Thursday, September 28, 2017

CINA


Pada suatu ketika pulang ke kampung, pergilah membawa kereta ayahnda yang mengalami sedikit kerosakan. Tempat dituju adalah Pekan Talang, Kuala Kangsar.



Banyak terdapat deretan kedai sebegini. Dua blok deretan kedai-kedai ini adalah peniaga Cina yang menjalankan perusahaan Bengkel Kereta/kenderaan.

Lalu terfikir di minda, kedai sebelah menyebelah, berniaga benda yang sama, owner berlainan tapi bangsa yang sama:

Tidakkan mereka pernah bergaduh...berebut customer misalnya? 

Tidak...elok saja aman damai...

Kalau kita nak pergi kedai A, tapi parking di kedai B...tiada masalah...tidak pula owner kedai B maah-marah...

Indahnya PEMUAFAKATAN mereka...



Dalam menanti kereta ayahnda dibaiki, kelihatan sebuah lori mengambil barang-barang buangan dari kesemua bengkel-bengkel itu, juga dari bangsa yang sama.  Pada telahan Angah, hasil dari barang buangan itu untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan bangsa mereka juga (seperti yg tertulis pada lori) 

SISTEMATIK kan mereka ini? semua untuk bangsa sendiri. Ye lah kalau tak sesama bangsa yang nak menolong, siapa lagi...

Lalu melirik fikiran Angah pada bangsa sendiri yang bernama Melayu. `?`




Kereta tua ayahnda yang sudah siap dibaiki...
 - orang Melayu juga yang mengkayakan orang Cina..
nak kata apa kan...peace..

Monday, September 18, 2017

Dunia Hari Ini

Dunia hari ini
rencamnya tak terjangka
kecahnya tak terduga
padahnya tak pernah dikira

Dunia hari ini
aksinya bermacam gaya
kata-kata banyak yang nista
musibah bermaharajalela

Dunia hari ini
orangnya sudah hilang manusia
akalnya entah ke mana hala
dosa bukan lagi penahan durja

Dunia hari ini
kian parah berduka
suara suci cuba menyapa
tenggelam dek  amarah  jiwa



DuniaHariIni/adinaduana/18/9/2017

Wednesday, September 06, 2017

Kakak pun macam mak-mak jugak..

~Assalamualaikum Kawan-Kawan~

Siapa di sini dia adalah  Kakak di kalangan adik-beradik dia, sila angkat kening!

...hihii..dah angkat?..good good...

Setuju tak anda, bila Angah katakan -  hati seorang kakak terhadap adik-adiknya,  sama dengan rasa hati seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Sakit pening adik-adik, makan minum, pelajaran sehingga hal kahwin, hal beranak pinak, eh segala macam hal merekalah...semua ter automatik ter touch n go ke dalam jiwa dan perhatian kakak  ni..


Angah kan..masa kecik dulu, kalau adik-adik merenung sambil telan air liur tengok budak-budak lain makan sakneka jajan ke cekedi ke, tora, dendang segala bagai...Angah jadi kesian tau, sayu je hati...haha padahal benda-benda tu bukan elokpun, cuma Angah faham sebagai budak-budak kitaorang memang teringin makan benda-benda macam tu, tapi waktu tu mama abah tak mampu nak bagi duit belanja lebih. Sebab tu bila dah dewasa dan bekerja Angah memang boros bab makan, beli apa ndak, makan apa ndak kira balas dendamlah ni.

Moment indah ketika masih sebumbung,

Bercekau, tarik menarik rambut, terlempang, sepak menyepak, berebut makan, terjerit-jerit amarah tetapi kemudiannya masih mampu tido bergolek bersama. Jika kelakuan adik-adik ni nakal, kakaklah yang akan pening nak mentarbiyah mereka, becok mengomel itu-ini, memang sebijik macam-mak-mak..

Saat meningkat remaja, mulalah banyak urusan rumah diperturunkan pada kakak. Memasaklah, mengemaslah, bantu adik-adik buat kerja sekolahlah...

Haa, bila penat kakak ni lah yang akan berpotensi menjadi tarzan rimba, silap sikit memang ada adik-adik yang akan kena bedal. Masa ini rasa menyampah betul ada ramai adik...haih! tak bolehlah si  kakak nak relek sikit..meluat aje rasa, adik-adikpun mula meluat juga kat kakak...panas je masing-masing. 

Tapi lepas tu boleh pulak terjun sungai mandi sama-sama, gelak-gelak tak hengat dunia. Bila ada adik yang kena gigit pacat kat sungai, kakaklah paling kalut  tolong buang pacat dan check kut-kut ada bahagian lain kena gigit jugak, punyalah risau takut jadi apa-apa kat adik, fuhh, tahap risau tu sama macam mak-mak  punya risau kaedahnya ...


Bila masing-masing dah dewasa, dah berkeluarga sendiri...sedikit sebanyak mesti ada perubahan. namun Angah yang belum ada anak ni, keseluruhan perasaan terhadap adik-adik tu masih banyak yang sama. Harap adik-adikpun begitu...hiii..sebak pulak rasa


Adik lelaki, tanggungjawab dia pada anak isteri pun selalu termasuk dalam perkiraan si kakak ni, risau takut adik tak tertunai tanggungjawab dengan baik, bab solat bab didik anak isteri, bab kerja dia...selalu je menyinggah dalam fikiran


Lately ni Angah berhadapan dengan adik-adik perempuan yang bersalin, mak aih...dia punya berdebar tu... tak tahu nak cakap. Selamat ke dia, sakit ke dia...kita pulak yang terasa bebannya heheh..


Bila dah ada anak buah, happynya macam ada anak sendiri pulak...hai lah MakNgah...



Ini anak buah MakNgah yang terkecik buat masa ini...Khalil Asy, hari baru berusia 30 hari. Anaknda kedua Adik Eja, adik kepada si Kela

Kela & Zara..yang dah kuat berlari dan banyak cakap!



......Begitulah Indahnya menjadi seorang kakak. Wassalam