Monday, November 01, 2004

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum, macam mimpi pulak dapat bukak blog ni....lamanya blog ni fengsan!
emmm.... berkat bulan ramadhan ni sembuh dia dari koma yang panjang.
apa nak citer nih? nanti dululah...

Wednesday, July 21, 2004

Ramainya nak jadi penyanyi
 
Termasuklah angah! tapi angah idak le nak masuk bertanding la ni, sebab cita-cita nak jadi penyanyi ni dah lama berlalu. Seingat angah sejak pandai menghafal lagu dalam darjah 3 gitu, kalu cikgu tanya cita-cita nak jadi apa jawapannya memang 'penyanyi' he he he maklumlah anak penyanyi. upss... abah angah dulu ikut band nyanyi kat rumah org. kawen, mana nak tumpahnya kuah ye tak,  angah jadi penyanyi at pentas sekolah, lagu feberet dah tentu lagu-lagu  fransisca peter penyanyi yang paling glemer ketika itu.
 
Sebenornya bukan le nak citer pasal cita-cita yang tak jadi nyata ni, saja je nak menghangatkan suasana, almaklum le,  la ni banyak sangat pertandingan nyanyian, semua nak jadi penyanyi, budak kecik pon nak jadi penyanyi. Dalam banyak-banyak tu Malaysian Idol (MI) je yang angah suka, sebab peserta dia memang power, kalu setakat suara macam Mas AF2 tu, rasenya peringkat ujibakat lagi dah kena tendang. He he he peminat-peminat AF jgn marah ek...

Wednesday, July 14, 2004

Tak Keruan

Aduhhhh hilang idea, maaflah tak ada apa yang hendak dicerita. BZZZ...
seperti yang aku kata dulu , menulis disini akan menelanjangi diri, kalau aku menulis saat ini dah pasti cerita yang tak bes tak bes aje. jadi tunggu lah bile ada cerita yang bes-bes. Kesihatan juga agak tergugat bila minda tidak sihat, di asak tekanan.Tunggu aku sihat!

Thursday, July 08, 2004

How Do I Live

How do I get through a night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be
Oh I, I need you in my arms, need you to hold
You?re my world, my heart, my soul
Oh, if you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live

Without you, there?d be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me
And I, well baby, I don?t what I would do
I?d be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live

Please tell me baby
How do I go on
If you ever leave
Well baby you would take away everything
Need you with me
Baby don?t you know that you?re everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live
How do I live
How do I live without you
How do I live without you baby
How do I live
How do I live without you
How do I live without you baby


...tak tau apa nak citer, sebab bizi giler

Friday, June 25, 2004

Harapan

Wahai Allah maha berkuasa dan pemberi
genap diusia dewasa ini
perkenankanlah segala permintaanku
- Ampunilah segala dosaku
semalam kini dan akan datang
- Simbahkan aku dengan Nur HidayahMu
agar aku sentiasa di landasan yang benar
- Kuatkanlah rasa kasihku terhadap org yg mengasihiku
moga panjang silaturahim ini
- Murahkanlah rezekiku dan berkatilah ia
supaya aku tenang menghadapi hidup ini
- Panjangkanlah umurku dalam sihat walafiat
dapat aku mengabdi diri padaMU
- Ya Allah lindungilah umatMu
di segenab maya pada
biar aman kami bernafas di sini
Wahai Allah
banyaknya permintaanku
walaupun aku tahu tiada layak utkku
meminta-minta dariMu
kerana aku adalah hamba yang hina
banyak dosa dan sedikit pula pahala
namun, kasihanilah aku...

Friday, June 18, 2004

Emak angah

Emak angah yang rindu pada anak-anak, kasihan juga melihatnya.
hari-hari angah mesti telfon dia, supaya dia tidak sunyi dan terlalu memikirkan adik-adik.
tak dapat tidak emak mesti call adik-adik, semalam dia merungut bil tel sebulan ni begitu tinggi. Yang eiz kata, mak jgn merungut, sebab mak yang guna ha ha ha (nampaknya Yang eiz kena bantu akak ni bayo bil tepon mak :)

2 hari sudah Abah angah beli kambing 4 ekor ekekekekk angah gelak awai-awai, mak marah-marah katanya susah mak nak pegi sana-sani bila ada kambing. ok le tu mak drpd mak asik call adik, baik le mak pelihara kambing, nanti suruh abah buat pagar elok-elok supaya mak tak yah jenguk kambing tu selalu...kay mak..

Malam dari Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV 1, Live dari kampus Farhana, he he he si Farhana siap pesan suruh tengok, mak pulak siap pesan suruh Farhana duduk depan pentas supaya boleh nampak ha ha ha...mak mak..

Pesan emak

Mak angah memang selalu pesan macam-macam, pantang ada kes jenayah kat surat khabor, dia mula tak senang perut. la ni hangat kes ragut, dia bimbang sebab angah memang selalu jalan sorang-sorang. Ye la mak, angah inga pesan mak.
Tapikan kes ragut ni bukan le baru, cuma la ni kes dia dibesar-besarkan dalam media, sampai trauma pulak dibuatnya.
Macam yang zino, cerita kat blog dia, peragut la ni bukan buat keje kat tempat sunyi aje, kat mana-man pun dia boleh buat hal. Lama dulu angah pernah terserempak dengan orang kena ragut kat stesen minyak BP,terlalu pantas org keliling tak sempat buat apa-apa, mungkin kalu ada hero hindustan kat situ sempat le agaknya he he he...

