Sunday, January 31, 2010

End of January
Masyaallah dah ari terakhir januari dah rupanye, tak sedor masa berlalu dengan begitu pantas. Tak sedor juga rupanya angah belum bekerja lagi sepanjang 2010 ni huhuhu memang besh duduk rumah... cukup bulan dapat gaji heheheehe bukan selalu dapat macam ni yek. Oh ye, kerana disember hingga januari ni angah tak berapa sihat maka angah terlupa satu perkara...01.01.2010 fuhh! ualangtahun perkahwinan yang ke tujuh daaaa... la la la dah tujuh tahun kawennnn rasa macam semalam baru kendurinye, kalau lah! kalau...angah beranak tahun yang sama, dah darjah satu dah budak tu....verangan je la ni.
To Che Din hepy 7th anibersary, semoga hidup kita terus diberkati Illahi, dimudahkan segala urusan , diperkukuhkan keimanan, semakin tabah menghadapi segala ujian dan dikurniakan rezeki yang terbaik, Amin.

Sunday, January 24, 2010

dan...HikmahNya
Benarlah seperti yang kita selalu dengar; setiap apa yang berlaku, setiap dugaan yang kita tempuh, tersembunyi hikmahnya disebaliknya. Angah bersyukur kerana masih ada emak yang masih kuat dan sihat untuk menjaga angah ketika terlantar , adik beradik , saudara mara yang perihatin dan banyak memberi sokongan. Kerana sakit ini angah sedar kasih sayang keluarga yang hangat dan mendalam.
Kerana sakit juga angah makin sayang kepada Che Din. Che Din yang sangat memahami keperluan angah, penuh pengertian terhadap ketidakupayaan angah dan selalu bersusah payah menemani angah disaat saat sukar. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepada angah seorang Che Din yang sangat baik hati.
teman-teman sejati kat opis, of course...sangat perihatin dan selalu bertanya khabar, ada juga rakan yang tak begitu akrab di opis tetapi apabila sakit ni, baru nampak yang mereka ni sangat mengambil berat kat angah huhh sentimental plak rasanya dan tak sabor nak mula kerja dan jumpa kome semua.
Hikmah yang paling best! dah tentulah ketika 'berpantang' dikampung halaman. Angah kerja kat KL ni dah hampir 13 tahun, dalam tempoh itu jaranglah dapat bercuti lama, nak-nak lepas kawin ni lagi la. Jadi dek kerana cuti sakit yang agak panjang..maka beristirehat lah angah dikampung terchenta..yabedabedu...
Masa kat kampung ramai la sedara mara dan jiran tetangga yang menziarah dan terasa silaturahim dikampung sangat kuat. Angah perhatikan yang lapis opah-opah ni dah sangat dimakan usia dah nampak keuzuran tetapi masih gagah jenguk angah, syahdu juga rasanya...
Terima kasih semua...

Wednesday, January 20, 2010

Duka dan…

Salam pagi rabu…Angah menulis la ni dengan keadaan abdomen yang masih sakit tau. Bersolat masih tak boleh rukuk dan sujud dengan selesa, duduk juga tak boleh tegak tetapi baring sudah boleh mengiring…sedap le sikit tido, idakle kejang je rasanya. Dah masuk hari ke 23 dibedah, alur belahannya masih belum bercantum, terbongeh lagi weh, walaupun luka dah makin kering tetapi masih perit di bahagian dalam huhuhu ngeripun ada bila memikiorkannya. 2 minggu kat kampung, udah rase tuan puteri raja, mana idaknya makan pakai semua tersedia, tapi idak le angah makan tido je, gerak-gerak le juga ngan koje ringan supaya tak beku perjalanan darah ni ha. Pesan doctor, rajin le jalan-jalan jangan baring je katanya. Ni dah balik KL ni, dah tak jadi tuan puteri dah le...kena masak seniri, tapi yang ringkas-ringkas je la. iron baju dan mengemas rumah che din le kena buat...hihihhihi baru dia tau betapa penatnya membasuh dan mengiron baju, tabik lah kat che din!

Alkisahnya angah ni sikit berduka dengan apa yang dilalui bersama penyakit ni. BUKAN berduka kerana penyakit yang Allah beri, tetapi berduka kerana tidak berupaya mengesan awal, tidak berupaya mendapatkan rawatan yang lebih baik, doctor yang lebih baik, ilmu pengetahuan yang lebih baik tentang penyakit ni, memang agak terkilan!

Angah mengalami sengugut sejak usia 16 tahun, berkunjung ke klinik desa dan lepas tu ke klinik swasta semua doctor mengatakan sakit itu normal, rawatannya hanyalah pain killer. Sudahnya setiap kali sakit angah hanya beli panadol dikedai sebab malas dah nak ke klinik. Panadol tak pernah tinggal setiap kali period sehingga ke sekarang ni, dulu ada orang kata lepas kahwin sengugut boleh hilang, tapi ia tak berlaku pada angah. Pada tahun 2006 angah dikesan punya fibroid di dalam rahim, itupun setelah angah mnejalani rawatan bagi mendapatkan cahayamata. Pun begitu doctor tidak mengambil tindakan apa-apa kerana fibroid itu walaupun menyebabkan sengugut tetapi ia kecil dan tak menghalang laluan kehamilan, saya percaya pada doctor, mereka mengatakan fibroid adalah normal bagi kebanyakan wanita. Akhirnya angah mendapati sengugut itu bukan normal, dari setahun ke setahun tempoh sakitnya makin panjang dan terdapat benjolan disebelah kanan perut. Hairannya klinik baru nak scan rahim angah bila aye beritahu ada benjolan tu, selagi tak benjol selagi itu le haram dema nak nyecannya! Dah scan baru tahu ovari kanan dah bengkak sebesar penumbuk. Puncanya kerana separuh darah period mengalir ke ovari dan berkumpul sehingga beku, patut le sakit benor
perut aye ni…kita ni ingat sengugut biasa aje le…JADI jangan le percaya sangat kat doktor sebab dema bukan sayang kat kita pun…

Nasihat saya kepada gadis-gadis sekalian, kalu sengugut tu pergi lah terus ke hospital, dapatkan ujian di bahagian radiology, supaya kelainan-kelainan dalam perut tu dapat dikesan awal. Kalo awal dapat dikesan rawatanya lebih mudah dan kaedahnya lebih ringkas, tak payah le menderita kena bedah, sakit dik nun oooiii…

Wednesday, January 13, 2010

SALAM JANUARI 2010
lamanye tak update..hhuhu dah nak pertengahan januari baru leh jumpa kat sini.
Alkisahnya angah ni dari pertengahan disember ari tu tak berapa sihat, alhamdulillah telah selamat menjalani pembedahan pada 29 disember 2009, angah mc sampai 27 jan. 2010. angah menulis ni pun kuala kangsar mali.... duk kampung ni mak jaga, maklumlah yang dibedah tu btoi-btoi tang tgh perut, jadi tak leh wat pa keje, semua mak buat, sib baik adik angah yang no. 2 tu blom keje, dia le yang jadi nurse, rawat luka angah ni.
RAHMAT juga bila sakit ni, dapat duk kampung lelama... dah hampir 10 tahun keje jarang dapat balik kampung lama-lama, kalau balikpon kena bagi 2 kampung.
kay lah tak leh duk lama-lama, luka ni masih berdenyut, panjang umur jumpa lagi.