Monday, October 29, 2012

'Zali' Memang dah pergi..


Assalamualaikum
Siapa ada tengok  drama bertajuk Masihkah Ada Ramadan? yang disiarkan ketika bulan Ramdan lalu di Astro?


Pada mulanya angah tengok cerita tu sebab pelakonnya  Eman Manan dan Wan Hanafi Su, angah memang minat lakonan dorang ni.
Selepas episod pertama angah dapati drama ni teramat-amat lah menariknya terutama gandingan pelakon-pelakonnya.

Sehingga ke akhir cerita, watak yang paling meninggalkan kesan adalah watak Zali.  Pelakon baru agaknya, angah tak kenalpun dia. Pandai budak ni berlakon. Wajanya serius tapi penuh kelembutan. Kalau di asuh, kemungkinan dia adalah paling wajar  menggantikan Eman Manan kerana aura yang setanding.

Hari ini ketika berjalan-jalan ke blog kawan-kawan, barulah angah tahu nama sebenar dia. Muhammad Amirul Mazlan, berusia 19 tahun sedang menuntut di ASWARA.

Ramai yang menulis tentang dia. Ramai sangat, tapi  bukan kerana dia ada drama baru tapi kerana dia memang telah meninggal dunia. Beliau pergi menyahut panggilan Illahi akibat kemalangan jalanraya.
Al-Fatihah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Angah baru berangan, kalau-kalau ada drama yang akan menggandingkan beliau bersama Beto Kusyairi...pasti mantoppp..(eleh..tiba-tiba..)

Dah ajal...Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.





Ini sebahagian dari berita yang menulis tentang kematian beliau:

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tiada-lagi-ramadan-buat-zali-1.90805

http://ondscene.my/kemalangan/penuntut-aswara-maut-motosikal-terbabas

Wednesday, October 17, 2012

Mimpi



Indahnya dibuai mimpi;
Kala hujan menyanyi
Hati turut mengiringi
Bait-bait kata berseni

Lalu aku berlari
Di pantai luas tak terperi
Di padang luas tak bertepi;
Tiba-tiba langkah terhenti
Rupanya jauh telahku pergi
Tanpa ku sedari

Kini ku berdiri
Di daerah yang sunyi
Di ruang yang sepi
Lalu hati menjadi ngeri
Kerana bersendiri
Tiada yang temani

Oh! Mimpi begini, jangan datang lagi!!!

adinaduana/mimpi/10.10.2012…

Sunday, October 14, 2012

Prihatin sikit boleh...


Ishh udoh udoh le tu
Kami tak larat nak dengor dah haih!

Dewan serbeguna kat flat angah ni laku betul . Boleh katakan setiap minggu ada orang sewa buat majlis kawen. Meriah sih kawasan flat ni bila hari minggu, apatah lagi musim cuti sekolah. Meriah sampai bergegor kepala otak angah ni.

Mana tak meriah, majlis mula jam 9 pagi start dengan marhaban, lagu-lagu pengantin baru pun berputar tak berhenti, bila pengantin sampai ada paluan kompang, bila pengantin dah bersanding dan makan start la acara yang paling lumrah yang dibuat oleh orang-orang Key El ni…sesi karaoke…

Ye lah, kaum kerabat bina masjid mestilah raikan dengan meriah, dengan raing ria dan gembira. TAPI TOLONGLAH! Jangan lah dongakkan speaker tu tinggi sangat, sampai angah yang duduk di tingkat 7 ni pun tersangalah clear mendengar bunyi-bunyian majlis korang tu. Ini dah satu gangguan, tak pikir ke orang nak solat ke, ada baby tidur ke, orang nak tengok tv pun sebutir haram tak dengar, asik mendengar suara karaoke korang je…mun kalo sedap suara tu tak pe le juga, ini nyanyi pun macam main-main, sumbang mambang, lepas tu gelak-gelak… adoiiiii…sakit jiwa raga ku.

Angah ni jarang la tersasul masa sembahyang, tapi hari ini punya solat zohor sampai 2 kali angah angkat takbirratul ikhram, jenuh nak fokus, tapi tak terfokus sebab bingit sangat.

