Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Alhamdulillah
Selamat Datang Ya Ramadan
Adik beradik, Saudara mara, Guru-guru, Sahabat handai dan Kenalan semua:

Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga diberi kesihatan yang baik, kekuatan dan keteguhan iman

Selamat Menikmat Kegembiraan dibulan yang penuh kerahmatan ini.

Ramadan, Ramadan Ya Ramadan
Menitis air mata insan bergelar hambaMu tatkala kemurahanMu memberi rezeki yang tidak terperi yang bernama Ramadan untuk kali ini…

Kau iringlah kami semua dengan rasa ketaqwaan yang jitu dan kesihatan rohani dan jasmani agar kami berbahagia menjalankan ibadah di bulan mulia ini.


Love...Wassalam

Monday, June 23, 2014

Tak Payah Lah Menambah Dosa!


Fuhhhh…panas sekarang ni, dengan cuacanya dengan hal di media sosialnya… bertambah panas, sampai naik pening kepala.

Sehari dua ni paling havoc kisah remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah dan ibunya yang digelar Lola…wahhh semua orang nak jadi pengadil nampaknya.

Status di FB, Twitter  tak kurang juga rakan blogger….semuanya nak menulis hal si Lola ni. Kasihan kau Lola…sebab yang ditulis mereka itu 100 peratus adalah bahasa caci maki dan kata-kata nista…kasihan…tapi angah lebih kasihan kepada yang menulis caci maki itu, kerana tanpa sedar mereka telah menjadi pendosa dengan sengaja.

Mungkin ada yang marah dengan angah, kerana kelihatan angah ini seperti menyebelahi perbuatan Lola…tidak…

Angah tak katapun perbuatan Lola  yang meringan dan mengabaikan Firdaus itu sesuatu yang tidak kejam... tapi…siapalah kita…

Kita pernah ambil tahu ke kisah dia? Kita kenal kah dia? Kita pernah bantu dia ke? Kita pernah beri makan kat dia ke? Pernah???

Angah tak nak komen pun pasal  perbuatan si Lola. Biarlah pihak berkuasa yang mengadili dia di dunia ini dan Allah yang mengadili dia di Sana nanti. Kita siapa? Pahala sendiri pun tak banyak, suka-suka pula menambah dosa…

Sedih membaca tulisan-tulisan yang menyamakan Lola seperti binatang, orang gila, tak kurang yang mengata dia seperti setan….Allahuakbar…

Paling klise ada yang menulis …’binatangpun sayangkan anak…’..eh eh…klise sangat lah…korang sedar tak binatang tu tak perlukan RM untuk bagi anak dia makan…kemonla….uollls

Ermm…oklah, Kalo ada yang marah dengan tulisan angah ni, angah mohon maaf ye…


Akhir kata Majukan pahala Kurangkan dosa!  Sekian.

Thursday, June 19, 2014

Potluck Ramadan 1435H

Assalamualaikum kawan-kawan, apa kabor? harap sihat-sihat hendaknya

Ini cerita semalam.

Dah menjadi tradisi kat opis angah ni, kalo nak menjelma Ramadan je mesti kitaorang buat majlis kecil-kecil secara potluck...

Yang bagusnya semua se'ia sekata, sebut je nak buat potluck semua teruja nak masak macam-macam...alhamdulillah....semoga semuanya bertambah  murah rezeki

Bab-bab makan ni semuanya sangat BEKERJASAMA...yeyyy

Kali ni angah malas masak, jadi angah share dengan beberapa kawan order spaghetti bolognese

meh layan gambor yek.



 aha...Kak Amu Karpaham ni pun sambut puasa jugak..



 eheh...jemput makan.....

 ok posing....

 posing lagi...


 amboi....bermanja pulak che leman ni...



ok lah jumpa lagi ye...