Showing posts with label Kongsi info. Show all posts
Showing posts with label Kongsi info. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Jom Banyakkan Berselawat



Assalamualaikum kawan-kawan,

Selamat bercuti, selamat memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Dikongsikan yang berikut untuk ingatan kita bersama...


  Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]


Waktu Afdhal Berselawat

·        Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:

·        Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.

·        Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.

·        Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.

·        Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.

·        Di akhir qunut dalam solat.

·        Di dalam solat jenazah.

·        Ketika masuk dan keluar dari masjid.

·        Setiap waktu pagi dan petang.

·        Hari Khamis malam Jumaat.

·        Sepanjang hari Jumaat.

·        Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

 

Perkongsian :http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html

 

Wednesday, December 16, 2015

Dah Buang Sys dan Fibroid


Assalamualaikum....Aumm Cak! hii..
 
hai...apa kabor kawan-kawan, di doakan semoga berada dalam peliharaan Allah azzawajalla hendakknya
 
Hampir sepurnama blog tak berupdate ye, blog pon MC macam tuannya...ni la kisahnya...
 
Hari ini genap 3 minggu diri ini di operasi kerana membuang segala neka tumbuh-tumbuhan yang menginap dalam sistem peranakan sejak 2012. Myomectomy nama pembedahan tu.
 
Setelah bersetuju untuk membuat pembedahann, maka berlangsunglah pelbagai prosedur, ct scan, rawatan anemia, rawatan hard bleeding dan suntikan lucrin.
 
Suntikan lucrin ni paling memeritkan, ia diberi 3 bulan sebelum pembedahan dengan tujuan mengecutkan fibroid dan sys. Suntikan ini berfungsi menghentikan period dengan kata lain memenopause sementara sehingga hari pembedahan. Sementara menopause tu, maka tiada peningkatan saiz fibroid, sebab fibroid ni mendapat zat untuk membesar daripada hormone yang menghasilakan darah period.
 
Yang peritnya bukan sebab menopause, tapi simtom-simtom menopause tu yang tak tahan, kaki bengkak, sakit segala sendi...badan jadi panas tak tentu hala, selang setengah jam badan akan lecun dengan peluh walaupun berada dalam aircond...tak selesanya rasa..Allah saja yang tahu
 
Ini kali kedua membedah untuk membuang tumbuh-tumbuhan tu, tahun 2009 membuang sys di dalam ovary, kali ni agak sulit sikit sebab bukan sys saja, malah fibroid. Bedah pun membabitkan banyak luka, perut opkos luka, rahim pun luka sebab fibroid tu duduk dalam rahim..fuhh...
 
Hasil dapatannya, sebiji fibroid sebesar 5cm dikeluarkan dari dalam rahim, berbiji-biji saiz kecil di perrmukan rahim, sys di dalam ovary dan dinding rahim...meriah betul...
 
Sedikit info tentang cara pembedahan yang melibatkan Rahim atau ovary, ada orang hanya ditebuk 3 lubang di perut, ada orang di bedah melintang di bawah pusat dan angah dibedah secara menegak. Doktor kata, cara pembedahan yang berbeza itu adalah disebabkan bentuk dan kedudukan rahim....azab sikitlah bedah menegak ni, nak bergerak susah, luka pun lambat baik, tapi itu saja cara terbaik dan sesuai dengan kedudukan rahim angah ni.
 
Pasrah dan redha dengan apa yang dah berlalu, bedah kali pertama, bedah kali kedua.... namun sangat berdoa untuk tiada yang kali ketiga...serik tau bedah...sakit
 
opss..dah lah mengenang sakit tu ye dak, semua nampak ok sekarang, harap ok sampai bila-bila. namun treatment suntikan lucrin tu akan masih berlansung untuk tempo 6 bulan akan datang, ia untuk mengelakkan kebarangkalian fibroid dan sys tu berulang dengan cepat...well...gitu lah...mak pasrah..
 
Ok kawan-kawan, panjang umur jumpa lagi.
 
Wassalam.
 

Friday, August 07, 2015

Renungan




Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...


Angah: perkongsian daripada:-


TQ

Tuesday, July 07, 2015

Bismillah Lima

Assalamualaikum Kawan-Kawan semua, apa kabor?
Harap sihat walafiat hendaknya, harap makin kuat zahir dan batin mengabdi diri dalam maladeni babak ketiga Ramadhan dan bergembira hingga ke akhirnya.