Wednesday, June 16, 2004

Serba tak kena

Bila mood tak baik
angin pun yang busuk-busuk je
menerewang kat dalam kalbu ni
suara pun berhaba panas
nak marah-marah aje rase
benda dulu-dulu yang aku dah maafkanpun
terasa aku nak marah-marah semula
hei..apa kenanya aku ni
sape yang dah ngaco mood aku ni
maakkkkkk aku nak cuti..
tapi keje banyak
muncung aku pun dah panjang macam itik

Tuesday, June 15, 2004

Kuhantarmu dengan kasih dan sayang

Marahkah kau pada kakakmu yang seorang ini wahai Farhana?
janganlah begitu, bukan kakakmu ini sengaja
sekalipun tidak pernah terlintas untuk membezakan
antara dirimu dan adik bongsu kita itu
maaf ya Farhana.

Berkali-kali kakakmu ini menelefon tapi tidak kau jawab
"ala...ana ada aktiviti ni, ok lah nak kena beratur ni
kena jalan kaki pulak nak balik hostel"
ohhh sebok rupanya...adikku yang sorang ini
macam mana la agaknya si Farhana tu
dihambat waktu yang tergesa-gesa macam ni
bukan apa, si Farhana ini begitu slow
terutamanya bab mandi, bab jaga kecantikan
dekat kampung dulu bebulu je adik bila Farhana kat bilik air
berjam-jam duk bilik air, sampai kena jerit baru keluo.

Pandai-pandai la Farhana bawa diri
ada rezeki kakakmu ini akan mengjengukmu disana
jgn lah kata kakakmu ini sengaja tidak menghantarmu tempohari
sebenarnya, kakakmu ini tak dibenarkan cuti
sebab di UM ni juga menerima pelajar baru
macam ana juga.

Salam sayang setulus hati buatmu Farhana
Semoga Allah melindungi keseluruhan hidupmu di sana




Friday, June 11, 2004

Petang ini indah!

Mentari kian suram di hambat sore yang redup
aku masih dikantor ini,
meneliti blog handai dan taulan
bukan aku tidak boleh balik,
bila-bila saja aku boleh balik
tapi aku sengaja menhambat janji Deen,
bahawa setiap kali dia berkerja pagi,
maka pulang petang dia akan mengmbil aku di sini
tapi sehingga jam ini dia belum menjemput ku.
oh dia lewat kerana managernya meeting
supervisor lagi sorang cuti kecemasan,
seperti biasa Deen akan jadi galang gantinya.
Deen menelefon resah kerana managernya belum pulang meeting
dia suruh aku pulang dulu, aku kata tak mahu
sebenarnya aku bukan mengada nak boncing motor dia
sebenarnya aku telah berjanji dengan seorang insan baik hati
yang hendak menyewakan rumahnya kepada kami
aku perlu melihat rumah itu hari ini
kerana tuan rumahnya sudah hendak pindah besok
segalanya hendak konfirm hari ini.
Aku mesti tunggu Deen disini!
Ya Allah mudahkanlah urusan kami
Beginikah Penantian

Dari mentari
Berganti bintang
Siang dan malamnya
Kian mendesak
Untuk kita bersama
Pertemuan
Perpisahan
Menghimpun waktunya

Berkali-kali
Aku mencuba
Tanpa kebosanan
Dalam harapan
Mencapai keinginan
Telah jauh
Perjalanan
Namun masih berliku

Walaupun
Bagai ada kepastian
Diriku
Masih lagi keraguan
Melihat
Keyakinan
Dirimu
Kekasih

Biarpun
Engkau jua menantikan
Sinaran
Namun kau jua nyatakan
Jawapan
Bukan hadir
Diri mu
Kekasih

Berapa lama
Harus ku nantikan
Menahan sabarku
Bukan menyisih
Bintang berlalu
Berubah hari

Kesabaran di mana pun
Akan ada hujungnya


...ini lagu poziah latip

Thursday, June 03, 2004

wehhh...cepatnya naik...

4 tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya angah bersaiz 'S', gelaran 'papan sekeping' memang hak mutlak angah. apa tak sekepingnya , dengan ketinggian 156cm, berat pula hanya sekitar 41 - 42kg, memang halus dan runcing je rupenya. Paling berat angah pernah capai 49kg, itupun mase duduk asrama SMRPK, ada problem besau jadi makan pun besau tak ingat dunia. Bila pulih, makan pun kembali normal, beratpun kembali ke asal. Jadi angah beranggapan turun naik berat badan angah adalah berpunca dari makan. Dengan berat badan yang begini, angah amat senang hati dan suka hati kerana angah dapat bergaya dengan fesyen, colour dan corak pakaian yang bermacam-macam, pakai apapun semua nampak cantik ma..., yang paling besh ramai kengkawan yang jelessss ekekekek....

Penghujung tahun 2000, dari sekeping dah jadi 2 keping, orang kata baru nampak macam pompuan sket.., YA! mase ni angah terpaksa membeli baju bersaiz 'M'. Angah rase stail makan masih sama tapi kenapa badan naik? ohhh..mase ni angah dah keje kat UM, kejenya duduk depan komputer saja, duduk je menaip, chating juga...(mase ni chating ngan geng JK). Berat angah? ish malulah nak cakap!

Dan saat yang paling sadis pun menjelma, jumpa kawan lama semua terjerit sebab terkejut. Dulu dema tanya angah kurus makan apa? la ni dema tanya juga 'angah gemuk makan apa?' huwaaaa. Beberapa bulan lalu angah membeli sepasang baju kurung pasang siap, angah try saiz 'M' tapi rase macam tak kena aje, ish apa ke hal nya nih? cutting baju ni kecik kot...try yang lain pulak emm same aje...maknanya sahih le angah ni sekarang ni dah bersaiz 'L' bukan lagi 'M' apatah lagi 'S'...la ni kena cari colour yg gelap-gelap je bagi nampak slim. haa berat angah? tak yah cakap le, macam tak percaya!

