Berdebar!
Betul, takut sangat rasanya bila diberitahu angah kena
jalani CT SCAN. Mulalah pencarian
maklumat-maklumat berkaitan, yang tak bestnya rata-rata mengatakan CT SCAN ni
agak menyakitkan…
Kebetulan ada pulak rakan sepejabat pernah buat CT SCAN kerana
masalah di abdomen, apa lagi beriya agah interview dia, aduh, dengar cerita dia
lagilah perasaan takut datang menyerang. Rasa nak cancel, tak nak buat sebab
takut! Tapi bila mengenangkan inilah proses permulaan untuk remove fibroid dan
mengenang kesakitan yang perlu dihadapi kalau
tak buang, angah gagahkan diri jugak, redho ajelah..mak pasrah nak…
Isnin, 8 Jun 2015, lebih kurang Jam 12.00 tengahari angah pun
sampailah ke Unit Radiologi PPUM seorang diri…goyah jugak hati ini, rasa nak
cabut lari dari PPUM pun ada… ( teruk punya penakut) tapi Alahmadulillah,
prosesnya tidak lah menggerunkan seperti yang dibaca dan didengari.
Nama angah dipanggil ke Bilik rawatan, Nurse suruh buang
semua logam-logam dan yang seangkatan dengan dari tubuh badan. Oleh kerana baju
angah ada sedikit batu-batuan, maka angah disuruh menyalin pakaian hospital.
Angah diberi segelas air berperisa oren, besor jugaklah gelasnya…rasa penuh
perut
Lepas tu mula proses mencari urat, urat angah ni halus
benor, jenuh kena tepuk-tepuk di doctor baru timbui uratnya. Pasang jarum
dilengan kanan untuk proses melalukan ubat.
Kemudian dipanggil ke bilik sebelah, Nurse suruh baring,
untuk masuk ubat cecair ikut belakang
dan memakai tompon.
Angah dah cool sikit masa ni, dah hilang rasa takut..petuanya
kena bertenang dan mulut jangan berhenti berzikir…alhamdulillah
Tak lama menunggu nama angah dipanggil untuk masu ke Bilik
SCAN. Bila Nampak alatan bergelung tu, eiiii…tetiba rasa gerun balik…staf
radiologi tu mungkin perasan angah takut kot, jadi dia explain apa yang angah
akan alami ketika proses scaning tu…jadi angah kena bersedia dan diminta
bertenang…
Angah diminta baring menghadap gelung tu, tangan kedua-dua
dikuak lentangkan ke atas, dan dilaang bergerak . Badan angah mula disorong ke
dalam gelung. Mesin tu bercakap weh..hihihi…
‘tarik nafas, tahan…bernafas biasa…’ kata mesin tu, dalam kiraan 50 kot,
badan angah disorong keluar gelung.
Step kedua, doktor datang masukkan ubat cecair pada lengan
yang berjarum tadi, masa ni ada rasa tak selesa sikit…badan tiba-tiba meruap
panas, tekak rasa pahit dan rasa gatal dibahagian belakang badan (simptom ini
memang petugas radiologi dah beritahu tadi)
Selepas masuk ubat, badan angah disorong semula ke dalam
gelung, kali ini lama sikit, mungkin doctor sedang menyukat-nyukat size fibroid
dengan detail kot dekat skrin, and then keluar semula. Angah ingat dah selesai,
rupanya kena masuk gelung sekali lagi…agaknya untuk dapat gambaran lebih jelas
kot…so lebih kurang 20 minit jugak angah bergelung di dalam tu…dan keadaan
angah adalah agak loya-loya sedikit….kesan ubat la tu
Yey selesai. Masa Nurse nak cabut jarum, dia tanya ada rasa
gatal tak, angah cakap ada kat belakang badan dan peha. So Doktor datang cek,
dia kata angah alah pada ubat semasa
scan tadi. Tapi tak serius, sikit aje…supaya
tak teruk dia bagi angah sebijik pil untuk hilangkan gatal tu dan diminta duduk
di sekitar bilik rawatan tu selama 20 minit. Nasib baik gatal tu tak melarat dan angah
dibenarkan balik…yahoo
Begitulah ceritanya pengalaman menjalani CT SCAN, tak adalah teruk sangat...ok je. Saat ini berdebar pulak nak tunggu
resultnya yang akan diberitahu ketika appointment dengan klinik Gyne 18 Jun
nanti…angah harappppp sangat rahim angah tak perlu dibuang…mudah-mudahan
Ok! Insyaallah, jumpa lagi, wassalam…