Ok, hari ni nak cerita sikit tentang perkembangan diri angah sejak bergelar pengidap Fibroid. Angah mendapat Fibroid tanpa tahu sebab musababnya, yang mana akhirnya Angah mendapat conclusion bahawa ia adalah permainan HORMON.

Dalam pembacaan Angah terhadap penyakit ini, rata-rata mengatakan punca yang paling utama terjadinya Fibroid adalah memakan  Daging Merah. Setelah ada Fibroid pulak, ia menjadi kepantangan paling utama untuk dielakkan jika tak mahu Fibroid makin membesar dengan jayanya

Namun ironinya sebelum ada Fibroid pun Angah BUKAN lah pemakan Daging Merah sangat-sangat, jadi, kenapa Fibroid boleh hinggap juga…?

Inilah keajaiban sistem badan kita. Setiap dari kita ini tidak sama.

Maka, setelah ada Fibroid, langsunglah Angah tidak menjamah Daging Merah. Tapi yang peliknya Fibroid Angah grow jugak…see?

Sehinggalah Angah mengidap Anemia akibat bleeding yang teruk setiap bulan. Angah disarankan memakan makanan-makanan yang boleh menambah darah, salah satunya adalah Daging merah. Tapi Angah sangat takut untuk makan Daging Merah kerana takut Fiboid makin teruk.

Akhirnya Angah bertemu dengan seorang pengamal perubatan Akupuntur, sambil membuat akupuntur, dia memberi petua kepada Angah supaya makan je Daging Merah bersama amalan Bismillah Lima. Katanya, badan kita ni tak tahu apa makanan apa yang sesuai atau tidak, jadinya dengan mengamalkan Bismillah Lima ini, Insyaallah setiap yang kita makan itu tidak akan menjadi racun dan tidak akan memudaratkan kita. Mudah-mudahan dengan izin Allah.

Kepada kawan-kawan yang merasa tidak sihat badan, sakit-sakit ke, marilah kita amalkan Bismillah Lima ini, mudah-mudahan dengan kehendak Allah kesihatan kita akan bertambah baik…

Wassalam.




Bacaan dalam Rumi
  1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
  2. Bismillahish Shaafii
  3. Bismillahil Kaafii
  4. Bismillahil Mu’aafii
  5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Makna Ayat
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara khasiat Bismillah
  • Penawar bisa diri
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Penawar bisa-bisa badan
  • Penawar bisa batu merian
  • Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya


Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman CT SCAN


Berdebar!

Betul, takut sangat rasanya bila diberitahu angah kena jalani  CT SCAN. Mulalah pencarian maklumat-maklumat berkaitan, yang tak bestnya rata-rata mengatakan CT SCAN ni agak menyakitkan…

Kebetulan ada pulak  rakan sepejabat pernah buat CT SCAN kerana masalah di abdomen, apa lagi beriya agah interview dia, aduh, dengar cerita dia lagilah perasaan takut datang menyerang. Rasa nak cancel, tak nak buat sebab takut! Tapi bila mengenangkan inilah proses permulaan untuk remove fibroid dan mengenang  kesakitan yang perlu dihadapi kalau tak buang, angah gagahkan diri jugak, redho ajelah..mak pasrah nak…

Isnin, 8 Jun 2015, lebih kurang Jam 12.00 tengahari angah pun sampailah ke Unit Radiologi PPUM seorang diri…goyah jugak hati ini, rasa nak cabut lari dari PPUM pun ada… ( teruk punya penakut) tapi Alahmadulillah, prosesnya tidak lah menggerunkan seperti yang dibaca dan didengari.

Nama angah dipanggil ke Bilik rawatan, Nurse suruh buang semua logam-logam dan yang seangkatan dengan dari tubuh badan. Oleh kerana baju angah ada sedikit batu-batuan, maka angah disuruh menyalin pakaian hospital. Angah diberi segelas air berperisa oren, besor jugaklah gelasnya…rasa penuh perut

Lepas tu mula proses mencari urat, urat angah ni halus benor, jenuh kena tepuk-tepuk di doctor baru timbui uratnya. Pasang jarum dilengan kanan untuk proses melalukan ubat.

Kemudian dipanggil ke bilik sebelah, Nurse suruh baring, untuk  masuk ubat cecair ikut belakang dan memakai tompon.

