Wednesday, March 31, 2004

Semalam - Aku Yang Cuai


Aduhai dek krn cuai aku telah menyusahkan Deen, rasa nak ketuk ketuk je pala aku ni, apersal la aku cuai , aku tertinggal kunci bilik dalam bilik dah tentu aku tak leh balik! Padahal mase antor aku gi keje Deen dah tanya kunci ada bawak ke, dengan konpidennya aku kata ada dalam beg ni, sampai ke sudah aku ingat ada kunci kat dalam beg aku ni. Emmm mase kemas beg nak balik jam 5, hampehhhh baru aku ingat kunci aku gantung belakang pintu Makkkk cam ne balik ni….eh..balik boleh nak masuk bilik yang tak bolehnya aduh nak ketuk nak ketuk nak ketuk lapan kali ketuk pala ni.

Deen keje petang plak, kul 1 pagi baru balik, humangaihhhh takkan aku nak duk opis ni sampai pagi, nak tak nak kene le kaco Deen kat topis dia, apalagi tepuk dahi le Deen, baran je dia bila aku cuai cam ni.

Deen – nanti le abg try mintak rehat awal
Aku – awal tu pukul berapa?
Deen – dalam pukul 7
Aku – alaaa sekarang tak leh ke
Deen – ishhh mane boleh baru 2 jam keje
Aku – ermm tujuh pon tujuh le

Nak tunggu kul 7, aku mintak cik Mat, pembantu makmal aku hantor aku gi pasar malam kat fourteen, mak aaiii jam pon aku tak pakai ari ni, cam ne aku nak agak Deen dah sampai rumah ke blom ishhh nak ketuk lagi pala aku ni eiii lapan kali ketuk baru tau ahh redah jelah. Beli itu ini, tengok itu ini aku pon blah gi tunggu teksi, mase turun teksi aku intai jam, adusss baru jam 6.55, kurang-kurang 7.30 baru Deen sampai, apalagi jadi pengemis muda le aku duduk kat tangga depan pintu bilik sambil ditemani adik etot dan bau-bauan hancing ayo kencingnya perhhh naik penin aku, tobat aku tak tinggei kunci dah pas ni.

Elok azan maghrib berkumandang Deen pon sampai, aku ingat dia nak marah aku, sib baik…dia nampak aku dia gelak-gelak siap peluk kepala aku, kusss semangat ingat nak marah, Deen ni kadang-kadang tak leh nak agak barannya. Pas tu tergesa-gesa dia semayang dan gi keje balik, sian Deen mase rehat sejam abis kat tengah jalan je. Nak wat cam ne benda nak jadi, utk keselamatan di masa hadapan aku kene dupliket kunci dan tinggei kat opis satu kan kan kan….

Monday, March 29, 2004

Bengkel Penggubalan Struktur Kurikulum Akademik
Jabatan Geografi, Universiti Malaya


Ini lah bengkel yang jabatan aku buat selama 2 ari kat PD . Matlamat bengkel aku rasa memang tercapai, tapi nak capai matlamat hasil drpad bengkel itu memerlukan bukan setakat cakap kosong ketika berbengkel. Kadang-kadang org. akademik ni pandai cakap sahaja, nak mengelola apa yang dicakap semacam hampeh je, maka keluarlah produk seperti graduan geografi - sejak 1998 - 2003, masih ramai yang menganggur atau bekerja yang bukan dalam bidang mengikut kelulusan (termasuklah cik Deen aku!)
Aku harap kurikulum baru ini, dapat menjana graduan yang dapat bersaing dalam pasaran kerjaya.

Aku terkejut tengok pensyarah-pensyarah aku semuanya baik-baik belaka, selalunya dalam mesyuarat yang buat kat jabatan setengah jam aje yang betul-betul mesyuarat, aku pun ambik minit mesyuarat sikit je, sebabnya lepas setengah jam masing-masing mule le nak menyanggah nak hentam nak perli nak sakitkan ati sesama seniri, yang teruk pengerusi dan AKU yang ambik minit nih, tak tau apa nak aku minitkan asik bercekau aje but yesterday manyak sinang kije aku, semua cool dan berikan ide-ide yang baik, ye lah...suasana percutian semua pree lak tu. aku cadangkan kalu nak dapat good result utk apa apa perbincangan buatlah kat luar taja la tido makan minum... he he he kopak UM

Dah! stop pasal bengkel, penat tau berbengkel ni, meleleh ayo lio aku nak mandi laut huarghhh tak sempat. aku musti pegi lagi kat corus paradise ni, memang beh, sape yang belum penah pegi, aku syorkan pegi, terutama yang ada anak atau yang suka memancing atau yang suka temenung - tempat ini memang sesuai. aku sempat termenung di pinggir lagoon tu pada ari kedua sebelum sesi pagi bermula, mendengar desir ombak, dicium bayu dingin, melihat kebesaran Illahi - lautan dan langit bagaikan bercantum wahh memang mengasyikkan aku nak pegi lagi nak nak nak!

