sebelah Che Din, berusia sembian tahun bertanyakan tentang anak kami...
Beberapa tahun sebelum ini, anak buah Angah sendiri juga ada bertanya akan hal yang sama, dia juga di bawah usia sepuluh tahun. Lagi parah, awal tahun ini anak buah Angah berumur tak sampai.empat tahun.juga pernah bertanya perihal sama....aduhh pening, uphamol pun tak buat kebah ni   .

Situasi kelmarin;
Si cucu suadara ini, menonton tv bersama Angah, Toksu dia (Che Din)  dan Moyang dia (mak Che Din) sambil sembang sembang segala hal termasuk kisah kucing2 yang Angah bela (Geumbi dan tiga ekor anaknya)

Tiba tiba "mana anak toksu...?"
.....Glurp...kelat air liur yang ditelan!
"Ada.." kata Toksunya
"Ada berapa"
"Dua"
"Mana, tak pernah tengok pun..?"
" tu, si Geumbi dengan anak dia"
Ketawa si cucu..."main main la Toksu ni...

Ya, kawan kawan semua, jika lima ke sepuluh tahun dahulu, sudah jenuh kami menjawab soalan orang dewasa. Selepas berbelas  tahun anak anak kecil pula yang kami perlu berhadapan, dan situasinya ternyata lebih sulit untuk memahamkan mereka dengan cara yang berhemah .

Sulit

Ada sesiapa boleh bantu?
Kirimkan solution anda...cehhh..gitew sekali mintak bantuan
 
 
Jumpa lagi!

Friday, May 17, 2013

Sentap Pulak Pagi Nie!



'Aku ni bukanlah sengaja nak menyombong atau nak belagak tak tentu pasal, tapi kalau dah pagi-pagi kena tembak dengan benda yang sensitif, depan orang ramai pulak tu aku memang naik darah! Tapi aku tak gamak pulak nak tembak kau semula. Cuma aku diam dan tak dapat berpura-pura memaniskan muka, yang aku jawab pun nada  acuh tak acuh bah kan berbunyi dingin  saja. 

Bila keadaan aku begitu, kau kata aku tak tahan bergurau pula, haih! Kau dah lama tahu yang aku ni belum beranak kan? Tapi tak payahlah nak tunjuk
Prihatin’ sangat depan orang ramai. Aku fikir kau ni memang tak beradaplah.  Kau buat mood aku spoil sepanjang hari. Maaflah, aku tak berniat pun nak buat kau terasa dengan sikap membatu aku tu, tapi kau patut letak diri kau dalam ‘kasut’ aku.

Aku kenal kau memang peramah, baik dan aku selesa bersembang dengan kau, tapi mungkin kejadian pagi ini ibarat ‘salah masa dan salah tempat’ so lepas ni aku tak dapat lari dari rasa berhati-hati terhadap kamu wahai kawan!

Aku tak suka betulah berada dalam mood yang ‘busuk’ ni, kau punya pasal lah ni! Kau tahu tak, bila mood aku tak baik aku berpotensi menjadi ‘harimau’ terhadap semua orang, itu yang aku tak suka!!!!

Oh tuhan bilakah situasi-situasi begini akan berkakhir, bosan tahu!'

Gerrrrr...cakar muka kang nak!

x2x $2l!=2  / 17052013

Wednesday, June 13, 2012

Bukan lah mudah tapi tidak lah juga susah..


Orang selalu kata
hidup kami nampak  mudah
hidup kami sangat mudah
hidup kami terlalu mudah
Alhamdulillah, semoga ia menjadi doa untuk kami

Tapi apakah maksud mudah bagi mereka?
Adakah mudah pada mereka, akan juga mudah pada kami?

Betullah, kata-kata tak dapat merangkum makna hakikat
Kata-kata hanya kata-kata yang kadangkala tak punya makna
Ia hanya tanggapan

Jadi, kami biarkan mereka berkata-kata
Kerana mereka tak pernah cuba faham akan sebuah makna

Adui la, bunyik serius je angah ni kan hihihihi….

Apa perasaan korang bila;

Korang jalan-jalan, joli-joli katak dihujung minggu, ada orang sound “amboi cuti hujung minggu pun sempat jalan-jalan, rajin betullah! Aku  hujung minggu la masa nak mengemas rumah, basuh kain baju…ko tak apa lah… Senang….anak pun tak ada

Korang pakai baju baru atau tudung baru, ada orang tegur “asik beli baju baru je…banyak betul duit, Untunglah..duit tak ke mana…anak pun tak ada

Korang bawak kerja pejabat balik rumah, ada orang kata “sempat buat kerja opis di rumah ek?  Aku jangan harap, ko tak pa lah tak de sape nak kacau…anak pun tak ada

Korang tengok wayang pada petang atau malam hari bekerja, ada orang geleng kepala sambil kata “mak aih…sempat tengok wayang, ye la…tak ada apa nak buat kan…anak pun tak ada

Hahahha….rupanya mereka ni nak kata, hidup kami mudah kerana kami tak ada anak… masyaallah…habis yang korang beranak banyak-banyak tu buat apa???

