Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Friday, March 13, 2026

RAYA PUN DAH NAK TIBA....

Assalamualaikum semua,


Terima kasih kepada yang masih sudi berkungjung ke halaman ini.
Apa khabar? semoga semua dalam sihat walafiat dan berbahagia selalu.


Cepatkan masa beralih? hari ini sudahpun pertengahan Mac 2026. Waktu tercepat atau kita yang terlambat? 


Sedang buat apa tu? baking kuih raya ke...rajinnya..

Lagu raya dah berkumandang di sana sini, nuansa aidilfitri semakin menyerlah...baju dah raya dah beli..?
Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan.


Ramai masih bekerja sehingga Selasa depan. Lepas tu mulai Rabu enjin kenderaan pula bekerja untuk sampai ke kampung halaman, ramai dah memohon cuti mulai Rabu hingga ke Rabu depannya.

Angah dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua, semoga kita semua sentiasa diberkati Illahi.


Maaf Zahir Batin


#99

Wednesday, December 31, 2025

Ends of September, October, November....ehh December too...

 Assalamualaikum


hahaha....tiada post ya....tak terkejar saya.

Thursday, September 11, 2025

End of August 2025...Ehhh September dah

Subhanallah,

sepantas apakah masa ini berlalu. Enjin apakah yang dipakainya, terus menerus memecut laju jauh meninggalkan diri ini termanggu, merangkak dan tercicir oleh waktu.

Untuk saya, masa seolah hilang , terlepas dari genggam meninggalkan sisa sisa harapan yang semakin kelabu hala tujunya.

Berakhir Mei (last post saya) bermula Jun, saya sangat teruja bertemu bulan kelahiran sendiri. Saya banyak berharap dan berdoa agar dapat memasuki usia 50 tahun dengan baik.

Alhamdulillah, sudahpun memegang usia jubli emas. Bukan warga emas ya? ehehh...

Namun, apa yang hendak saya ceritakan adalah, semakin saya berharap, semakin saya berdoa yang baik baik untuk saya, ironinya....ahh

Penyakit sedia ada belum jumpa sembuh nya, emosi hitam belum temui jernihnya, kalut fikiran belum usai serabut ya;

tup tup satu lagi sakit menimpa.


2 minggu menjelang hari kelahiran, saya diuji letupan kecil di belakang betis kaki kanan. Ouchh...berpusing dunia sebentar dek menahan sakit.

Saya hanya berjalan perlahan mengikuti program briswalk Jabatan pada waktu pagi. Kawan kawan semua dah ke depan, laju betul kamu orang eh!

Pusing belakang seorang pun tiada. Saya patah balik ke Jabatan seorang diri, agak jauh jugak. Itu punca sakitnya melarat bertambah tambah.

Saya masih memikir apakah yang meletup itu?

Saya harap pulih sendiri, namun selepas 3 hari, pergerakan saya semakin senget, kerana kaki kanan yang meletup tu tidak boleh tegak.

Hari ke empat saya ke klinik dalam kampus. Yang saya dapat bandage dan ubat tahan sakit serta cream panas. Saya juga diminta serta merta pergi ke PPUM untuk rawatan lanjut. tapi...macam biasalah, teruk pada kita, mereka tak rasa apa walau saya minta tarikh temujanji terhampir. Tarikh yang saya dapat adalah next sebulan setengah kemudian....wow. Saya tiada pilihan, tunggu je lah hingga tarikh itu.


Semantara itu, memakai bandage membuat saya sedkit selesa bergerak, namun....selepas 2 hari buku lali menjadi merah berurat urat dan bengkak.

Saya pergi semula ke Klinik dalam kampus. Doktor berlainan pula. Dia melarang saya terus memakai bandage dan memberikan ubat bengkak dan tambahan ubat tahan sakit. LAGI!

Memang tak..la saya nak makan semua ubat tu.

Tapi memang hairan kenapa sekit bebenor kaki ni, lalu mengesyaki otot saya koyak...cuma doktor klinik tu....ermmm...sentuh kaki saya pun tak.


Berlarutan sehingga tarikh temujanji, kaki saya masih sakit dan ngilu di belakang betis. PPUM buat scanning, laiilahaillallah...dekat sejengkal parut koyaknya, patut le sakit bebenor komerrrr.

Kenalah mula buat fisio kaedahnya.

Fertiliti, Hematologi, Gynekologi la ni Sport clinic pulak untuk fisio...banyak sudah lokasi dating saya di PPUM. Harap tidak bertambah. Ya Allah...aku mohon untuk sihat Ya Allah...!