Friday, March 26, 2004

BZZZZzzzzzzzzz

Huhuhuu baru abis meeting, esok nak buat bengkel ari ni baru meeting, baguz punya jabatan.
Aku ada bengkel hujung minggu di Corus Paradise Lagoon,PD, sape nak ikut jom.

aku yang bizi
keje tak henti henti
setengah mati

aku dah letih
peluh merenih
jerih perih

deme nak berbengkel
aku yang sewel
gud by kay-el...

(sonok gak, duk PD 2 ari... babai Cik Deen)

Thursday, March 18, 2004

Moh ngundi weh!

Yeyehhhh aku nak balik kampung behnye behnye beh beh beh, ada umoq panjang jumpa ari selasa.
sebagai rakyat yang bertanggunjawab pada diri seniri (? bukan tuk negara ke? eheks..) aku musti la ngundi ye dak kekekekekekke.. senornya aku bukan nak ngundi sangat, yang penting dapat jumpa pamily aku ....bukan senang nak dapat balik kampung sejak bersuami dengan orang bz ni ekekek. Adik kata perang poster menggila, itu yang beh aku nak tingok tu.
wokeyh selamat mengundi seme.....

Tuesday, March 16, 2004

~@~
Yang cantik yang bijak


Aku penah dengar orang kata benda ni, tapi di mana ya...?

Kebijaksanaan wanita terletak pada kecantikannya
Manakala
Ketampanan lelaki terletak pada kebijaksanaannya


betul ker? mungkin juga...
kakak kepada classmate aku, gile-gile punya cun, mamang cunlah, cun secun cunnya, tapi sayang mengaji kurang pandai, dari form 1 sampai form 3 duk kelas ujung, mase SRP kantoi. Tapi dek kerana cantik abis je mengaji ada orang pinang, huuuuyo orang bagus punya jawatan daa.., kejelesan bangat aku dibuatnya ekekek acah aje, ye lah rezeki dia dapat laki kayo, ensem plak tu. Laki aku pon 'kayo' gak 'ensem' gak ekekekeekkekk

Yang lelaki tu aku percaya hundred percent, lelaki yang bijak memang outomatik nampak ensem, kalu ensem tapi otak lembab, tak sape nak layan. Tengok Ali Bapoo tak ensem pon tapi Mas Anizan nak gak kat dia kan kan kan heheheh...

Saturday, March 13, 2004

Kudapan Minda


"Timbang rasa itu timbul kerana hati yang jernih,
dan sinar itu membayang kepada mata,
sehingga air muka pun menjadi jernih"

"Ketenteraman hati pokok kesihatan rohani/jasmani"

...........................................................Dr. Hamka


"Hati seorang bodoh, ada dimulutnya
Mulut seorang yang bijaksana, ada di hatinya"

...........................................................Benjamin Franklin


"Jalan menuju bahagia itu
tidak ditaburi bunga mawar yang harum-
melainkan penuh onak duri"

...........................................................William Shakspear




Selamat Berhari Minggu, Jumpa Isnin, Insyaallah

Friday, March 12, 2004

lawak di hari mendung..

he he he ha ha ha kah kah kah saje nak gelak pepagi ni, bukannya apa, sesampai je kat opis pagi ni, terus menjelajah beberapa blog kengkawan, just to say ' assalamualaikum' banyak kali sangat tulih assalamualaikum agaknya, sampaikan mase bukak email, tulis password pun ngan assalamualaikum ekekeekekkkekk...

aku terfikir kenapa aku jadi cam nih ek, aku teringat zaman dolu-dolu mase salin nota dalam kelas, tetiba kawan sebelah tanya sesuatu dan aku jawab, pas tu aku tak sedor aku tulih yang aku jawab tu dalam nota aku ish ish ish...ada masalah saraf ke nih