Wednesday, June 02, 2004

Untuk 'sahabat' terbaikku

MEMANG hanya tuhan
yang tahu segalanya
apa yang ku inginkan
disaat-saat ini

kau takkan percaya
kau selalu dihati
haruskah ku menangis
untuk ku menyatakan
yang sesungguhnya

Kau lah segalanya untuk ku
kau lah curahan hati ini
tak mungkin ku melupakanmu
tiada lagi yang kuharapkan
hanya kau seorang

...kaulah segalanya

Saturday, May 29, 2004

Bunga-bunga keinsafan dan kemaafan

Baru aku perasan, bahawasanya menulis BLOG ini seumpama menelanjangkan akal, budi, perinsip malah diri juga. Kenapa? sebabnya apabila kita menulis kita menulis dengan perasaan. Jika kita menulis kala kita gembira maka bahasa yang kita guna adalah yang ceria-ceria saja. Jika kita sedang marah maka keluarlah ayat-ayat yang kurang manis dan enak, ketika murung dan bersedih pula maka tercalitlah bait-bait keharuan disulam irama pilu dan mendayu.
Bagi orang yang membacanya sedikit sebanyak akan mengenal karekter kita melaluia apa yang kita tulis.
Aku sebenarnya cuba memberi amaran kepada diriku sendiri supaya tidak terlajak perahu yang mana akan menyusahkan aku untuk menariknya semula.
Semalam aku menulis dengan marah. Hari ini aku ingin padamkan marah itu kerana orang yang aku marah itu mungkin sudah sedar akan keterlajakannya kerana aku lihat dia berwajah sedih mungkin kerana penangan ke'lesar'an mulutku, jadi aku juga harus insaf dan memaafkan dia. Maka untuk aku memadamkan terus marahku pada nya aku harus padamkan entry ku semalam!
Kepada mereka-mereka yang pernah aku marah dalam blog ini, dan entrynya aku belum padam itu bermakna mereka belum meminta maaf dengan aku!

Tuesday, May 25, 2004

Hadirnya

Ku nanti
ku nanti dengan sabar
sabar yang melimpah di sanubari
tetap ku nanti

Ku tunggu
ku tunggu dengan harapan
harapan yang menyinarkan bahagia
tetap ku tunggu

Ku harap
ku harap dengan doa
doa berulang doa
tetap harap

Thursday, May 20, 2004

erm....

ishk tekojot den nengok tempat posting blog ni dah betuko rope he he he entah bile betukonya tak perasan, bukan tak perasan yg sebenornya dah lama tak bukak blog ni, nulih pun dah maleh rasenya. Angah rasa macam dah ilang power le nak ngadap kerja-kerja kat opis ni, muak la. Adakah angah sudah tua? ish idak le tua sangat...entah le. Rasa nak pegi tampat yang jauh yang tak de orang kenai - yg tak ada org-org yang buat angah muak. Nak gi mana ek

Wednesday, May 05, 2004

Jumpa Pak/Mak Mentua...

Deen dapat cuti ari senin dan selasa, so petang ahad lepas balik keja dia angkut angah balik kampung dia, aiseyman, tak adil le, kampung dia balik berdua, kampung angah, angah balik bujang je...nak buat cam ne...2 ari tu tak cukup nak balik 2 kampung, kalu berkereta mungkin sempat, la ni naik bas duk abih mase turun naik bas aje. Lagi pun sabtu ni angah kena balik kampung angah, sebab si bongsu tu nak daftar kat sekolah matrik gopeng, Deen tak balik, bujang lagi le angah, Deen tak mungkin dapat cuti , sekurang-kurangnya raya nanti baru dia layak mohon cuti lagi.
Balik rumah Deen keadaannya selalu sayu, ye lah ayah Deen terlantar sakit, mak pula dah uzur juga, nasib baik kakak Deen 2 orang tu ibu tunggal, jadi mereka tinggal bersama, ada la juga org nak tolong tengok-tengokkan sakit pening depa. Nak harap Deen selalu balik, idak le nampaknya. Sebab tu bila sekali sekala Deen dapat cuti angah tak kisah dia nak balik kampung dia. Isteri yang baik la katakan...


**********************************************************************************

Adik

Angah akan balik sabtu ni, nak ngantor si bongsu ni, daftar kat sekolah matrik gopeng. Gopeng je, tak jauh tapi bagi mak dan adik sendiri yang tak penah berjauhan tu, hai..macam nak pegi London plak gayanya. Kelakor pulak angah tengok perangai mak ni, mase form 4, sebenornya adik layak masuk MRSM, tapi mak tak heran, dia kata selagi di Manong ni boleh balajo, belajo je le kat sini, tak yah gi mana-mana ekekeke... la ni tak leh buat apa, sebab kat manong tak ada sekolah matrik. Mak kena belajar terima hakikat bahawa anak-anak mak dah besar, mahu tak mahu kena berpisah juga.


************************************************************************************

Telah Di Atur Illahi

Seminggu dua ni, ramai orang yang angah kenali dijemput Illahi. Bila org yang meninggal itu agak rapat dengan kita, selalunya kita tidak dapat menerima kehilangannya, apatah lagi jika kematian itu dengan cara yang mengejut. Petang semalam sekembali dari kampung Deen, angah dikejutkan dengan SMS dari Ana, katanya - Pak Cik Mail kemalangan - teruk. Bila baca perkataan teruk tu dah terlintas perkataan 'mati' dalam otak angah. tapi angah buang jauh-jauh. Selang setengah jam Ana call pula, dengan sedu sedannya, angah dah agak keadaannya, tapi saja angah tanya Ana acik mail kat rumah ke hospital? teruk sangat ke? Ana kata dah meninggal dah... innalillahiwainnailahirojiun. last angah jumpa acik mail mase balik ngundi ari tu, petang semalam dia dah tak ada. Adik lagi sayu, sebab jam 2 petang dia masih bertegur sapa dengan acik mail ketika lalu dekat bengkel kereta acik mail. Malang berlaku lebih kurang 3 petang, satu kampung dengar bunyi meletup, rupa-rupanya bumbung bengkelnya yang baru dipasang 4 hari lalu runtuh dan menhempap arwah. Angah bayangkan dia eksiden kereta ke apa ke, tak sangka pulak malang nya di tempat yang begitu hampir. Al-fatihah buat Acik mail, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Acik mail baik orangnya, w/pun dia hanya suami kepada sepupu mak, tapi dia lebih akrab dari sepupu-sepupu mak sendiri. Si kecil Amirul, Amar, Aimran dan Amir, waris Acik mail- jaga lah ibu kalian baik-baik.