Bye kawan-kawan. Jumpa lagi. 


Wassalam.




Tuesday, May 27, 2025

END OF MAY 2025, 30 HARI MENJELANG USIA 50 TAHUN

 Assalamualaikum...

What a speedy year... friends. Fuhh.

Pejam celik-pejam celik raya sudah tiba...eh! hihiii

Pantasnya, separuh tahun 2025 sudah hampir kita harungi.

Apa macam?

ok ke, tak ok?

Apapun datang, kita mesti sambut dan terima dengan ok. Apa pilihan yang kita adakan...kan kan?


Seperti pernah saya mention, tahun ini adalah tahun genap saya berusia Jubli Emas, 50 tahun.

Sebenarnya dari hujung tahun 2024, saya  bercadang untuk counting days, countdown 100 hari menjelang usia 50 tahun, kunun...tapi akhirnya saya hanyut di bawa masa. Jadi jurnal menjelang 100 hari memasuki usia 50 tahun hanya tinggal anganan.

100 hari sebelum 50 jatuh pada tanggal 22.03.2025, saya hanya teringat hasrat ini hanya pada baki 73 hari iaitu pada 13.04.2025.

Jujur, saya seram memasuki usia ini, terasa sangat sudah tua dari segi angka, huh.

Oleh kerana, saya terus dihanyutkan masa yang ntah apa-apa saja yang saya buat, hari ini pada tanggal 27 Mei 2025, hanya tinggal 30 hari menjelang usia itu. Lalalalala...makcik rasa....(gaya - Ella rasa..sambil senget kepala)

Rasa apa?

Rasa....ntah, mungkin rasa tak percaya...? 

Pejam celik pejam celik (haaa sebut raya, aku tampo) pejam celik pejam celik...aku tak percaya sudah berusia 50 tahun. Rasa panjang masa itu, tapi tak terasa panjang, macam mana tu.

Mungkin, sebab tak banyak yang aku lalui berbanding rakan sebaya, tak banyak hal serupa mereka yang aku ada...menyebabkan aku tak banyak kisah hidup berantai rantaian...

yang aku perasan, banyak kisahku hanya berlingkar dalam belitan diri dan perasaan sendiri. Seputar hidup yang kecil, yang itu, itu sajalah. Bosankan?

Tak mengapalah, walaupun hidup banyak dalam hawa kebosanan, hidup tetap perlu diteruskan selagi bernafas di maya pada ini.


Kawan-kawan,

doakan aku sembuh daripada penyakit yang lama bersarang ini, doakan aku sentiasa dapat berbuat kebaikan dan memberi kebaikan pada setiap makhluk tuhan. Hanya pahala kebaikan sahaja yang dapat kubuat bekal hidup di Sana nanti...


Terima Kasih.


Panjang umur jumpa lagi.


 















Monday, May 12, 2025

END OF APRIL 2025

Assalamualaikum semua.

Eh lama dah berlalu April, entah kerasukan apa punya sibuk, sedar-sedar dah pertenghan Mei.


Angah doakan semua yang masih berziarah di sini dalam keadaan yang sangat baik, diberi yang baik, menerima yang baik, semua baik-baik, insyaallah.


April dipenuhi warna warni rumah terbuka dan jamuan Aidilfitri di sana-sini. Hanya 1 yang Angah pergi, iaitu jamuan peringkat organisasi tertinggi di tempat kerja. Selain nak merasa vibe beraya, yang penting pasti bertemu rakan-rakan lama dari pelbagai PTj.


22.4.2025



...ternyata biru gelap bukan warna penaik seri untuk Angah...kita banned dia..kikiki...


Itu je lah. Open House tidak lagi mendapat jemputan. Mungkin tuan rumah aware, yang Angah tak pernah memenuhi undangan mereka, jadi rugi sahaja menjemput haha...


Sekian, panjang umur bertemu lagi.

Monday, March 31, 2025

END OF MARCH 2025 & AIDILFITRI 2025

Catatan 29 Ramadan,

Ya Allah, memasuki fasa usia 50an tak berapa bulan lagi, Aidilfitri bukanlah yang teruja ditunggu. Perasaan biasa biasa sahaja, yang penting dapat menyudahkan ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang bakal berakhir hari ini.

Saat teman sebaya yang punya anak, malah sudah mula ramai yang bercucu, kegembiraan mereka lain, kesibukan mereka lain, keterujaan mereka sangat extra. Tahniah kawan kawan, semoga kalian berbahagia selalu 

Saya tenang tenang saja. Serba sederhana, sesuai situasi diri. Pun begitu, sesekali tetap ada perang meletus meletup letup dalam sanubari, terpaksalah pandai pandai sorok. Yang penting nampakkan yang elok. Aman.