Thursday, March 11, 2004

Hari mendung
aku termenung
ada yang tersinggung
kepalaku terpanggung

Aku tutup mata
aku pekakkan telinga
aku tak ada cerita
bisu tak bersuara

Aku fedup
makan kekudap
minum seven-up
tak sedap

haaa mula le tuh ngah, ntah apa-apa ntah



Tuesday, March 09, 2004

ermmm......pompuan tu

Kat  47!$ aku ni, ada segelintir pompuan-pompuan yang agak pelik sket. adalah satu group tu, kami pangil group 3 serangkai. tabiat deme suka keluo time 47!$, terutama kalu bos tak ada, gi bank lah, gi KOOP lah , gi makan-makan dah tentunya. dah lah datang 47!$ lambat entah berapa jam je duk kat opisnya. ni waktu aku tengah menulis ni pon aku tinggai sorang je ni entah kemana lesapnya, tapi yang peliknya 2 dari mereka tu dapat cemerlang SSB tahun lepas. ini bukan kes dengki ye...cuma aku PELIK itu aje.

Masa aku baru tukor ke ?2b2t2= ni, ari pertama aku rase nak nangis, sorang dari deme tu, asik cerita pasal org lain kat ?2b2t2=  ni, " haa org. tu macm ni, org. tu macam tu, ha yang dot dot dot tu hati-hati sikit... bahaya..." heeiiii tensennya aku mase tu, dahlah ari pertama aku sebok nak mengenalpasti duduk fail kat mane, nak hafal nama staf yang ramai tu lagi dia plak sebok nak cucuk aku wahhh tak de kerja kah dia ni asik ngaco aku jek. bila jarum nya tak jalan dia tuduh aku belagak plak, abis satu Jabatan dia jaja aku besar kepala. menci menci menci!!!

Tapi sebagai org. baru aku tak leh tunjuk taring sangat, aku diam je la. Tapi mankuk hayun ni lagi aku diam lagi diaorang ni naik lemak, deme ni suka bagi aku sakit ati kat dema, saje saje berkumpul kat sebelah meja aku bersembang kuat-kuat siap gelak-gelak ish… gatei je bunyiknya, bebulu telinga aku mendengornya. opis aku ni dah le kecik aje kalu deme bebisik pon aku boleh dengor….menyampah! terganggu konsentrasi aku nak wat keje. Aku ni bila terganggu je mula le muncung, aku harap bila aku muncung deme akan paham bahawa aku tengah marah dan aku harap deme akan blah dari situ, tapi mangkuk tu tetap mangkuk, lagi aku muncung lagi galak deme bersembang. Ermmm tak leh jadi ni….aku perlu berbuat sesuatu.

YA misi aku berjaya! he he he la ni deme ni dah tak suka berkumpul dan bersembang-sembang dekat tempat aku lagi. SEBABnya setiap kali deme menyembang aku akan menyampuk, aku banyak tanya, aku tanya tu aku tanya ni, bila deme gelak aku pon gelak ha ha ha aku tak muncung lagi aku gelak aku gelak ha ha ha ha. Yang sebenornya aku gelakkan diri aku juga kerana terpaksa berpura pura…….nasib ngko la ngah

Monday, March 08, 2004

Eeiiihaaaa....
Hari ni aku telah berjaya meletakkan album dalam blog nih huuuullaaa sonoknya. He he he...maklumle saya budak baru belajar ..buta IT. Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Zino, yang fenin-fenin mengajor aku yang terhegeh-hegeh ni.

Selamat menonton!

Friday, March 05, 2004

Bodoh...?

cisss ari ni ada org kata aku bodoh eiii geramnya.
lunch tadi Soon Sing & Nor (budak tahun akhir) banje satu opis ni, aku pon joint sekali la.
dah ambik nasik lauk seme tu kita orang tunjuk memasing punya makanan kat akak kantin tu, org lain seme amik air buah tapi aku cam biase amik air suam je, itu pon syarat je takut terpedas ke tersedak ke sebab aku tak biasa minum lepas makan nasik, perut aku cepat sendat kalu minum.
akak tu kata ' eh bodohnya, org belanja ambik la air sedap sikit' aku kata 'eh tak de lah, saya memang tak minum lepas makan' dia sambung ' alaaa org. belanja ambik je la' ' eh saya makan ikut limit perut saya, tak kira le org banje ke saya bayor seniri ke...memang saya makan cam ni ' he he he aku rase sapa yang amik air buah tu kene tipu, sebab air tu bancuh ngan air paip aje, aku dah penah kerja kat cafe, 2 tahun kau...tahu sangat le taktik orang meniaga ni.