Friday, April 30, 2004

Aku yang penat

Betul aku penat, penat sebab otak aku terlalu banyak bekerja. 2, 3 minggu ni aku amat bizi sekali. Ye lah aku ada ketua baru, dasar pun baru, cara kerja pun baru, cadangan baru pun banyak. Lebih letih bila orang kiri kanan yang bekerja dengan aku ni teramat lah lembabnya, kadang-kadang bukan kerja yg banyak buat aku letih tapi si lembab si lembab ni yang buat aku hilang motivasi nak bekerja, penat sangat aku rasa. Mungkin ada yang meluat bila aku kata aku ni bizi, ye lah aku ni bukan berpangkat besor, staf biasa je, tapi ini lah yang aku hadapi. Bila keadaan ini berlaku aku mula rasa nak sambung belajar, kot kot lah boleh dapat jawatan yang lebih baik, kalu bizi pun berbaloi le dengan gajinya ye dak. Insyaallah kalau ada rezeki lebih sambung belajar adalah impian aku yang nombor satu.
Ok ada kerja yang menunggu aku, chow dulu!

Thursday, April 29, 2004

Hendakku tumpangkan rasa...

Samakah apa yang aku rasa
serupakah yang dia rasa?
mana mungkin sama
aku hanya memandang dengan mata
tak merasa berat beban yg di galasnya
aku tak melalui jalan yang dia tempuhi
tapi aku ada doa
supaya dia dapat bertahan.

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermanja
sekudus kasih tak pernah hilang
diingatan menjelma sentiasa

sabarlah teman, di mata ia hilang
dihati masih ada kesan kasihnya
jangalah berhiba diulang-ulang
semoga dia bahagia di sana

Al-Fatihah buat isterinya

Wednesday, April 14, 2004

Kucing


Masa Etot ada dulu aku tak suka berlama-lama di ofis, cukup jam aku mesti balik. Kadang-kadang rehat jam 1, juga aku balik. Ini kerana aku amat mengasihi Etot, aku rasa rindu bila lama meninggalkannya. Etot teman terbaik aku.
Sejak kehilangannya aku jadi malas nak balik cepat-cepat, nak nak pulak kalu Cik Deen keje petang, baik aku duk ofis.
Tapi dua malam sudah, tuah bagaikan bergolek kepangkuan kami. Deen jumpa anak kucing di tinggalkan di belakang ofisnya dan seperti biasa Deen akan jadi seumpama Alam Flora yang mengangkut benda-benda terbuang, tapi Deen kutip benda yang bernyawa saja tau. Ini kali ketiga Deen kutip anak kucing terbiar. Tapi yang ni special sikit sebab kucing tu jantan (aku kan suka yg jantan je....Deen kata aku pilih bulu!)
Anak kucing tu ada la sebesar tapak tangan, belum putus susu lagi gamaknya. Sian dia asyik menyondol-nyondol semacam mencari puting susu ibunya. Aku akan bela dia.Tapi aku rasa aku tak boleh nak sayang dia sebagaimana aku sayangkan Etot. Etot tetap istimewa di hatiku. Sayang Etot, rindu Etot.
Upsss...apa aku nak nama kan si kecik tu ye, la ni aku panggil dia 'keciq', nanti dia besar aku nak panggil apa ek?

Monday, April 12, 2004

Sakit

Entah kenapa sejak dua menjak ni selalu sangat aku sakit otot, kejap sakit leher turun ke bahu terus ke tulang belakang. Nak pusing leher pon dah macam robot. Kadang-kadang leher tak sakit pinggang pulak, lutut pun semacam aje mengalahkan nenek 80 tahun. Pi klinik dapat nya ubat tu tu le jugak, terkucil pon dah bau ubat. Deen kata tak pe sakit selalu, cuci sket dose tu. Ye le aku pon idak le nak menyalah kan takdir, semua yang jadi tuhan yang kasi. Cuma aku pelik memuda lagi dah sakit otot. Doktor pun senyum-senyum bila aku kabo aku sakit lutut.
Aku ni bila sakit aku jadi sedih, bila sedih aku bukan ingat suami tapi aku ingat mak kweng kweng kweng....sekadar alasan utk balik kampung!

Friday, April 09, 2004

Terbedosa

Selain maksiat, MENGUMPAT merupakan dosa yang paling orang suka buat.
Ibarat menggaru kurap, makin di digaru makin sedap!
Bagi yang suka ngumpat, juadahnya bertambah enak jika yang jadi pendengarnya turut jadi nasik tambah, semakin meriah le suasana makin berjela le cerita!
Eloklah di jauhi orang seperti ini, kerana jika kita tak mahu terkena percikan api jangan lah berkawan dengan si tukang besi.
Aku nak kaitkan citer ni dengan 4 golongan manusia yang aku penah jumpa sepanjang idup aku yang dah lebih dari suku abad ini.

Golongan Pertama :
Orang yg memang hobinya mengumpat, ada saja hal orang yang di ceritakannya. Tak penah surut idea. Tapi orang ini mengumpat kat belakang aje, kat depan kite mulut dia lebih manis dari gula. Orang macam ni ramai kawan, tapi dia la yang akan melaga-lagakan kawan-kawanya itu – bahaya orang jenih ni!