Bertatih tatih menuju tua, harap dapat mencapai makna tujuan dihidupkan di dunia ini. Memang, aku bukan hamba Allah yang baik, aku sangat lemah, tapi Allah yang selalu baik dengan aku, dia tetap beri nikmat kepada aku.

Sepanjang Ramadan ini aku banyak meminta dariNya untuk menjadi baik, semoga Allah bantu aku, agar terbuang semua keburukan aku.

Salam Aidilfitri buat kawan-kawan semua. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anda.

Kenangan minggu akhir Ramadan, dalam sesi photoshoot di pejabat bersama rakan-rakan




* saya masih baca blog kawan-kawan....cuma tak dapat komen, malah di blog sendiripun tak boleh balas komen kawan-kawan....

Hai.. Anies...Hai Ujie...



Friday, February 28, 2025

End Of February 2025

 Assalamualaikum semua....

Wahhh...last day Februari ya hari ini...apa khabar, harap semua sihat walafiat, dalam ketenangan hakiki dan berbahagia hati dalam apa jua keadaan.

Cerita ceriti di bulan Februari 2025.

Alhamdulillah banyak cerita bahagia yang menceriakan sanubari...


Dalam usia menghampiri 50 tahun, saya masih ada sepupu yang masih remaja dan ada juga yang baru menginjak dewasa lalu beremu jodoh...

Mariatul Fityah, anak kedua Paksu saya (adik bongsu mak) bertemu jodoh dan melangsungkan majlis pada 8.2.25 di Rinching Terrace Wedding Hall Semenyih.

Kita ni kadang-kadang balik kampung sibuk tak ketahuan, takdan jumpa saudara mara, tetapi bila ada majlis perkahwinan ahli keluarga, barulah dapat bersua muka...

Alhamdulillah, tahniah Maria dan suami, semoga berbahagia dan beroleh rahmat yang Maha Esa.

~Pengantin~

Eheh...pengantin lama...




Semoga beroleh rumahtangga yang diberkati Ilahi buat Maria dan suami...l.o.v.e


Tahniah Paksu & Maksu dapat menantu kedua...


~~~~~~~~~


Dalam usia ini juga, 

saya sudah mempunyai anak buah yang berusia 24 tahun. Jannatul Fatirah, anak buah sulung saya, anak sulung kepada abang sulung saya. Hadirnya dahulu sangat menceriakan, kini dia sekali lagi memberi keterujaan kepada ibu-ibu saudaranya. Ya, beliau yang kami panggil Kak Ira, sudah dipinang orang....Alhamdulillah. Maka mengembaralah saya menaiki ETS ke Ipoh pada 15.2.25 menghadiri majlis pertunangan Kak Ira dalam majlis yang sangat 'sweet'.

Semoga kak Ira terus menuju bahagia dan dipermudahkan segala urusan ijab qabulnya pula nanti insyaallah.





~~~~~~~~~



Akhir Februari ini, 

maka hampirlah kita dengan Ramadan. Alhamdulillah, semoga kita semua dipanjangkan usia dan berpeluang mengimarahkan Ramadan tahun ini. Bagai kelaziman, mana-mana pejabat mula berjamuan, doa selamat bagi merai kehadiran bulan mulia. Alhamdulillah, walaupun kami di pejabat pentadbiran ini hanya 8 ahli, atas ikatan hati selalu dapat berbuat sesuatu yang mengembirakan diri sendiri dan teman-teman lain.



Begitulah cerita Februari 2025 yang bakal melabuh tirainya hari ini. Untuk saya, beribu kesyukuran dizahirkan dan terus berharap masa mendatang menjadi wadah terbaik dalam kehidupan saya dan kesayangan di sekeliling saya.




Friday, January 31, 2025

31 Januari 2025

 Sepurnama sudah tahun 2025 berpaksi dan beraksi.

Apa khabar semua? Semoga baik-baik selalu hendaknya. Saya ok, Alhamdulillah.


(1) Entah kenapa, Januari 2025 jadi bulan yang paling banyak keluar duit. Hasratnya ia menjadi bulan yang paling banyak menyimpan, kerana gaji Disember sebelumnya ada lebihan dari kenaikan yang diberi kerajaan kepada 'penyain' SSPA;

Aduhhh, parah ni parah...

Erm...ok! jangan dikenang lagi apa yang dah habis eheh...