Rafla jingga lah hangpa ni…tak de anak korang nak anak, dah Allah bagi korang anak duk la compare-compare ngan angah yang tak de anak ni haiii donia-donia..

Boleh tak bersyukur je dengan apa yang korang ada? 


Korang tahu tak, kalo korang tak dapat holiday ka, tak dapat soping ka, tak dapat tengok wayang ka…korang tetap lebih untung daripada kami….so lebih baik korang diam! 

Thursday, April 21, 2011

Erm..Bila Nak Habis Ntah!

Takkan abis-abis kot... selagi aku tak mengandung, selagi aku tak veranak!

tensi btoi la aku dibuatnye..
aku tensi sebab aku rasa marah
marah pada diri sendiri
kerana tak pandai menjawab!
Jawab?
apa lagi la yang boleh aku jawab?

selalunya aku bagi jawapan 'pelarian' - contohnya - insya-allah, sikit hari lagi adalah.., esok-esok ada la tu.. TAPI ada orang tak paham-paham KAN? letis mak!

'eh, korang yang suka-suki tanya-tanya tu atau saja nak wat joke tu, next time boleh tak bagi pilihan jawapan? A,B,C atau D supaya senang aku pilih, atau aku 'like' yang mana berkenan'

Malanglah sape yang buat joke dengan masalah aku ni, sebab aku tak lupa nak doa supaya benda ni akan berbalik pada ahlil keluarga kamu!

Tuesday, August 24, 2010

AnAk-AnAk sAyA



Masih ku tunggu
Nur Syaqirah Yasmeen
Masih ku nanti
Mohd Amzar Haqim

 
Wahai...

 
Datanglah pewaris cinta
pengubat rindu di kalbu
Hadirlah pembawa bahagia
penguat jalan ke syurga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aye pos suara hati aye ni di FB tak berapa lama dulu
mungkin ada yang tak paham, ada yang tertanya-tanya
siapakah gerangan yang aye tunggu-nanti itu

angan-angan aye masa bernikah dulu
berkehendakkan 4 orang cahaya mata
dua lelaki, dua perempuan
nama pon dah siap pilih...teruja la katakan
jadi aye pon pilih la nama-nama ni

1. Nur Syaqirah Yasmeen
2. Mohd. Amzar Haqim
3. Nur Ilanda Balqis
4. Mohd. Aiman Qausar
haaa semua ada huruf  Q ye..kawan-kawan...
nama-nama  ni maknanya baik-baik belaka
tapi dah tak berapa ingat la makna nye
sebab 7 tahun dah berlalu

Kenapa aye letak dua nama aje dalam puisi itu?
ya! sekarang aye sudah dipanjat usia
mungkin tidak berkesempatan mendapatkan keempat-empat mereka
jadi saya menggantung harap untuk mendapat dua pon jadi lah

Terima kasih kepada manusia-manusia yang bersimpati dan selalu mendoakan kami beroleh buah hati yang dinanti

Bagi manusia-manusia yang kurang perasaan:
meh la nak citer, aye ni kawen dah tujuh tahun
tapi belum dikurniakan zuriat
ada yang kata aye mandui, tak ape la
aye anggap deme tak paham istilah perubatan
aye yg menjalani rawatan, aye yang tahu duduk perkara
maleh nak citer banyak

cuma aye heran,
yang selalu menyebut-nyebut, bertanya-tanya,
yang menyindir-nyindir ni... ape citer..
tak percaya kuase tuhan ke

yang tak mengalami memang tak rasa ape-ape
walaupun aye ni hepy go lucky
dan mak lawak yang  buat org gelak
tapi jgn lah isu tak de anak ni
kome nak buat bahan lawak pulak
idok le lawak manapun
kalo masuk raja lawak pon
kompom kome tak menang

tengok lah perangai manusia
tak kena batang idung seniri
sedap la
tapi jgn lupa
isu macam ni mungkin akan jadi kat family kome pula
bukan le aye doakan
tapi ingat la hukum karma

owhh sesungguh mereka ni  tak sensitif
terhadap perasaan seorang isteri
yang belum bergelar ibu