Golongan Kedua
Pun hobinya mengumpat ditambah pula sikap suka melesser, ini org tak kira depan ke belakang ke dia belasah je. Orang pesen ni biasanya tak ramai kawan – akupun menci orang macam ni

Golongan Ketiga
Tak suka mengumpat, tak penah amik pusing dan menyebuk hal orang, cakap pun yang patut-patut aje – aku suka orang macam ni


Golongan keempat
Tak suka mengumpat, tetapi terpaksa mengumpat atas sebab-sebab tertentu – sian


Insyaallah, setakat ini aku bukanlah dari golongan orang pertama dan yang kedua.
Malah aku sangat berusaha untuk berada di kalangan orang digolongan ketiga.
TETAPI adakala (selalu juga) aku terpaksa menjadi orang digolongan keempat.

Apabila seorang aku berhadapan dengan orang dari golongan kedua, maka dgn automatiknya aku jadi orang digolongan keempat. Ini yang aku tak suka, aku tak suka sebab aku terpaksa mengata orang. Heiiii geramnya.
Inilah yang terjadi pada aku Jumaat lepas, seseorang telah melesserkan aku depan khalayak – aku dimalukan, lalu aku pun termalu, bila aku malu aku jadi bengang, bila bengang aku kata yang buruk-buruk pasal dia depan khalayak juga. Haaa....kan dah sama aje aku ngan dia! Hati tengah baran mana ingat dosa, yang penting aku dapat cover malu. Padan muka dia, padan muka aku juga!

Aku rasa bersalah, aku menyesal. Orang bersalah perlu minta maaf. MAAF! Ho ho no way, ini jam kalu usahkan aku nak minta maaf, nak pandang muka dia pun bukan setakat lubang idung je bebulu, bijik mata itam aku ni pun berbulu tengok dia. Tunggu le raya nanti baru aku mintak maap.
Wahhhh maka seronok le segala setan-setan yang ada dikeliling ni menari rap, hip hop, cha cha, zapin semua ade kerana meraikan kemenangan mereka menewaskan aku.



p/s - ambik le iktibar mana yang patut

Friday, April 02, 2004

Bukan Belas Bukan Simpati - Yang Nyata Kami Mengerti

Apa yang sebaiknya kita ucapkan kepada teman yang sedang di timpa dugaan? aku sebenarnya malu utk menyuruhnya bersabar, kerana aku takut jiwanya makin pilu tatkala mendengar perkataan sabar itu.
Bagi aku sendiri tatkala bersedih aku akan bertambah sedih jika ada org menyuruh aku bersabar, tapi aku harap dia tak seperti aku, aku harap dia lebih kuat dari aku.
Aku harus menyapa jiwanya dengan kata-kata semangat agar dia tidak rasa bersendirian dalam meniti kegetiran ini.
Ya Allah kurniakanlah dia ketenangan dan kekuatan dalam menempuh setiap ujian dari Mu, berilah hanya yang terbaik buatnya - Amin

Wednesday, March 31, 2004

Semalam - Aku Yang Cuai


Aduhai dek krn cuai aku telah menyusahkan Deen, rasa nak ketuk ketuk je pala aku ni, apersal la aku cuai , aku tertinggal kunci bilik dalam bilik dah tentu aku tak leh balik! Padahal mase antor aku gi keje Deen dah tanya kunci ada bawak ke, dengan konpidennya aku kata ada dalam beg ni, sampai ke sudah aku ingat ada kunci kat dalam beg aku ni. Emmm mase kemas beg nak balik jam 5, hampehhhh baru aku ingat kunci aku gantung belakang pintu Makkkk cam ne balik ni….eh..balik boleh nak masuk bilik yang tak bolehnya aduh nak ketuk nak ketuk nak ketuk lapan kali ketuk pala ni.

Deen keje petang plak, kul 1 pagi baru balik, humangaihhhh takkan aku nak duk opis ni sampai pagi, nak tak nak kene le kaco Deen kat topis dia, apalagi tepuk dahi le Deen, baran je dia bila aku cuai cam ni.

Deen – nanti le abg try mintak rehat awal
Aku – awal tu pukul berapa?
Deen – dalam pukul 7
Aku – alaaa sekarang tak leh ke
Deen – ishhh mane boleh baru 2 jam keje
Aku – ermm tujuh pon tujuh le

Nak tunggu kul 7, aku mintak cik Mat, pembantu makmal aku hantor aku gi pasar malam kat fourteen, mak aaiii jam pon aku tak pakai ari ni, cam ne aku nak agak Deen dah sampai rumah ke blom ishhh nak ketuk lagi pala aku ni eiii lapan kali ketuk baru tau ahh redah jelah. Beli itu ini, tengok itu ini aku pon blah gi tunggu teksi, mase turun teksi aku intai jam, adusss baru jam 6.55, kurang-kurang 7.30 baru Deen sampai, apalagi jadi pengemis muda le aku duduk kat tangga depan pintu bilik sambil ditemani adik etot dan bau-bauan hancing ayo kencingnya perhhh naik penin aku, tobat aku tak tinggei kunci dah pas ni.

Elok azan maghrib berkumandang Deen pon sampai, aku ingat dia nak marah aku, sib baik…dia nampak aku dia gelak-gelak siap peluk kepala aku, kusss semangat ingat nak marah, Deen ni kadang-kadang tak leh nak agak barannya. Pas tu tergesa-gesa dia semayang dan gi keje balik, sian Deen mase rehat sejam abis kat tengah jalan je. Nak wat cam ne benda nak jadi, utk keselamatan di masa hadapan aku kene dupliket kunci dan tinggei kat opis satu kan kan kan….