Nasib baiklah dua tiga hari ni cuaca mendung dan hujan, jadi banyaklah kain-kain basuhan angah yang tak kering. jadinya angah sidai dan sangkut semua kain-kain tu  kat cermin tingkap supaya dapat meresap bunyi dan menelan kebisingan itu....sampai gituk sekalik dong!

Mesti untie india sebelah rumah anagah ni pening dengan majlis-majlis orang melayu nih....dah la khamis lepas  angah menjerit-jerit kuat masa ATM kalah kan Lion huhuuhu....mesti dia kata ''ayoyo...kawen bising tengok bola pun bising..ayoyo kadawale" 

ni dah nak jam 5 dah, tak berenti-renti  lagi berkaraoke...ermmm

Angah report kat Raja Nong Chik kang nak!!! Cehh tiba-tiba…

Sekian membebel di petang ahad!

Thursday, October 11, 2012

Kawal Marah Di Kampung Semarah Padi


Angah menulis dengan senyum! senyum yang bersungguh-sungguh. Ini kerana angah tidak berkeadaan MARAH.

Segala marah bagai hilang apabila menonton drama ini. :D

Al-kisahnya beberapa minggu lalu, angah tertengok siaran RTM, malam hari kalau tak silap, menayangkan sebuah drama. Tapi drama tu dah tinggal setengah jam je lagi tayangannya. Mula-mula nampak watak Pekin dan Sabri Yunus, angah duk kalih-kalih ke channel lain, sampai lah angah ternampak Si Beto Kusyairi...teruih melekat, tak kalih dah... WINK WINK...

Ceritanya simple je, tapi sangat kelakar. Oleh kerana tak tengok dari awal, angah cuba cari kat Youtube, tak sangka pula dah ada orang upload! apa lagi waktu rehat tadi angah pun pulun tengok....

ini antara part yang best, nak tengok sepenenuhnya, silalah menziarahi youtube...

Enjoyyyy...





* entah sejak bila si Beto ni telah mencuri hati angah! huh...

Sunday, October 07, 2012

Yeyy Hari Minggu


Assalamualaikum, salam pagi minggu. 

Sarapan apa anda hari ini?  Angah minum air masak amcpur madu je…almaklum le orang tak cukup darah ni badan rasa lemah semacam. Harap dengan khasiat madu ni angah jadi kuat sikit..

Kaki pulak lenguh, sebab berjalan ke hulu hilir semasa bertugas . OH YA, UM baru selesai istiadat konvokesyen yang berakhir semalam, angah bertugas sebagai pemyambut tetamu untuk para keluarga graduan.

Ni baru selesai membasuh baju sebaldi. Sementara tunggu Che Din bangun tido angah bersosial dulu kat blog ni. 

Sekejap lagi nak memahirkan diri memandu di sekitar UM. OH! Angah lupa nak cerita angah sekarang ni adalah PEMANDU KERETA BERLESEN…YEYYYY! Alhamdulillah

Malu nak cerita, sebenarnya angah berjaya dapat lesen ni setelah  5 kali , diulang LIMA kali  - ye lima kali ambil test JPJ….setiap kali ulang test, angah akan ambil kelas tambahan untuk memahirkan diri…akhirnya..beriban-riban habis untuk sekeping lesen…aduiii…

Ok, see ya!

Wednesday, October 03, 2012

Helo ...Halo!

Lepas Lunch our semalam, staf opis kecoh-kecoh. Semua pakat turun ke bawah nak tengok matahari. Seseorang menjerit nama angah untuk turun sama ‘jom tengok pelangi’!.

Hujan tak de rebut tak de, tetiba tengah panas terik ada pelangi, bior betoi..

Angah pun turun jugak lah, oh ya benar, ada pelangi mengelilingi matahari. Subhanallah!

Pakat semua la duk ambik gambor, angah pun sekonyong-konyongnya mengeluarkan henpon milik sendiri yang tak berapa nak canggih ni, snap le sikit-sikit. Tapi angah tak bley pandang lama matahari tu sebab mata memang ada masalah silau, jadinya sambil tutup mata dengan jari, angah tala henpon arah matahari.





gambar di ambil dari celah tingkap opis angah

Fenomena Halo di Lembah Klang hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) - Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.
Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. - BERNAM


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121002/dn_26/Fenomena-Halo-di-Lembah-Klang-hari-ini#ixzz28Ehaavyq
© Utusan Melayu (M) Bhd