Tapi perlu melihat semula ke mana dihabiskan...oooo di sini, dah ingat:

   * Pakaian - banyaknya beli baju, kengkunun baju baharu untuk tahun baharu sebagai reward diri....dari 10 helai 4 tidak boleh pakai kerana beli online, bila dapat sangat tidak sempurna di mataku dan dibadanku...membazir betul. Takpe, sebab tak nak berdosa, biar saya sedekah pada orang tertentu yang terpilih. Harap bulan depan tiada pembelian pakaian baharu lagi, untuk cover balik duit simpanan. 

   * Che Din tidak dapat menyumbang untuk perbelanjaan rumah, sebab gangguan-gangguan dari keretanya. Aishhh...Wahai Pesona, jangan banyak makan duit ok! Harap bulan depan ini semua ok.

....reda dengan mengganggap ini diluar kawalan...jangan salahkan diri sendiri ok! Ya Razzak, kurniakan kami rezeki yang berkat dan berlimpah ruah..aminn.


(2) Innalillahiwainnailahirojiun....Januari 2025, bagai bersahut-sahutan dari tahun 2024, banyaknya berita kematian di kalangan rakan sekerja dari gred Pelaksana. Allah. Betullah, usia bukan penentu ajal. Sakit juga tidak semestinya berakhir kematian lebih dahulu berbanding yang sihat;

   * ada yang pergi pada umur muda, ada yang pergi pada usia hampir bersara, ada yang pergi selang sebulan selepas bersara, ada yang pergi kerana telah sakit lama, ada yang pergi tiba-tiba...

   * melihat kematian-kematian ini, saya terfikir....untuk pegawai kerajaan bergred rendah macam saya ini (Pelaksana) apa perlunya saya mengikat perut untuk menyimpan di hari tua? gaji tidak besar, tapi struggle nak menyimpan...buatnya umur tak panjang? jeng jeng jeng...ikut hati nak belanja je sesuka hati....tapi tulah;

...tulah tu...tak boleh maknanya, Dalam duit kami ada duit orang lain...begitulah..

ok, jangan fikir dah.


(3) Niat untuk selalu berbuat baik - ini salah satu wishlist saya sewaktu tirai 2025 dibuka. Saya sangat beharap selalu dapat berbuat kebaikan - kepada ahli keluarga, teman-teman sekerja, makhluk comel dan lain-lain....setakat ini alhamdulillah...masih berpaksi di radar janjiku.


Kawan-kawan, doakan saya menjadi hamba Allah yang semakin baik dari semasa ke semasa. Mana tahu, ada doa kawan-kawan yang di angkat oleh Rabbul Jalil...mudah mudahan...Amin. Saya juga sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang terbaca coretan saya ini agar di pelihara oleh Yang Maha Esa dengan penuh kebaikan.


Jumpa lagi!


Bergumbira dengan rakan-rakan yang berulangtahun kelahiran pada Awal Januari 2025












Thursday, January 02, 2025

Eh! 2025

 Assalamualaikum teman-teman yang masih menyinggahi dunia blogging.


Apa khabar? semoga sihat sejahtera hendaknya.

Januari 2025? last post saya Januari 2024....wahai...haha


Dengan berlabuhnya tirai 2024 dua hari lalu, saya berharap ia menyeret sekali kisah-kisah 'tidak cantik' yang berlaku dalam ruang emosi dan kehidupan saya. Tidak kiralah apapun, memang banyak yang tidak cantik berbanding cantik.

Arakian, dengan izin Allah, saya mengimpikan 2025 akan menyapa saya dengan baik untuk seluruh isi kehidupan saya. Insyaallah.

Dengan munculnya 2025 semalam. maka usia saya juga sebelah kaki sudah memasuki usia jubli emas, menuju 25 Jun 2025 maka akan genaplah saya berusia 50 tahun. 10 tahun lagi, jika panjang usia, bergelar warga emaslah saya.

Saya rasa, masa terlalu magik berlalu. Entah apa saja yang saya buat dalam hidup ini, hingga tak sedar saya sudah berusia sebegini.

Anda bagaimana? berapa usia anda tahun ini..., walau berapapun - saya doakan anda beroleh semua kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Jumpa lagi!


Belanja seketul foto semalam, sempena Anniversary ke 22



Thursday, January 11, 2024

Januari 2024

Assalamualaikum...hai hello,

apa kabor gang maya semua, yang masih setia berblogging, yang masih suka tulis-tulis dan baca-baca.

Dengan jelmanya tahun 2024, maka berangkat setahun lagi usia kitakan...

Selamat Tahun Baharu!