Angah dah cool sikit masa ni, dah hilang rasa takut..petuanya kena bertenang dan mulut jangan berhenti berzikir…alhamdulillah

Tak lama menunggu nama angah dipanggil untuk masu ke Bilik SCAN. Bila Nampak alatan bergelung tu, eiiii…tetiba rasa gerun balik…staf radiologi tu mungkin perasan angah takut kot, jadi dia explain apa yang angah akan alami ketika proses scaning tu…jadi angah kena bersedia dan diminta bertenang…

Angah diminta baring menghadap gelung tu, tangan kedua-dua dikuak lentangkan ke atas, dan dilaang bergerak . Badan angah mula disorong ke dalam gelung. Mesin tu bercakap weh..hihihi…  ‘tarik nafas, tahan…bernafas biasa…’ kata mesin tu, dalam kiraan 50 kot, badan angah disorong keluar gelung.

Step kedua, doktor datang masukkan ubat cecair pada lengan yang berjarum tadi, masa ni ada rasa tak selesa sikit…badan tiba-tiba meruap panas, tekak rasa pahit dan rasa gatal dibahagian belakang badan (simptom ini memang petugas radiologi dah beritahu tadi)

Selepas masuk ubat, badan angah disorong semula ke dalam gelung, kali ini lama sikit, mungkin doctor sedang menyukat-nyukat size fibroid dengan detail kot dekat skrin, and then keluar semula. Angah ingat dah selesai, rupanya kena masuk gelung sekali lagi…agaknya untuk dapat gambaran lebih jelas kot…so lebih kurang 20 minit jugak angah bergelung di dalam tu…dan keadaan angah adalah agak loya-loya sedikit….kesan ubat la tu

Yey selesai. Masa Nurse nak cabut jarum, dia tanya ada rasa gatal tak, angah cakap ada kat belakang badan dan peha. So Doktor datang cek, dia kata angah alah pada  ubat semasa scan tadi. Tapi tak serius,  sikit aje…supaya tak teruk dia bagi angah sebijik pil untuk hilangkan gatal tu dan diminta duduk di sekitar bilik rawatan tu selama 20 minit.  Nasib baik gatal tu tak melarat dan angah dibenarkan balik…yahoo

Begitulah ceritanya pengalaman menjalani CT SCAN, tak adalah teruk sangat...ok je. Saat ini berdebar pulak nak tunggu resultnya yang akan diberitahu ketika appointment dengan klinik Gyne 18 Jun nanti…angah harappppp sangat rahim angah tak perlu dibuang…mudah-mudahan


Ok! Insyaallah, jumpa lagi, wassalam…

Monday, March 11, 2013

Ayat Kursi






MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

KELEBIHAN AYAT KURSI
·                     Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

·                     Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

·                     Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

·                     Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

·                     Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

·                     Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

·                     Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

·                     Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

·                     Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

·                     Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

·                     Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

·                     Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

·                     Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.


perkongsian dari blog http://myguidances.blogspot.com/


* masih risau dengan keadaan adik bongsu di Kinabatangan, Sabah. Minggu lepas bekalan makan tiada kerana kedai runcit semua tutup, gara-gara takut pada pemberontak Sulu. Allahuakbar, semoga Allah menenangkan hati kami semua


Wednesday, January 23, 2013

Edisi Kali Pertama: Keranji

Sorong papan tarik papan (eksesais ke apa?)
Buah Keranji di dalam perahu
Suruh makan deme makan
Suruh mengaji dema tak mahu

Berpuluh tahun dah dengor pantun ni, tapi sekalipun tak pernah terlintas nak amik tahu, apakah dia Buah Keranji itu. Angah fikir ia hanyalah buah yang saja dicipta untuk menyedapkan pantun..Walaweiiii buah tu wujud rupanya...

Hari ni ada sorang teman opis baru pulang dari Indonesia, lalu mengedarkan buah ini untuk teman-teman sepejabat. Sungguh! inilah pertama kali angah melihat buah Keranji.


Buah Keranji yang sempat angah fotokan

close up sket

ini warna isinya

Mula-mula masuk mulut rasa macam makan kapas, lepas tu dia cair dan terasa masam-masam...uiihh asik sekali mengesipnye...


Selesai dikesip, ini  bijinya, harus di buang, kalo ditelan takut tercekik pulak...

Tuesday, November 27, 2012

Malang...

Kenduri saji lauk basi



Pengantin Berposing dengan perasaan remuk redam..katanya..


BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. (Sumber: Kosmo Online)


P/S : Angah simpati sungguh pada pasangan pengantin ni, tentu kejadian ini mencemar sedikit hari bahagia mereka. Apa lagi? saman je la catering tu!