Monday, March 29, 2004

Bengkel Penggubalan Struktur Kurikulum Akademik
Jabatan Geografi, Universiti Malaya


Ini lah bengkel yang jabatan aku buat selama 2 ari kat PD . Matlamat bengkel aku rasa memang tercapai, tapi nak capai matlamat hasil drpad bengkel itu memerlukan bukan setakat cakap kosong ketika berbengkel. Kadang-kadang org. akademik ni pandai cakap sahaja, nak mengelola apa yang dicakap semacam hampeh je, maka keluarlah produk seperti graduan geografi - sejak 1998 - 2003, masih ramai yang menganggur atau bekerja yang bukan dalam bidang mengikut kelulusan (termasuklah cik Deen aku!)
Aku harap kurikulum baru ini, dapat menjana graduan yang dapat bersaing dalam pasaran kerjaya.

Aku terkejut tengok pensyarah-pensyarah aku semuanya baik-baik belaka, selalunya dalam mesyuarat yang buat kat jabatan setengah jam aje yang betul-betul mesyuarat, aku pun ambik minit mesyuarat sikit je, sebabnya lepas setengah jam masing-masing mule le nak menyanggah nak hentam nak perli nak sakitkan ati sesama seniri, yang teruk pengerusi dan AKU yang ambik minit nih, tak tau apa nak aku minitkan asik bercekau aje but yesterday manyak sinang kije aku, semua cool dan berikan ide-ide yang baik, ye lah...suasana percutian semua pree lak tu. aku cadangkan kalu nak dapat good result utk apa apa perbincangan buatlah kat luar taja la tido makan minum... he he he kopak UM

Dah! stop pasal bengkel, penat tau berbengkel ni, meleleh ayo lio aku nak mandi laut huarghhh tak sempat. aku musti pegi lagi kat corus paradise ni, memang beh, sape yang belum penah pegi, aku syorkan pegi, terutama yang ada anak atau yang suka memancing atau yang suka temenung - tempat ini memang sesuai. aku sempat termenung di pinggir lagoon tu pada ari kedua sebelum sesi pagi bermula, mendengar desir ombak, dicium bayu dingin, melihat kebesaran Illahi - lautan dan langit bagaikan bercantum wahh memang mengasyikkan aku nak pegi lagi nak nak nak!

Friday, March 26, 2004

BZZZZzzzzzzzzz

Huhuhuu baru abis meeting, esok nak buat bengkel ari ni baru meeting, baguz punya jabatan.
Aku ada bengkel hujung minggu di Corus Paradise Lagoon,PD, sape nak ikut jom.

aku yang bizi
keje tak henti henti
setengah mati

aku dah letih
peluh merenih
jerih perih

deme nak berbengkel
aku yang sewel
gud by kay-el...

(sonok gak, duk PD 2 ari... babai Cik Deen)

Thursday, March 18, 2004

Moh ngundi weh!

Yeyehhhh aku nak balik kampung behnye behnye beh beh beh, ada umoq panjang jumpa ari selasa.
sebagai rakyat yang bertanggunjawab pada diri seniri (? bukan tuk negara ke? eheks..) aku musti la ngundi ye dak kekekekekekke.. senornya aku bukan nak ngundi sangat, yang penting dapat jumpa pamily aku ....bukan senang nak dapat balik kampung sejak bersuami dengan orang bz ni ekekek. Adik kata perang poster menggila, itu yang beh aku nak tingok tu.
wokeyh selamat mengundi seme.....

Tuesday, March 16, 2004

~@~
Yang cantik yang bijak


Aku penah dengar orang kata benda ni, tapi di mana ya...?

Kebijaksanaan wanita terletak pada kecantikannya
Manakala
Ketampanan lelaki terletak pada kebijaksanaannya


betul ker? mungkin juga...
kakak kepada classmate aku, gile-gile punya cun, mamang cunlah, cun secun cunnya, tapi sayang mengaji kurang pandai, dari form 1 sampai form 3 duk kelas ujung, mase SRP kantoi. Tapi dek kerana cantik abis je mengaji ada orang pinang, huuuuyo orang bagus punya jawatan daa.., kejelesan bangat aku dibuatnya ekekek acah aje, ye lah rezeki dia dapat laki kayo, ensem plak tu. Laki aku pon 'kayo' gak 'ensem' gak ekekekeekkekk

Yang lelaki tu aku percaya hundred percent, lelaki yang bijak memang outomatik nampak ensem, kalu ensem tapi otak lembab, tak sape nak layan. Tengok Ali Bapoo tak ensem pon tapi Mas Anizan nak gak kat dia kan kan kan heheheh...

Saturday, March 13, 2004

Kudapan Minda


"Timbang rasa itu timbul kerana hati yang jernih,
dan sinar itu membayang kepada mata,
sehingga air muka pun menjadi jernih"

"Ketenteraman hati pokok kesihatan rohani/jasmani"

...........................................................Dr. Hamka


"Hati seorang bodoh, ada dimulutnya
Mulut seorang yang bijaksana, ada di hatinya"

...........................................................Benjamin Franklin


"Jalan menuju bahagia itu
tidak ditaburi bunga mawar yang harum-
melainkan penuh onak duri"

...........................................................William Shakspear




Selamat Berhari Minggu, Jumpa Isnin, Insyaallah

Friday, March 12, 2004

lawak di hari mendung..

he he he ha ha ha kah kah kah saje nak gelak pepagi ni, bukannya apa, sesampai je kat opis pagi ni, terus menjelajah beberapa blog kengkawan, just to say ' assalamualaikum' banyak kali sangat tulih assalamualaikum agaknya, sampaikan mase bukak email, tulis password pun ngan assalamualaikum ekekeekekkkekk...

aku terfikir kenapa aku jadi cam nih ek, aku teringat zaman dolu-dolu mase salin nota dalam kelas, tetiba kawan sebelah tanya sesuatu dan aku jawab, pas tu aku tak sedor aku tulih yang aku jawab tu dalam nota aku ish ish ish...ada masalah saraf ke nih