Semoga kita semua snetiasa dalam rahmat Allah SWT, dalam meniti masa yang berdetik dalam wadah usia kita.

Azam?

Oh...seram. Buat diri ini, azam sudah menjadi perkara yang patut dilupakan. Hanya mahu meneruskan hidup seadanya takdir.


Anda pula bagaimana?

Saya doakan apa sahaja yang dihajati akan dimakbulkan oleh sang pencipta. Amin.


Saya dan Che Din,

Meniti ke tahun yang ke 21 hidup berijabkabul - mohon doakan kami bersama hingga ke syurga.

Terima kasih.




* saya masih baca blog kawan-kawan, tetapi maaf saya memang takboleh tinggalkan komen....mungkin office ni sekat kut.


 antara yang masih saya lawati

https://ujieothman.blogspot.com/

https://aniesandyou.blogspot.com/

https://ieta-myblog.blogspot.com/


Wednesday, August 03, 2022

MEMBUAT KEPUTUSAN

Semasa temujanji pada 23 Jun 2022,

Doktor melakukan ultrasound di abdomen, dan mendapati rahim saya terlalu tebal kerana Endometriosis.

Bukan lagi fibroid, bukan juga cyst yang disebut-sebut sebelum ini....

Saya memang perasan, perut saya memang agak besar. Mak saya pun pernah tegur sewaktu Aidiladha hari tu, beliau meminyak dan mengurut perut saya..''ish ish...pasei apa melembang sangat perut ni..."

Ya, itulah Endometriosis:

Penyakit Endometriosis
Endometriosis pula ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga diluar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Ia dipanggil implan.­­

Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan.
Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk ‘cysts  serta menyebabkan perekatan (adhesion) yang menyukarkan pembenihan. - Portal MyHealth

Down.

Doktor separati maklum bahawa saya agak keberatan melakukan pembedahan bagi kali ke-tiga, jadi beliau mencadangkan saya 'mencuci' rahim (D&C) untuk menyedut darah-darah yang melekat, selepas itu memasang Merina alat seperti IUD untuk mengelakkan pendarahan bagi tempoh 5 tahun, sehingga usia menopause sebenar saya.

Oleh kerana perasaan saya berbaur kerana drama 'tangisan', jadi saya tanpa berfikir panjang bersetuju cadangan doktor untuk melakukan proses D&C asalkan saya tidak dibedah.


ini alat yang dikatakan boleh menghalang pendarahan


Dengan persetujuan itu, saya perlu menjalani beberapa siri check-up:

1) ujian darah
2) ujian di klinik anestatik
3) swab
4) proses D&C

Saya jalani perkara 1 & 2.....tiba-tiba, melintas di fikiran saya...D&C ini sungguh menakutkan...

...akhirnya, saya tidak jadi buat D&C, memikirkan risiko yang agak menakutkan.

Saya diminta ke Gyne semula, pada tarikh yang sepatutnya saya di D&C....

...saya takut dimarahi doktor sebenarnya...dan ye...ayat pertama doktor....'why...what happen  dah beri tarikh cancel pula....

kecut saya, walaupun perlahan tapi nadanya sungguh dalam, dah la ada 2 ketul doktor pelatih dan seorang pesakit dan doktor lain dalam bilik sama....

doktor ulang, 'why puan.....'

terpaksa lah saya jawab, 'saya nak bedah full, tak nak D&C, sebab dua-dua pun saya kena full bius...saya takut D&C tak berjaya, akhirnya kena bedah full juga'

tapi sebenar-benarnya, itu bukan jawapan yang saya nak beri...tapi cuak tengok reaksi doktor punya pasal, itu jawapan yang saya rasa selamat...adehhh

Doktor laju ucap tahniah, 'very good decision'  - lalu memberi tarikh bedah pada 26 Oktober 2022

...dan sejak hari itu fikiran saya tak menentu, kadang rasa kosong, kadang cemas, kadang saya shaking dan seram sejuk...

Patutkah saya jumpa psychologist? sekurang-kurangnya untuk menenangkan saya? 

arghhh...







Wednesday, January 19, 2022

19th Anniversary

 Assalam....ini cerita 1 Januari 2022

Makan genaplah pernikahan angah dan che din menuju angka ke 19 tahun, mohon doa dari kawan-kawan agar kami sentiasa dalam rahmat Allah swt dan berbahagia sehingga ke Jannah. Doa kami sentiasa kuat dengan aap yang ditakdirkan untuk kami.


Terima kasih.