Wednesday, October 03, 2012

Helo ...Halo!

Lepas Lunch our semalam, staf opis kecoh-kecoh. Semua pakat turun ke bawah nak tengok matahari. Seseorang menjerit nama angah untuk turun sama ‘jom tengok pelangi’!.

Hujan tak de rebut tak de, tetiba tengah panas terik ada pelangi, bior betoi..

Angah pun turun jugak lah, oh ya benar, ada pelangi mengelilingi matahari. Subhanallah!

Pakat semua la duk ambik gambor, angah pun sekonyong-konyongnya mengeluarkan henpon milik sendiri yang tak berapa nak canggih ni, snap le sikit-sikit. Tapi angah tak bley pandang lama matahari tu sebab mata memang ada masalah silau, jadinya sambil tutup mata dengan jari, angah tala henpon arah matahari.





gambar di ambil dari celah tingkap opis angah

Fenomena Halo di Lembah Klang hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) - Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.
Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. - BERNAM


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121002/dn_26/Fenomena-Halo-di-Lembah-Klang-hari-ini#ixzz28Ehaavyq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 23, 2012

Friday, October 28, 2011

Stress Itu Pembunuh!?

Huh! Takutnya.

Bagaimana anda mengenalpasti bahawa diri anda sedang stress?

kalau angah,
tiba-tiba angah rasa sakit di belakang leher dan sekitar bahu, mula-mula dulu ingat salah bantal waktu tidur, setelah ke klinik, angah diberitahu oleh doktor kemungkinan angah stress.

Aduhai...apa la sangat yang menjadi penyebab angah stress?

lagi satu yang angah perasan, kalau pergi office, angah jadi tak tahu nak buat apa, rasa kosong padahal banyak kerja, tapi angah boleh termenung dalam masa yang agak lama, tanpa berbuat apa-apa...hilang fokus gitu..

anda bagaimana?


moh kita baca ni:

Stress symptoms: Effects on your body, feelings and behavior

By Mayo Clinic staff

Stress symptoms may be affecting your health, even though you might not realize it. You may think illness is to blame for that nagging headache, your frequent insomnia or your decreased productivity at work. But stress may actually be the culprit.

Indeed, stress symptoms can affect your body, your thoughts and feelings, and your behavior. Being able to recognize common stress symptoms can give you a jump on managing them. Stress that's left unchecked can contribute to health problems such as high blood pressure, heart disease, obesity and diabetes.
Of course, if you're not sure if stress is the cause or if you've taken steps to control your stress but your symptoms continue, see your doctor. Your doctor may want to check for other potential causes.
Also, if you have chest pain, especially if it occurs during physical activity or is accompanied by shortness of breath, sweating, dizziness, nausea, or pain radiating into your shoulder and arm, get emergency help immediately. These may be warning of a heart attack and not simply stress symptoms.

Common effects of stress ...
... On your body... On your mood... On your behavior
  • Headache
  • Muscle tension or pain
  • Chest pain
  • Fatigue
  • Change in sex drive
  • Stomach upset
  • Sleep problems
  • Anxiety
  • Restlessness
  • Lack of motivation or focus
  • Irritability or anger
  • Sadness or depression
  • Overeating or undereating
  • Angry outbursts
  • Drug or alcohol abuse
  • Tobacco use
  • Social wit


oiitt! stress pi main jauh-jauh!

Tuesday, August 16, 2011

Zakat ohhh Zakat

SHAH ALAM – Mekanisme pengagihan zakat di negara perlu dikaji untuk dinikmati golongan sasar dengan mudah tanpa melalui sebarang karenah birokrasi.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa melui pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke RM200.

“Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri.
“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan juga canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya.

Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak mampu membantu fakir miskin.

“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan.

“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu, sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim.

“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang.

“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan di sinilah kita tewas,” katanya.


Petikan Akhbar Sinar Harian 15/08/2011

Angah: adakah 12 org islam yang berbuka dan mendapat bantuan daripada gereja tempoh hari, adalah golongan yang tidak dapat dijejaki dan dibantu oleh pihak PPZ? ataupun ia hanya provokasi pihak tertentu untuk melemahkan Islam di negara ini?

Wednesday, July 13, 2011

Renungan..

Allah mengurniakan akal dan nafsu.
Pilihlah yang mana kamu mahu.
Untung rugi di tangan kamu.

