Tuesday, June 25, 2013

Bertambah Usia Lagi...

Bismillahirmanirrahim

Alhamdulillah sehingga ke detik usia ini

Terima kasih Ya Allah

Terima kasih Ayah Bonda
Terima kasih Adik beradik dan sanak keluarga
Terima kasih guru-guru serta rakan taulan
Terima kasih  buat suami tercinta
Kerana telah mewarnai  sepanjang 38 tahun kehidupan ini.


Terima kasih semua

kerana warna-warna yang tercanting dikanvas hidup ini banyak memberi pedoman dan pengalaman pahit manis yang amat berharga buat diri ini.




Ya Allah
Mohon sempurnakan hidup ini sebaiknya
Mohon diberikan kemuliaan jiwa
Kejernihan hati
Kesucian peribadi

Kekuatan rohani dan jasmani untuk meladeni
Baki usia yang ditakdirkan nanti

Salam Sayang Untuk Semua.


Sunday, June 16, 2013

Doa Untuk Yang Terkasih II

Happy Father's Day Abah...



"Ya Allah Ya Tuhanku, Pelihara dan kasihanilah Abahku, Mudahkan segala urusannya Dan sihatkanlah tubuh badannya.
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang budiman
agar dapat sentiasa  berbakti dan menyayanginya sehingga ke akhir hayatku





* setelah berulang alik ke hospital, ditebuk di laser kerana sakit batu karang, akhirnya abah akan dibedah pada 25 Jun nanti. Angah pohon  dari kawan-kawan untuk doakan keselamatan dan kesihatan abah angah...

TQ

Monday, June 10, 2013

Cameron Highland...lagi

Assalamualikum kawan-kawan...

Mari berkongsi keceriaan ketika angah pergi ke Cameron Highland (CH), pada cuti sekolah yang  baru lalu...
Cak! macam biasa kami pergi gamble je, tanpa perancangan awal. Dalam perjalanan pergi baru sebok call no. telefon hotel. Kalau dah walk in cenggini, memang le banyak penginapan dah penuh. Tapi angah bernasib baik dapat juga sebuah apartment 3 bilik yang masih kosong di Berinchang. Dah dapat penginapan , call adik-beradik di kampung, ajak dorang joint.



Sementara tunggu orang kampun sampai, kami berdua melawat Taman Lavender...Asyik Sekali Melihat Keindahan Bunga-bungaan di Sini


Ermm..Sedondon Pulak Dengan Bunga-Bunga...





Akhirnya, Adik, Abah dan Mama Saje Yang Free...Che Na dan Hubbynye Ada Urusan Di Tempat Lain, Begitu Juga Dengan Abang dan Adik Lelaki angah

Diaorang Sampai je, Terus Bawak Pergi Ke Penginapan, Jenuh Nak Sampai, Jammed.

Bilik Selesa Dan Luas...

Aduh...Patut  la Jem, Lupa Aih... Cuti Sekolah...Jalan Sesak Memanjang...

Kami Lepak Je Kat Apartment Hingga Ke Maghrib. Cadangnya Bila Jalan Clear Sikit, Kami Nak Meneroka Pasar Malam Brinchang. 

Dalam Jam 8.30 Malam  Kami Pun Turun Dari Apartment, Berkobar-Kobar Nak Gi Pasar Malam. Tapi Akhirnya Kami 'Berkelah' Dalam Kereta je....Langsung Tak bergerak, Punyala Jammed..Masya'allah. Ermm...Patah Balik ke Aparment, Lepak Depan TV Je La

Pagi Esoknya, Awal-Awal Lagi Dah Turun Dari Apartment....

First Time Gi CH Dengan Abah Dan Mama

Happy Time...Shopping!

Abah Dan Mama..Sebok Cari Cenderahati Untuk Kaum Kerabat di Kampung

Huhu..Mesti Cari Ni


 Cuci Mata...


Haha..Sampai Melopong Mulut Adik...Rambang Matala Tu...

Dah Shopping...Jom Balik. Abah dan Mama Ada Kenduri Kahwin Yang Perlu Dihadiri Di Kampung, Dalam Jam 9.30 am Diaorang Kena Beransur Pulang..



Di hadapan Hotel Penginapan

Lepas Shopping, Kami Berpisah Untuk Kembali ke Destinasi Masing-Masing.  Adik, Mama Dan Abah, Balik Ikut Simpang Pulai, Angah dan Che Din, balik Ke KL ikut Tapah

Angah Dan Che Din Sempat Singgah Merata-Rata Tempat Yang Menarik, Di Sepanjang Jalan Ketika Balik tu..


Ladang Teh...Tempat Yang Harus Dilewati Kalau Ke CH

Saujana mata memandang


Gitu La Ceritanya....Sampai Jumpa Lagi..Insyaallah

Tuesday, June 04, 2013

Assalamualaikum

hi kawan-kawan...
macam lama sangat pulak sentapnye...kikikiki
dah sampai bulan Jun dah!

Apa kabor kawan-kawan? Angah doakan semua berada dalam keadaan yang baik, sihat dan menyenangkan. Cuti sekolahkan? Bercuti ke mana bawa anak-anak? harap semua happy-happy belaka...

Salam Sayang Untuk Semua

Mari kita berkongsi doa yang baik ini, semoga menjadi  amalan kita bersama:



Sampai Jumpa Lagi!