Friday, December 31, 2021

2021 YANG BERANSUR PERGI

Terakhir harinya 2021,
tahniah, yang menempa kejayaan dan kebahagiaan
teruskan bersama kebaikan yang banyak

takziah, yang merasa kecundang dalam hidup
namun jangan pula berduka berpanjangan
Perjuangan hidup perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan

aku,
terima kasih 2021
ada manis, ada sedikit kelat
yang manis itu ubat, yang kelat itu malah ubat paling mujarab
cermin di sisi
muhasabah diri
semoga 2022
berbaik baik dengan aku

selamat jalan 2021,
tinggalkan aku dalam pelangi pengalaman penuh makna
agar dapatku singkap jendela esok dengan senyuman dan lebih ketabahan.

                                                                                           ...adinaduana-tulistulis
                                                                                                                                31/12/21





Monday, November 29, 2021

MERASA BAGUS ATAU BETUL-BETUL BAGUS

Salam semua,

Apa khabar? harap semua berada dalam suasana nyaman dan tenteram jiwa raga.

Saya...semakin berganjak usia ini, terperasan saya semakin menjadi pemerhati dan pengulas, menjadi terlalu peka pada suasana dan segala macam isinya.

Setiap saat yang saya lalui samada berkait atau tidak sengaja terkait akan menjadi bahan untuk saya berfikir dan menilai setiap sudut dan inci mengikut pemahaman dan anggapan saya. Mungkin tepat mungkin tidak, mungkin ada yang bersetuju atau mungkin ada yang tidak bersetuju. Tak mengapa, saya berdamai dengan semua pandangan.

Bagus pada saya adalah dinilai pada sikap dan hasil kerja. Bukan pada lidah yang berkata-kata. Pada saya lidah selalu berdusta dan bertujuan mengaburi kebenaran.

Orang yang betul-betul bagus, dia akan memastikan kerjanya sempurna, bermanfaat, tidak menyusahkan dan memudahkan urusan orang lain dan yang penting dia tidak mencanang apa yang diusahakan. Orang begini dia faham, dia tidak perlu bercerita sebaliknya membiarkan orang lain yang menilai. Saya suka orang yang begini. Ini orang yang BAGUS pada saya.

Tetapi sayang, mutakhir ini sering pula saya berjumpa dengan orang yang terlalu 'menjual' diri. Bagus untuk orang berniaga, tetapi untuk yang bekerja di pejabat di peringkat pentadbiran tidak ada keperluan pun bagi saya.

Saya gagal mencari sebab, mengapa orang begini terlalu inginkan orang lain tahu apa yang mereka kerjain. 

Mencari populariti? ya, mungkin mereka dapat itu...

Mencari pengaruh? ya, mungkin juga...

Tapi jangan lupa, yang tak kau cari juga kau akan dapat...iaitu ketidaksukaan orang terhadap kamu. Ini kerana kamu terlihat sangat mencuba untuk 'show-off' - nampak bagus.

Hei! bagus bukan untuk kau rasa, tetapi biar orang lain menilai, dengan itu kau akan lebih bernilai di mata orang.


Jadi, lek lek ok!






Monday, November 01, 2021

TOKSIK

...macam mana eh? seminggu dua di penempatan baharu ni,  terjumpa 2,3 orang manusia yang sikapnya amat menjengkelkan. Lecehnya.

...saya dah lah memang jenis yang cepat menyampah kat orang, tak boleh kontrol-itu memang kelemahan saya.

Allah...mohon kekuatan Ya Rabb...lapangkan dada, lapangkan hati dan minda ini.


TOKSIK

Mengikut En. Kamus Dewan - 

Definisi : beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

...selalu dengarkan orang beri motivasi 'jauhi orang bersifat toksik...' sebab? kerana jika berada di samping orang yang bersifat toksik, jiwa kita akan merudum, sebab si pencerita ni semua tahu, semua orang ikut cakap dia, semua orang lain tak betul...diri sendiri je betul...eh!!

...saya nak cerita, kisah saya pada minggu-minggu pertama bertukar PTj (Pusat Tanggunjawab), ada seoarng 'insan' ni, asyik bercerita tentang kesibukan dia, buka mulut je semua tentang kerja yang banyak yang dia kena buat, itu, ini, begitu, begini...

...sekali dua ok lah, saya dengar dan beri respon...tapi lama-lama saya dah tak kuasa, sebab pada akhirnya saya dapat tangkap bahawa dia orang yang sangat rapat dengan big boss PTj ini. Dia memang berniat nak beritahu, semua yang dia buat adalah untuk big boss dan big boss pun ala-ala 'tak boleh hidup' tanpa dia katanya...haihh??