Thursday, March 11, 2004

Hari mendung
aku termenung
ada yang tersinggung
kepalaku terpanggung

Aku tutup mata
aku pekakkan telinga
aku tak ada cerita
bisu tak bersuara

Aku fedup
makan kekudap
minum seven-up
tak sedap

haaa mula le tuh ngah, ntah apa-apa ntah



Tuesday, March 09, 2004

ermmm......pompuan tu

Kat  47!$ aku ni, ada segelintir pompuan-pompuan yang agak pelik sket. adalah satu group tu, kami pangil group 3 serangkai. tabiat deme suka keluo time 47!$, terutama kalu bos tak ada, gi bank lah, gi KOOP lah , gi makan-makan dah tentunya. dah lah datang 47!$ lambat entah berapa jam je duk kat opisnya. ni waktu aku tengah menulis ni pon aku tinggai sorang je ni entah kemana lesapnya, tapi yang peliknya 2 dari mereka tu dapat cemerlang SSB tahun lepas. ini bukan kes dengki ye...cuma aku PELIK itu aje.

Masa aku baru tukor ke ?2b2t2= ni, ari pertama aku rase nak nangis, sorang dari deme tu, asik cerita pasal org lain kat ?2b2t2=  ni, " haa org. tu macm ni, org. tu macam tu, ha yang dot dot dot tu hati-hati sikit... bahaya..." heeiiii tensennya aku mase tu, dahlah ari pertama aku sebok nak mengenalpasti duduk fail kat mane, nak hafal nama staf yang ramai tu lagi dia plak sebok nak cucuk aku wahhh tak de kerja kah dia ni asik ngaco aku jek. bila jarum nya tak jalan dia tuduh aku belagak plak, abis satu Jabatan dia jaja aku besar kepala. menci menci menci!!!

Tapi sebagai org. baru aku tak leh tunjuk taring sangat, aku diam je la. Tapi mankuk hayun ni lagi aku diam lagi diaorang ni naik lemak, deme ni suka bagi aku sakit ati kat dema, saje saje berkumpul kat sebelah meja aku bersembang kuat-kuat siap gelak-gelak ish… gatei je bunyiknya, bebulu telinga aku mendengornya. opis aku ni dah le kecik aje kalu deme bebisik pon aku boleh dengor….menyampah! terganggu konsentrasi aku nak wat keje. Aku ni bila terganggu je mula le muncung, aku harap bila aku muncung deme akan paham bahawa aku tengah marah dan aku harap deme akan blah dari situ, tapi mangkuk tu tetap mangkuk, lagi aku muncung lagi galak deme bersembang. Ermmm tak leh jadi ni….aku perlu berbuat sesuatu.

YA misi aku berjaya! he he he la ni deme ni dah tak suka berkumpul dan bersembang-sembang dekat tempat aku lagi. SEBABnya setiap kali deme menyembang aku akan menyampuk, aku banyak tanya, aku tanya tu aku tanya ni, bila deme gelak aku pon gelak ha ha ha aku tak muncung lagi aku gelak aku gelak ha ha ha ha. Yang sebenornya aku gelakkan diri aku juga kerana terpaksa berpura pura…….nasib ngko la ngah

Monday, March 08, 2004

Eeiiihaaaa....
Hari ni aku telah berjaya meletakkan album dalam blog nih huuuullaaa sonoknya. He he he...maklumle saya budak baru belajar ..buta IT. Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Zino, yang fenin-fenin mengajor aku yang terhegeh-hegeh ni.

Selamat menonton!

Friday, March 05, 2004

Bodoh...?

cisss ari ni ada org kata aku bodoh eiii geramnya.
lunch tadi Soon Sing & Nor (budak tahun akhir) banje satu opis ni, aku pon joint sekali la.
dah ambik nasik lauk seme tu kita orang tunjuk memasing punya makanan kat akak kantin tu, org lain seme amik air buah tapi aku cam biase amik air suam je, itu pon syarat je takut terpedas ke tersedak ke sebab aku tak biasa minum lepas makan nasik, perut aku cepat sendat kalu minum.
akak tu kata ' eh bodohnya, org belanja ambik la air sedap sikit' aku kata 'eh tak de lah, saya memang tak minum lepas makan' dia sambung ' alaaa org. belanja ambik je la' ' eh saya makan ikut limit perut saya, tak kira le org banje ke saya bayor seniri ke...memang saya makan cam ni ' he he he aku rase sapa yang amik air buah tu kene tipu, sebab air tu bancuh ngan air paip aje, aku dah penah kerja kat cafe, 2 tahun kau...tahu sangat le taktik orang meniaga ni.

oleh kerana dia kata kau bodoh makanya itulah kali terakhir aku akan membeli belah di kantin dia. tu la sebab pulut santan binasa sebab mulut hilang castemer he he he aku boleh makan kenyang kat mana-mana kantin lain tapi lepas ni di ilang sorang regeler castemer ekekekekek sape yang bodoh...?

kawan aku kata akak tu memang mulut cabul sket, tender kantin ni pon tak lama lagi fakulti nak beri org. lain, sebab banyak perkara yang tak memuaskan hati...ohhhhh gulung tikor le yek eh eh eh...sian ek...ermmm klik klate la muh!


tenkiuk Soon & Nor, selamat mencari kerja!

Tuesday, March 02, 2004

nak senang nyer pasal....

aku tak penah pakai handbag cam pompuan lain, yang aku ada hanya sebijik beg galas kulit kaler itam, itu le yang aku galas kemana saje, gi opis, gi soping, balik kampung pon aku bawak beg itu jugak. Bukan aku kedekut nak begaya tapi aku rasa beg galas ni senang dan menyenangkan aku, senang bawak, senang isi barang sebab banyak poket, senang tipu orang he he he....(org ingat aku student) jadi nak buat pe aku beli beg lain. kat UM ni student naik bas yang khas tuk student sahaja, tapi ada staf yang cuba cuba nak naik, selalu nya kena halau turun . kadang-kadang ada student yang terlebih gaya susah naik bas tu kena tunjuk kad matrik baru lepas tapi aku selamat, tak penah driver tu mintak kad matrik pon, lagipun muka aku ni ada sikittt awet muda he he he tertipulah tipah itu.... senang kan hidup aku ngan beg tu?

