Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Merakam Patriotisme

Banyak cara untuk  tunjuk yang kita ni cintakan negara kan?

Ha…salah satu nya adalah dengan menyokong apa saja kegiatan yang membawa nama Negara MALAYSIA

Seperti malam tadi, panas tapak tangan kerana bertepuk sorak merikan kemenangan pasukan Harimau Muda mengenggam trofi Piala Merdeka Edisi ke 41 selain trofi penjaring terbanyak (Rozaimi) dan trofi pemain paling bernilai (Wan Zack)….tahniah yuollss….semoga sentiasa cemerlang dalam mengharumkan nama Negara pada masa hadapan





Untuk kawan-kawan, Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-50
Sayang Malaysia, Cintai Malaysia....




Wednesday, February 06, 2013

Edisi Kali Pertama : Stadium Bukit Jalil

Assalamulaikum kawan-kawan...pernah tengok pasukan kita main bola kat stadium? best wo...lain macam semangatnya bile menonton di stadium. rasa bersatu hati sangat..dengan penonton lain. 

Pergi ke sekitar stadium ni dah selalu, tapi masuk ke dalam stadium ni tangok Harimau Malaya bermain  ini lah kali pertama 

3 beradik kaki bola

Plus

abang ipar deme ni pun.., kaki bola juga
V
V
V

si bongsu ni paling hebat, start pi stadium masa umor 5 tahun, duk bonceng motor abah pi Stadium Indra Mulia Ipoh...dasat..


lain macam semangatnya bila menonton di stadium



Kenangan Piala Suzuki 2012


* Hari ni pasukan Malaysia akan menentang pasukan Qatar untuk saingan Piala Asia 2015....Mari sama-sama doakan kejayaan mereka..:D

Tuesday, April 03, 2012

Cinta Berkubur Akhirnya

Takziah kepada jutawan bola sepak negara Mohd Safee Sali kerana
gagal meneruskan jaringan gol kebahagian ke gawang perkahwinannya



Cinta Kasih dan Sayang - berapa harga yang perlu dibayar?

Betul rupanya - nama, kemasyuran dan kekayaan tidak menjamin keharmonian rumahtangga bagi sesetengah orang.

Tak mengapa lah Safee, jalan kebahagian masih luas terbentang, episod duka tak semestinya berpanjangan, pasti ada cahaya yang menanti bila hari berganti!

Angah tetap suka melihat aksi kamu di padang! caiyokkkkkkk

Thursday, February 23, 2012

Samurai Kenduri Di Laman Kita

Fuhh! kenyang deme ye, nasib baik 4, kalo 14? naye..

LEMAH perkataan yang paling sesuai mengambarkan permainan team Harimau semalam. Apa pon tak bole! Macam tak pernah training, passing bola  dapat kat lawan, ada peluang depan gol lawan, sepakan terlalu lemah, ada peluang sepakan gol percuma, hantar tinggi tak reti agak aduiiiiii

Tahu le jepun tu world standard, bukan lawan kita  tapi tolong la baiki skill permainan tu 
- skill passing bola biar tepat  kepada rakan
- skill mengelecek supaya bola tak di curi lawan
- tolong kuatkan kaki supaya dapat menyapak dengan kencang

ohoiiiii...En. Ong Kim Swee....siksa mata,jiwa dan raga menontonnya.. tolongla hentikan permainan yang menyiksakan ini...wakeuppppppp

sekian, angah membebel di subuh hari.

Saturday, January 14, 2012

Rasa nak pengsan

Sape tengok badminton petang tadi? hahaha cemas tak?
angah sampai nak pengsan dua tiga kali..cemas sih..
best giler tengok diaorang berkejar-kejar mata
bertambah best bila yang kat gelanggang tu hensem-hensem belaka kui kui kui...
akhirnya double dari korea menang yahooooooooo

Sungguh ENAK bila ada team lain yang bole menumbangkan team china kan kan kan...jaki dan nyampah angah  kat team china!

chaiyok korea! nak harap kan double Malaysia Koo-Tan, hampesss





Pstt...yang sebenornye ketika angah menulis ni, hati tengah berdebar tengok Chong Wei melawan Chen Long...dan YESSS di akhir angah manaip ni Chong Wei dah pun menang! yeeeehaaaa double kegumbiraaan...

Tuesday, November 29, 2011

"dah nak menang sangat dah.."

aduhai anak rimau...


Angah perasan, pemain kita ni mudah sangat cedera, kurang kalsium kah? pemain lawan menten je sampai minit akhir....

Thursday, November 24, 2011

Anak Rimau Masih Sakit Gigi


Ups!!! 
Masih sakit kaki lah...


Harimau Muda kalah 2-0, tapi serius angah sikit pun tak ada rasa nak marah. faham keadaan mereka yang masih penat - tak berapa menyengat tapi tetap bersemangat..dan angah tetap love you all semua wahai anak-anak rimau..


Lain la perasaannya, 
antara menonton Harimau vs Indon dengan menonton Harimau vs Syria. Mungkin dalam minda dah tersemat - ini peringkat Olimpik bukan Asia Tenggara, jadi, tak ada le jantung rasa berdebar-debar sangat...


lagipun..


Syria tak jahat memprovok macam Indon!



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Yang Pandai Buat Angah Senyum...