Apa motif kau nak cerita semua tu...

Jujur, saya rimas.






Wednesday, October 20, 2021

HATI MASIH DI SANA

21 tahun bukan sekejap kawan-kawan.

Jujur, saya sangat sayang dengan rakan-rakan di Fakulti lama. Saya tak kisahpun jika perlu berkhidmat di sana sehingga pencen...tetapi takdir tidak menetapkan saya berada di sana lagi, kerana baran seketul hati ini.

Dahulu, sewaktu bersatus junior, kita ikut orang lama, semua panduan kerja ikut sahaja, jika ada pembaharuan sama-sama berkongsi. Bertali aliran masa, sampai ketika kita pula menjadi senior dan ada junior yang mengikut kita, tetap masih boleh berkongsi hal-hal terkini yang memudahkan kerja. Namun ibarat psang setandan...ada yang tidak sama warna masaknya....kuning pekat, ceroi, kelabu, kusam, buruk pun ada..haih macam-macam, rencam sungguh!

Saya seorang yang suka memberi pandangan, demi kemaslahatan bersama, ada yang suka, ada yang diterima, ada juga yang tidak diterima, itu biasa...saya sentiasa berlapang dada, dan  neraca minda saya selalu di radar yang seimbang. 

Namun, saya tidak tahan dengan orang yang bermuka-muka, yang melempar batu sembunyi tangan, yang terlalu 'menyakat' kesabaran saya... biarlah saya pergi, sebelum terjadi sesuatu yang berkeadaan buruk.

Mungkin...jika saya punya tahap kesabaran yang sedikit tinggi waktu itu, mungkin saya  masih boleh berada di sana-masih bersusah senang dengan rakan-rakan di sana...mungkin

Sedih.

Ada kawan-kawan yang cuba memujuk, tetapi saya sangat panas waktu itu...seolah saya menidakkan hati dan perasaan serta nasihat mereka....maaflah. Jujurnya kini saya merasa sedikit kesal. Betul, kini saya rasa bebal kerana meninggalkan kawan-kawan hanya kerana bermasalah dengan sesuatu yang tertentu itu...tapi benda dah berlaku, tidak boleh undur lagi, saya cuba bertenang dan  tak mahu memikirkan sangat, kerana hidup perlu diteruskan tanpa mengenang-ngenang perkara lalu.

Betulkan?  ok... saya pasti ok...cuma selalu rindu pada kawan-kawan di sana.

eheh.

...nah seketul dua gambo bersama sebahagian kesayangan..


2014


2019


Jumpa lagi...






Monday, September 27, 2021

Assalamualaikum

 Subhanallah....

lama kosong, banyak mahu ditulis tetapi tersekat di kerongkong masa yang sempit dan menyepit. Pun begitu, yang sempit mungkin akan melonggar...kerana saya memilih untuk lari dari dhimpit dan terhimpit oleh masa..


yeihah!


setelah 21 tahun berkhidmat di Fakulti terkasihi, saya mohon beralih ke PTj lain. harap masa dan keadaan akan menyebelahi saya dengan izin Allah.

ramai terkedu dengan keberanian saya bertukar angin, pada saya...saya hanya mahu mencuba dan meneroka suasana baharu, itu sahaja...


Salam.






Monday, February 04, 2019

LIMAU MANDARIN

 Assalamualaikum...

Buat masa sekarang ni, dikebanyakkan meja-meja dalam pejabat manapun akan ada buah-buah orange keemasan ni kan kan?

haaa...ini menandakan kehangatan sambutan Tahun Baharu Cina sedang memeriah di sana-sini.

Tahun ni, dalam sebulan sebelum perayaan CNY ni, banyak sangat dapat info-info dan video-video berkenaan limau mandarin di pertontonkan...semuanya berkenaan hal negatif berkaitan limau ini.

Lalu tahun ni tiadalah  Angah mahupun keluarga dan rakan-rakan beria nak membeli buah ni, sebab terpengaruh juga dengan berita tersebut.

Apapun, bila ada yang memberi secara percuma, ambil dan makan lah juga....

pada Angah apa benda kita naka makanpun kena berpada-pada, jangan berlebihan kalau dah tahu bakal memudaratkan...

Terima kasih kepada beberapa Pensyarah berbangsa Cina yang sudi memberi dan berkongsi rasa meriah ini.



 Tips sebelum makan buah Limau mandarin ni, kita perlu basuh buah limau yang belum dikopek, basuh betul-betul dengan air suam ke dengan air garam ke...


