Wednesday, February 29, 2012

Baby mahal ni..


Ini baby Sonia, anak seorang Pegawai di opis angah ni. Ibunya melalui teknik IVF, dan lahir lah si Sonia ni dengan kos lebih kurang RM22,000.00.

Dah 9 bulan umurnya, sihat dan sangat comel. 


"angah ko ada berapa puluh ribu dalam simpanan?" 
uhuk..ada simpan sikit-sikit, tapi asik bawak keluor je...
kalo  nak buat IVF, kena buat loan Bank!

Thursday, February 23, 2012

Samurai Kenduri Di Laman Kita

Fuhh! kenyang deme ye, nasib baik 4, kalo 14? naye..

LEMAH perkataan yang paling sesuai mengambarkan permainan team Harimau semalam. Apa pon tak bole! Macam tak pernah training, passing bola  dapat kat lawan, ada peluang depan gol lawan, sepakan terlalu lemah, ada peluang sepakan gol percuma, hantar tinggi tak reti agak aduiiiiii

Tahu le jepun tu world standard, bukan lawan kita  tapi tolong la baiki skill permainan tu 
- skill passing bola biar tepat  kepada rakan
- skill mengelecek supaya bola tak di curi lawan
- tolong kuatkan kaki supaya dapat menyapak dengan kencang

ohoiiiii...En. Ong Kim Swee....siksa mata,jiwa dan raga menontonnya.. tolongla hentikan permainan yang menyiksakan ini...wakeuppppppp

sekian, angah membebel di subuh hari.

Monday, February 20, 2012

Friday, February 17, 2012

Aper citer...


Assalamualaikum....salam penghulu hari.
Apa kabor kengkawan? Harap semua sihat-sihat dan ceria selalu, seceria mentari yang tersenyum pada pagi ini..:D

today tak bizi sangat sebab bos besor tak ade, dia gi ke luar negara, mun kalo dia ada, terpaksa le buat-buat bizi walopun sebenornya tak berapa bizi...kelasss tak nyah...kikikiki

bila tak bizi kan.. bole le merewang di blog kengkawan dan menaip n3 di blog sendiri dengan suka-suki hatinya pada pagi-pagi begini...

Apa nak citer ari ni? atau...apa yg kengkawan nak tahu tentang angah hari ni? (..bajet pemes kan...haha)

kehidupan angah biasa-biasa aje...tak ade yang luar biasa pun, tapi orang di keliling angah ni ada sebahagiannya selalu menjadikan diri ini fokus point utama untuk di tegur, dinasihat dan yg paling best  KRITIK.

Angah nak kaitkan citer hari ni dengan gambor dekstop angah yang angah tayang dalam n3 lepas...gambor desktop yang ada kucing comel tu...




Angah dah lama dah letak gambor kucing tu kat desktop angah, ramai kawan opis ni suka dan kata " ala..comelnye..kucing ni...". tapi dalam ramai-ramai tu terselit jugak rakan yang spesis suka buat angah 'sentap hati mak nak..'. 

Dia lalu belakang angah and tegur desktop angah:

rakan: apersal letak gambar kucing?
angah: hah? erm...saje, sebab dia comel
rakan: letak lah gambar BABY!
angah: erk? nak letak gambor baby sape?
rakan: ala kan banyak gambar baby comel kat dalam internet....
angah: terkedu!
.....daripada aye letak gambor baby tipu, org punya baby... baik aye tunggu baby aye sendirik  tak gitu kengkawan...

lagipun angah malas la nak tunjuk-tunjuk sangat yang angah ni sangat mengharapkan baby...macam nak meraih simpati pulak...

Macam tu la orang kat opis ni, nampak macam memahami, nampak sangat bersimpati tapi dalam masa yang sama tak sensitif....bweeekkkkk



Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

Berkeringat di selatan tanahair

Al-kisahnya sabtu baru-baru ni, angah berjalan-jalan cari panas di Melaka. memang panas beb! rasa nak rekah kulit kepala. What to do? teringin nak naik Cruise punya pasal...redah jugaklah bahang mentari yang sangat garang tu...


                          berkerut antara mata membuktikan cuaca sungguh panassss
 




Asalnye nak berposing je atas beca ni, tapi Pkacik ni beria-ria nak bawak kami pusing-pusing (padahal bukan larat sangat dia mengayuh) siap bagi harga diskaun, kami pun layan lah..



Inilah yang diidam-idamkan, orang kata naik waktu malam baru best, mungkin sebab tak panas la kot


pemandangan di sepanjang menaiki Cruise




Destinasi kedua yang jadi idaman, Masjid Selat . Nice view




Menjelang asar kami pun pulang, cadangnya nak terus balik KL,  tapi Che Din dah tak larat drive, mata dah berpinor-pinor, makanya singgah la kami ke Teluk Kemang, nak mandi-manda sejukkan badan kunun dan berniat nak bermalam. Nasib kami baik sebab ada apartment yang masih kosong, harga pun ok, so bebulan madu le kami kat PD

View apartment ni menghadap selat, cantik sangat


Pantai Teluk kemang

itu le citer kami di weekend yang lalu ...
jumpa lagi!


Friday, February 10, 2012

Kesederhanaan

"dalam sederhana ada manisnya"



...merindui suara mersik azlina aziz

Tuesday, February 07, 2012

Petang Yang Basah



Denting nyaring di kaca jendela
membuat aku terjaga
antara mimpi, khayal dan mamai
aku membuka mata
"ahh..tiba-tiba langit manangis
dan menghemburkan air mata ke bumi"
- dingin desir angin
membuat aku mahu kembali lena
tapi tak bisa

Hujan! lagu apa yang engkau nyanyikan
sehingga mengganggu tidurku
terasa seperti ada duka yang membuat kau berhiba
dan berada dalam lara nestapa

Langit! berhentilah menangis
kerana kepiluanmu
menyilukan kalbu ku
dan air mata mu kian bersatu
dengan air mataku!


adinaduana
3.45pm/07/02/2012

terima kasih hujan, kerana selalu memberi ilham!

Wednesday, February 01, 2012