oleh kerana dia kata kau bodoh makanya itulah kali terakhir aku akan membeli belah di kantin dia. tu la sebab pulut santan binasa sebab mulut hilang castemer he he he aku boleh makan kenyang kat mana-mana kantin lain tapi lepas ni di ilang sorang regeler castemer ekekekekek sape yang bodoh...?

kawan aku kata akak tu memang mulut cabul sket, tender kantin ni pon tak lama lagi fakulti nak beri org. lain, sebab banyak perkara yang tak memuaskan hati...ohhhhh gulung tikor le yek eh eh eh...sian ek...ermmm klik klate la muh!


tenkiuk Soon & Nor, selamat mencari kerja!

Tuesday, March 02, 2004

nak senang nyer pasal....

aku tak penah pakai handbag cam pompuan lain, yang aku ada hanya sebijik beg galas kulit kaler itam, itu le yang aku galas kemana saje, gi opis, gi soping, balik kampung pon aku bawak beg itu jugak. Bukan aku kedekut nak begaya tapi aku rasa beg galas ni senang dan menyenangkan aku, senang bawak, senang isi barang sebab banyak poket, senang tipu orang he he he....(org ingat aku student) jadi nak buat pe aku beli beg lain. kat UM ni student naik bas yang khas tuk student sahaja, tapi ada staf yang cuba cuba nak naik, selalu nya kena halau turun . kadang-kadang ada student yang terlebih gaya susah naik bas tu kena tunjuk kad matrik baru lepas tapi aku selamat, tak penah driver tu mintak kad matrik pon, lagipun muka aku ni ada sikittt awet muda he he he tertipulah tipah itu.... senang kan hidup aku ngan beg tu?

Tapi last wekend, beg itu buat julung-julung kalinye telah menyusahkan dan memalukan aku....kantoi kantoi
Setelah 8 kali pusing JJ jumpa le aku dgn barang yang aku nak, aku terus gi kesyer nak bayor. sambil budak kesyer tu punch rege barang tu aku pon raba la tempat biasa aku letak duit, raba punya raba duit takde, aku bukak purst tak de gak, buka poket tu, bukak poket ni takde gak..mak aikh...mule le peluh jantan keluo. dek kerana belakang aku ada org. aku suruh kesyer tu cencel dulu dan cakap kat dia tinggal dulu barang kat situ and aku nak pi cocoh duit. sambil jalan kau raba poket lain, tak sampai 10 langkah haaaaa ada ada ada....cisss kat poket dalam menyoroknya duit tu, aku pun pusing balik, Q belakang 2,3 orang. aikkk mana barang aku? huihhh dah kene humban kat lantai kweng kweng kweng.....yang bertambah tak sedap tu mulut kesyer tu leser gak. budak kesyer sebelah tu tanya pasal ape ada barang kata lantai, dia kata 'entahlah custemer tu, tak de duit...nak datang balik, tak tahu la pot pet pot...' amboi amboi herot benyot mulutnya cakap, marah je bunyiknya, dia tak perasan aku yg tengah Q ni la 'custemer' tu. aku pon katalah dengan muka garang dan bengis ' excuse me...that is my pillow! ' senyap siolll ekekek padan muka dia

Jadinya buat julung julung kalinya juga aku rase beg ini tidak selalu menyenangkan aku. tapi aku tetap tidak akan memakai handbag, kerana aku belum bersedia untuk jadi ayu he he he

Monday, March 01, 2004

Result SPM Adik

aku : adik amacam?
adik: ngah, jimat le duit nko
aku: apersal?
adik: tak yah beli hadiah utk adik....huarghhhh keciwa....

he he he sian adik, sian kat aku juga, tak menepati sasaran, jauh dari jangkaan. Itulah kata orang, kalu kita terlalu mengharap, kemudian tak dapat kita memang akan kecewa.
Alhamdulillah masih lulus semua subjek. Tahniah atas usaha keras adik, dia memang rajin study, pulun habis habisan tapi result kurang memberansangkan - itu yg buat dia frust, tak pe la dik perjalanan masih jauh.


Nuralizawati (eija @ adik)

BM - A1
Mat. Moden -A1
Agama - A2
Bio. - A2
Mat Tambah - B3
Fizik - B3
Kimia - B4
BI - C5
Sej. - C5


bawak le bersabor dik....