Ramai yang memilih untung dunia tetapi lupa pada kehidupan di SANA akibat lena dalam dakapan nafsu semata-mata.

Ada juga memilih akhirat semata-mata, hingga lupa tanggungjawa di dunia.

Maka pilihlah akal, dan berakal lah.
Kerana berakal itu membuat kamu seimbang dunia dan akhirat.

Semoga mendapat kebaikan....

Wednesday, June 08, 2011

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir

Cara mudah mendapat pahala:

~MEMBERI~

 
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
3. Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berbagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.


*Semoga mendapat kebaikan*

Tuesday, June 07, 2011

'Malaikat Kecil'

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

 
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

 
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

 
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

 
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejukhingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” ..

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

 
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

 
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

 
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

 
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

 
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Thursday, June 02, 2011

Nasihat Al Imam Al Ghazali

Jagalah lidah mu dari 8 perkara



~Berdusta

~Mungkir janji

~Mengumpat

~Berselisih atau bertengkar

~Mengutuk dan melaknat

~Mendoakan makhluk {doa bencana}

~Bergurau, mengejek dan berolok-olok

~memuji diri

Wednesday, April 27, 2011

makan dan Awet Muda...Sape Mau..?

Semenjak dua menjak ni selalu rasa diri ini makin 'kertu' muahahaha....tak pe lah semua orang pun akan tua.
Tua tak apa, yang penting mantain untuk nampak muda! amacam?

salah satu cara nak awet muda adalah melalaui makanan, bes wo..dah la dapat makan, dapat muda plak tu..
meh kita tengok apakah makanan itu...bukan sebarang makan ye acik-acik sekalian, kena pilih yang baik-baik aje..

here we go...


Minyak Zaitun

Kandungan lemak monounsaturated yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai punca mengapa ia dikatakan makanan paling sihat, boleh menghindarkan kanser dan serangan jantung Minyak zaitun boleh mengelakkan kanser payu dara dan mengekalkan keremajaan (bagi wanita) dan kajian telah dijalankan oleh Dr Ditnios dari Universiti Harvad bahawa dengan pengambilan minyak zaitun yg banyak boleh menurunkan kanser payu dara sebanyak 50 peratus. Kandungan Vitamin dan polyphenols (antioksidan) utk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.

Yogurt

Dengan mengamalkan yogurt setiap hari boleh mencegah penuaan. Kandungan asid lactic di dalam yogurt yang berfungsi untuk menentan serang radikal bebas punca penuaan. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi dalam yogurt ni memelihara system reproduktif wanita, kecergasan otak dan membantu badan melawan penyakit.
Ikan

Kandungan kolesterolnya yang rendah mempunyai nilai protein, asid lemak dan Omega 3 membantu menghalang kolestrol menyumbat arteri dan melindungi jantung. Omega 3 boleh mengekalkan keremajaan kulit, menegang dan melicinkan kulit.

Coklat

Kandungan coklat yang mengandungi katekin iaitu sejenis antioksidan yang sangat kuat untuk menentang radikal bebas. Fungsinya adalah untuk mengelakkan proses penuaan berlaku dengan cepat kerana pencemaran dan radikal bebas. Kandungan katekin dalam coklat menjadikan kulit bersih, bercahaya halus dan awet muda.

Kacang

Ada satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang mengamalkan diet sayur-sayuran mendapati, sesiapa yang makan kacang dalam kuantiti yang banyak setiap hari boleh memanjangkan usia dan tahun berbanding yang tidak makan. Kandungannya yang kaya Vitamin E berfungsi mengekalkan kulit yang cantik, licin dan tegang secara langsung ia juga boleh mengelakkkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Selain itu kacang juga kaya dengan lemak tidak tepu sama seperti minyak zaitun, mineral dan phytocehmicals termasuk antioksidan.

Blueberry

Blueberry mengandungi potassium dan silika yang boleh membantu pankreas menjalankan tugasnya dengan baik dan menjaga tulang dan mengelakkan diabetes.. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Tufts University, Amerika Syarikat mendapati blueberry boleh memanjangkan umur, memulihkan kecergasan dan proses penuaan lambat berjalan. Ada beberapa bahan di dalam buah itu boleh melegakan radang dan memulhkan semula kerosakan sel yang berkait rapat kesan penuaan seperti kurang ingatan dan kecekapan pergerakan anggota badan.

sumber: Majalah isihat keluaran Ogos 2008

di cilok dari blog ini: http://www.resepirahsiaku.com/