Giler sesak nafas tengok game semalam. Gol awal team Indon buat angah rasa nak tutup tv je...punya lah resah. Nak cool kan diri sendiri angah online FB ngan che Eja Masri  ngan che Saifu Ab Razak, sambil-sambil telinga dan mata curi-curi dengar dan pandang sekejap-sekejap kat tv.

Punyalah penakut angah ni hahaha...selepas Asrarudin sumbat gol penyamaan baru lah lega...   rasa dapat nyawa kedua..

really...kalo orang sakit jantung memang tak payah lah tengok, yang sihat ni pun rasa jantung nak gugur je..


Congratulations..Harimau Muda!

(apalah sangat provokasi penonton Indonesia tu kan? cehhh belagak...)




Mari Imbas sepakan kemenangan malaysia...

Sunday, May 29, 2011

Jersi ManU cantik, jersi Barca macam baju bundle pasar malam, tapi yang penting MENANG!

Hahaha...nak say hi to  kengkawan opis Angah dan kengkawan opis Che Din yang fanatik kat ManU. Sila cubal lagi! Kali ni Barcelona punya!

Gigih Che Din ngejutkan angah jam 3 pagi nak tengok live ManU vs Barca semalam. Bukan kat rumah okay...tapi kat dataran merdeka! huhuhu semangat..

Punya la ramai umat kat dataran

Tak de tampat duduk, berdiri pun sanggup

Ramai yang pakai jersi Man U, tapi salute ar kat brader ni, setia ngan jersi Malaysia! haha..


Bukan main seronok lagi Che Din, bila bintang pujaanye Messi, menjaringkakn gol, sampai bergegor gambor..


eheh! tumpang posing di subuh hari!


Syabas Barcelona!


Match Result and Highlights



[ FC Barcelona 3-1 Manchester United ]


27′ [1 - 0] P. Rodriguez
34′ [1 - 1] W. Rooney
54′ [2 - 1] L. Messi
69′ [3 - 1] D. Villa

Thursday, January 13, 2011

Tengah banyak duit "yang tua nak ke Mekah, yang muda gatei nak menikah..." kata Mr. Os

Tersenyum manis makwe-makwe pemain bola ni agaknye...ye la pakwe dapat durian runtuh..boleh la kawen cepat..tapi awas anda juga perlu risau kerana khabarnya ada artis-artis wanita mula memberi perhatian terhadap pakwe-pakwe anda ini muahahaaa...kot-kot la..


-sumber hmetro-


INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF


Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang
Negeri

Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

(sumber-bharianonline)

-sumber utusan-
Harap-harap sangat skuad harimau ini tak mengulangi sejarah skuad Piala Thomas 1992...dapat habuan mewah, berarak sana-sini berbulan-bulan akhirnya piala kebanggaan itu terlepas bagai 'pergi tak kembali lagi' kui kui kui...
 
 
pssstt...M. Nasir kata lagu Ana Rafali menang sebab lagu tu bersifat personal dan lahir dari hati! humangaihh pasai pa dia dok kata cam tu...'ohh sebab Ana Rafali tulis seniri, cipta seniri dan nyanyi seniri..., eh tapi si Yuna bukan pulun semua ka ciptaan lagu tu? pasai pa tak bagi menang...'   mak konpius nyahhh...patutkah mak bertanya  'sama itu hud-hud?  (maaf lari topik!)

Thursday, December 30, 2010

Coli Laser Julia Perez Tidak Berfungsi?

Syabas Malaysia!!! Terima kasih Rajagobal dan anakanak buah kerana menang! Menang yang mencipta kemanisan dan senyum meleret kepada semua warga Malaysia...



Semangat kental walau di provok, diejek dan diganggu, sehingga berlatih pon di kawasan hotel sahaja, itupun diganggu juga...betui-betui haru la fans Indonesia ni..tak de keje lain ke dr nak mangacau orang?

Bagaimanapun nak ucap tahniah juga kepada team Indonesia, sangat jelas  kesungguhan mereka untuk menang..sehingga ke minit akhir..Syabas!
I like...player yang bernama Arif Sunoyo...:D, tapi last-last dapat kad kuning :(



Kebanggaan....Safee Sali. merangkul anugerah penjaring terbanyak dan yang paling besh semua jaringannya cantek-cantekkkk...



Mengharapkan Fahmi menjadi pemain terbaik perlawanan! Berani sungguh budak ni, bola jauh dari gawang pon dia pi hambat. Tahniah Fahmi! kerana ketangkasanmu dapat melengahkan jaringan Indonesia.

Meninjau kelibat Julia Perez yang mencari publisiti murahan itu, tak kelihatan kerana mukanya angah tak familiar..sebab sebelum statement coli leser itu angah tak kenal pon muka dia, selalu dengar nama aje. Sebaliknya yang angah nampak  Si Manohara..Wahh...terserlah...memang cantik la dia ni, sungguh berbeza dengan penyokong perempuan lain di kiri kanannya hahahaha...

Julia Perez...kamu lambang perempuan yang terdesak! sangat malu dengan statementnya, angah hendak katakan begini kepadanya "kamu buat lawak ker...cuba la cari lawak yang pandai sikit.....dah la negara kamu tu kacau bilau, bencana selalu menimpa, insaf la weii!"



Terima kasih Pak Najib kerana berikan Cuti Umum Esok, jimat sehari cuti rehat rakyat Malaysia.....Kepada kengkawan yang dah apply cuti rehat untuk esok sila batalkan cuti anda...Selamat Bercuti!