 Angah cuci dengan air suam je, kat opis ni tiada garam hihiii, pastu lap elok-elok..
dan yang paling penting;

amalkan Bismillah 5 sperti dibawah ni...insyaallah selamat dengan izin Allah



 Check juga, takut ada ulat seperti yang dgembar gemburkan...nampak macam ok je tu..


 Moh kita makan!


Happy Chinese new Year bagi yang menyambutnya....dan


Selamat Bercuti..

Thursday, January 31, 2019

Geumbi Nak Kawin!

Mula-mula dulu tak suka juga kucing betina, sebab takut beranak renek...tapi Geumbi ni semacam je kuasanya, makin lama makin Angah sayang pada dia...



Perjanjian dengan Che Din; kami akan beri peluang Geumbi beranak sekali, lepas tu kami akan Kasi dia supaya tak beranak lagi. Ye lah rumah kami ni kecik je tak sesuai bela kucing banyak-banyak.

Maka selepas berusia 7 bulan Ck geumbi dah mula menunjukkan tanda-tanda kemiangan...asik bising je mengiow ngiow..sampai rusuh hati kita mendengarnya.



Che Din kata, tunggu umur di setahun baru nak kahwinkan dia...tapi tak larat la nak dengar dia membising...akhirnya pada usia dia 9 bulan (awal Januari lalu) kami pun mula operasi mencari MENANTU

banyak servei dan ziarah juga ke tempat service kawin tu (Mating) tapi hati kami tak berkenan, sebab macam berbau dan kurang terjaga je macam...kucing jantan yang nak beri service tu pun, macam letih je...mungkin banyak sangat tuan dia ambil tempahan, so tak jadi

Akhirnya kami berhubung dengan group kengkawan yang jenis bela kucing sekor-sekor untuk diri sendiri je...dapat la..

 Tadaaaa
 Encik Baily Oyen namanya...handsome tak Menantu Makngah?

 Dorang ni masing0masing tak pernah bergaul dengan kucing lain, jadinyta ambil masa lama baru dorang ok, 2-3 hari terawal tu asik bergaduh dan mengaum marah

 Selepas hari ke empat baru boleh duduk dekat-dekat...itu pun masih ada aksi tampor menampor..adehh

 Harap dapat le cucu, macam cantik je cucu Makngah nanti hahahaaa...Karat campur Orange...agak la...

Terima kasih pada tuan Encik Baily, sanggup hantar dia ke rumah Angah...jadi tiadalah Angah berpisah dengan Geumbi...

hoyeeyyy.

Wednesday, January 16, 2019

LELUCU DI TANGGAL 1 JANUARI 2019

Throwback  ni ye kengkawan...

Al-kisah setiap tahun pada tanggal 1 Januari, Angah bukan sekadar bercuti umum, tetapi juga menyambut wedding anniversary.

Actualiiy Angah menikah 31 Disember selepas maghrib, cuma majlis besarnya pada keesokan harinya, jadi senang kira anniversary Angah sambut pada 1 Januari lah.

Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke 16 bersuami isteri. Syukur nikmat yang Allah beri - masam manis, pahit getir, riang ria...semua bersatu menerbitkan berbagai aroma di sepanjang perjalanan hidup kami.

Seperti biasa, setiap tahun apabila tiba tanggal ini, Angah akan meminta Che Din bekerja shift petang, supaya kami sekurang-kurangnya dapat makan-makan di tempat luar kebiasaan kami. So kali ini kami memilih Restoran Amber, Bangsar South...dekat je dengan kediaman kami.

Hajatnya nak makan kambing yang menjadi menu special restaurant tersebut.  Sebenranya dah beberapa hari sebelum kejadian Angah sering mengulang-ulang hasrat itu...Che Din redho je,  seperti biasa tanpa banyak komen.


happy menuju Amber


macam biasa selfie wifie kaedahnya, menunggu order sampai


ok, minum dulu...

Oleh kerana menu kambing Che Din order, takut tak abih kalo oder dua set, maka Angah order Mee Daging yang simple, nanti cuit le hidangan Che Din...


hampir 40 minit, dalam slow-slow makan, menu Che Din idok sampei sampei nya lagi..mee dah nak baih dah..


Selfie lagi...

selepas hampir sejam kami pon blah...tanpa dapat makan kambing idaman????


Adehhh kesian Che Din, dah la  breakfast pun tidak, lapor dia wehh



Akhirnya beli nasik bungkuih kt sebelah rumah...kwa kwa kwa...

pun begitu ..ada orang tetap happy dapat jam tangan baghu....kui kui kui...


sekian...