Wednesday, November 30, 2011

HUJAN MALAM DI KUALA LUMPUR

Mencurah, menghempas dinding kaca jendela
denting dengungnya menusuk telinga
pendengaran berbaur antara angin dan guruh

aku masih mengetik papan kekunci huruf
menulis butir-butir kata
namun tak kesampaian apa yang aku rasa
bahasa seakan tidak sama rata
dengan kemahuan yang hendak dicerita
ah…hujan ini
bagai membawa lari segala emosi
dek dengungnya yang membungkam bicara hati
                                 
adinaduana/30.11.2011/8.45pm


Gambar: TQ Che Yahoo

pstt...di tampat kawan-kawan hujan tak malam ini?

Rabu Tanpa Kata ~8~

myMetro 17 tahun makan bedak, sabun






Tuesday, November 29, 2011

"dah nak menang sangat dah.."

aduhai anak rimau...


Angah perasan, pemain kita ni mudah sangat cedera, kurang kalsium kah? pemain lawan menten je sampai minit akhir....

Sunday, November 27, 2011

Salam Satu Muharam 1433 Hijrah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H. 
Semoga amal ibadah kita sebelum ini dan yang akan datang  terus dipelihara dan dipertingkatkan. Semoga semuanya mendapat limpah rahmat dan diberkati Illahi.

Azam? ramai yang berazam pada 1 Januari tahun masehi, tak apa lah, angahpun macam tu tapi apa kata kita mulakan azam pada 1 Muharam pula, semoga lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan untuk mencapai azam tersebut.

Angah cuba merenug, apakah maksud penghijrahan dalam hidup angah....


Thursday, November 24, 2011

Anak Rimau Masih Sakit Gigi


Ups!!! 
Masih sakit kaki lah...


Harimau Muda kalah 2-0, tapi serius angah sikit pun tak ada rasa nak marah. faham keadaan mereka yang masih penat - tak berapa menyengat tapi tetap bersemangat..dan angah tetap love you all semua wahai anak-anak rimau..


Lain la perasaannya, 
antara menonton Harimau vs Indon dengan menonton Harimau vs Syria. Mungkin dalam minda dah tersemat - ini peringkat Olimpik bukan Asia Tenggara, jadi, tak ada le jantung rasa berdebar-debar sangat...


lagipun..


Syria tak jahat memprovok macam Indon!



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Yang Pandai Buat Angah Senyum...


Giler sesak nafas tengok game semalam. Gol awal team Indon buat angah rasa nak tutup tv je...punya lah resah. Nak cool kan diri sendiri angah online FB ngan che Eja Masri  ngan che Saifu Ab Razak, sambil-sambil telinga dan mata curi-curi dengar dan pandang sekejap-sekejap kat tv.

Punyalah penakut angah ni hahaha...selepas Asrarudin sumbat gol penyamaan baru lah lega...   rasa dapat nyawa kedua..

really...kalo orang sakit jantung memang tak payah lah tengok, yang sihat ni pun rasa jantung nak gugur je..


Congratulations..Harimau Muda!

(apalah sangat provokasi penonton Indonesia tu kan? cehhh belagak...)




Mari Imbas sepakan kemenangan malaysia...

Monday, November 21, 2011

Perjalanan

Aku masih berjalan
di aspal takdir
yang tercoret dalam hayat hidupku;


Aku masih terus berjalan
walau ada tikanya
aku bagai mahu berhenti - sebentar...
melepas lelah
membilas keringat
merawat hati, membalut jiwa
yang jenuh dibadai takdir berliku;


Aku masih perlu berjalan
sehingga ke garisan penamat
selagi hayat mengizinkan.


(tq pakcik google)

adinaduana/21.11.2011...

Friday, November 18, 2011

Pengalaman Menggamit Perasaan

Kawan-kawan dah daftar haji? dengarnye sekarang ni agak panjang masa menunggu untuk menunaikan haji, makan tahun, mungkin berbelas tahun tak pun berpuluh tahun. Pun begitu  bergantung pada rezeki jugak lah...ada juga yang dapat cepat.


Sehari dua ni, asyik masyuk mendengar pengalaman seorang rakan sepejabat yang baru pulang mengerjakan haji. Mendengar dia bercerita terasa ada sesuatu yang menyelinap di hati, ada part-part dari ceritanya membuatkan bulu roma  meremang-remang...


Ayuh mendaftar! angah ni insyallah dah  boleh daftar dah, tapi Che Din akaun Tabung Haji pun belum ada, maklum le...asik tak sempat je nak menyimpan..tapi tak apa - kita perlu selalu percaya pada rezeki...mudah-mudahan di permudahkan. 




Thursday, November 17, 2011

Erm...Mata Angah!

Sekarang kalo menatap PC lebih dari sejam mata angah akan rase perit dan batang hidung yang tak berapa mancung ni pun sakit jugak.


Tak aci la sakit wahai mata..., ohh salah sendiri ye, jangan nak merungut!


Sejak menggilai drama Korea pada 2008, kadar menatap PC bertambah dua kali ganda. Di opis memang bekerja dengan komputer, bila balik rumah sepanjang malam melayan mata dengan drama korea. Ni nak marah kat orang yang upload drama korea yang best-best tu...uhuk...nak menyalahkan orang lain pulak kan... 


Karma! Tuhan bagi mata untuk digunakan sebaiknya, tapi awak guna mata untuk melayan nafsu-nafsi. Ye lah! hero korea ni hensem-hensem belaka, mata tak berkedip tengok...cerita tak best pun jadi best kalo hero nye hensem ko...


Oleh kerana sedikit insaf, dua tiga bulan ni angah dah kurangkan sikit tabiat mentelaah drama korea di PC. Semoga mata angah kembali galak bersinar....







Wednesday, November 16, 2011

Rabu Tanpa Kata ~ 7 ~


Mama angah dah 59 tahun semalam!


Monday, November 14, 2011

S.A.K.I.T

Selalunya rasa sakit akan menerbitkan rasa marah
bukan marah kepada sesiapa, tapi marah kepada sakit
kenapa sakit sangat menyakitkan?


oh patut kah rasa marah itu?
bukan nak marah tapi...
ah tak tahulah!
berulang-ulang rasa yang sama
sangat menjemukan
dan sakit itu menyakitkan hati
sangat...
Sangat!



Friday, November 11, 2011

Tarikh Cantik

Ada apa pada hari ini?


Saje je,  
terasa nak mengabadikan tarikh yang cantik ni dalam entri di blog ini. Tak de kaitan apa-apa dengan diri angah pun.


Angah nak ucap tahniah pada rakan sepejabat Puan Hamidah Ali kerana mendapat cucu pertama pada tarikh ini. 
Pandai baby tu pilih tarikh lahir ek..

dan angah nak ucapkan semoga bertabah hati pada seorang lagi rakan sepejabat kerana...
Masa breakfast tadi, dia bercerita
bahawa tarikh ini sepatutnya dia bersanding di singgahsana perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Bagimanapun jodoh tidak tertulis untuk mereka bersatu sebagaimana yang dirancang.
Jadi....
tarikh ini merupakan hari yang akan dikenang sebagai 'tarikh pahit' dalam hidupnya.

Begitulah manusia merancang tetapi Allah merancang dan menentukan yang lain untuk hambanNya...

Wednesday, November 09, 2011

Rabu Tanpa kata ~6~


Lokasi : Surau Kampung Pecah Batu, Manong
10 Zulhijjah, 1432


Thursday, November 03, 2011

Sukaneka Staf 2011

Sabtu 29/10/2011

Macam biasa UM akan buat Sukaneka untuk staf pada setiap hujung tahun dan macam biasa angah akan join mewakili Fakulti Sastera. Best Yo!

Acara bermula dengan senamrobik, diiringi hujan gerimis...best giler bererobik ni , gasaklah ujan pun...

Acara sukan belum mula tapi kasut dan seluar dah kotor dek padang yang becak...aiyakkk...
Belon ni asik terlucut ikut belakang je..tapi akhirnya berjaya juga mengepit belon satu pusingan


Ni acara passing belut hidup. Kesian kat belut...ada yg macam nak mati dah..apa la penganjur ni. Saya bantah! Tahun depan jgn buat dah acara ni!




Keseluruhannya sangat best....

dan team Sastera dapat tempat ke 7 dari 19 pasukan...

Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara!

Wednesday, November 02, 2011

Rabu Tanpa Kata ~5~

Langit Yang Menaungi Bumi  UM

* Hujan menjadi teman baik angah sepanjang minggu ini....tanpa gagal, setiap petang dia membasahkan angah...uhukkk...rasa nak demam..