Tapi last wekend, beg itu buat julung-julung kalinye telah menyusahkan dan memalukan aku....kantoi kantoi
Setelah 8 kali pusing JJ jumpa le aku dgn barang yang aku nak, aku terus gi kesyer nak bayor. sambil budak kesyer tu punch rege barang tu aku pon raba la tempat biasa aku letak duit, raba punya raba duit takde, aku bukak purst tak de gak, buka poket tu, bukak poket ni takde gak..mak aikh...mule le peluh jantan keluo. dek kerana belakang aku ada org. aku suruh kesyer tu cencel dulu dan cakap kat dia tinggal dulu barang kat situ and aku nak pi cocoh duit. sambil jalan kau raba poket lain, tak sampai 10 langkah haaaaa ada ada ada....cisss kat poket dalam menyoroknya duit tu, aku pun pusing balik, Q belakang 2,3 orang. aikkk mana barang aku? huihhh dah kene humban kat lantai kweng kweng kweng.....yang bertambah tak sedap tu mulut kesyer tu leser gak. budak kesyer sebelah tu tanya pasal ape ada barang kata lantai, dia kata 'entahlah custemer tu, tak de duit...nak datang balik, tak tahu la pot pet pot...' amboi amboi herot benyot mulutnya cakap, marah je bunyiknya, dia tak perasan aku yg tengah Q ni la 'custemer' tu. aku pon katalah dengan muka garang dan bengis ' excuse me...that is my pillow! ' senyap siolll ekekek padan muka dia

Jadinya buat julung julung kalinya juga aku rase beg ini tidak selalu menyenangkan aku. tapi aku tetap tidak akan memakai handbag, kerana aku belum bersedia untuk jadi ayu he he he

Monday, March 01, 2004

Result SPM Adik

aku : adik amacam?
adik: ngah, jimat le duit nko
aku: apersal?
adik: tak yah beli hadiah utk adik....huarghhhh keciwa....

he he he sian adik, sian kat aku juga, tak menepati sasaran, jauh dari jangkaan. Itulah kata orang, kalu kita terlalu mengharap, kemudian tak dapat kita memang akan kecewa.
Alhamdulillah masih lulus semua subjek. Tahniah atas usaha keras adik, dia memang rajin study, pulun habis habisan tapi result kurang memberansangkan - itu yg buat dia frust, tak pe la dik perjalanan masih jauh.


Nuralizawati (eija @ adik)

BM - A1
Mat. Moden -A1
Agama - A2
Bio. - A2
Mat Tambah - B3
Fizik - B3
Kimia - B4
BI - C5
Sej. - C5


bawak le bersabor dik....

Saturday, February 28, 2004

Sekuat Jiwa, Sedalam Kasihnya - aku ingin!

Siapa menyangka
dalam riak ceria, dalam riak mesra
diwajahnya- dimana-mana, dgn. siapa-siapa
sebenarnya dia sedang diduga

Aku tidak mengorek rahsia
tapi keakraban membuat aku
dengan sendirinya tahu
tentang hidup dan kehidupanya
walau sedikit.

Dia tak menjaja cerita
dan aku tidak membelinya dengan simpati
tapi dengan doa
keikhlasan persahabatan
mengikat hati kami dan teman lain
lalu dia mendapat semangat
dari keperihatinan teman-temannya.

Bak pepatah
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
dia memang kuat
aku ingin belajar darinya
ilmu-ilmu ketabahan hati
petua-petua kekuatan jiwa
supaya aku boleh redha
sepertimana redhanya dia
menerima setiap aturan takdir utknya
aku ingin....

Sedekad diijabkabul
masih berdua tanpa cahayamata
dia setia, sesetia malam pada siangnya
dan aku yakin
bahawa dia yakin rezekinya ada
dan akhirnya
dia mendapat hadiah utk kesabarannya itu
sedang kau, baru setahun cuma
sudah lelah berusaha
sudah panas telinga
menahan kata nista
aku tak ingin begitu
tapi begitu lah aku
kalau boleh hendak kubeli kesabarannya itu....
dengan apa hendak kubayar?

Dia memang sabar,
isterinya di duga SLE, sejak lama dulu
tapi dia tetap dia
tabah dan setia
dan aku
terus mewangikan doa
selayak orang yang mengaku sahabat
"semoga diringankan bebanan hatinya
semoga diringankan kesakitan isterinya
semoga dikuatkan anak-anaknya
sepertimana kuatnya ayah mereka"

Aku percaya
seberat mana dia diduga
dia tetap dia
tak pernah lokek hati
pada manusia,keadaan dan dunia kelilingnya
semoga dimudahkan urusan hidupnya
Amin.



..................................................angah.

Thursday, February 26, 2004

Result STPM Ana

Baruuu sat tadi dapat call dari adik, aku dah agak dah apa yang dia nak kabor kat aku, sebelum sempat dia cakap apa-apa kami dua-dua dah gelak. aku gelak sebab nak sembunyikkan kecut perut, adik gelak aku tak tahu kenapa. "kenapa ana tak tepon seniri? Ana blom balik skolah lagi kata adik. Abis mana adik tau result dia? dia tepon dr sekolah, oohhhh.

Aku nak cakap seniri ngan ana, aku tepon rumah mak jam 16.10, sib baik ana dah balik, wahhhh enjoy sakan jumpa kengkawan, jam 8 pagi dia pegi jam 16.00 baru balik, aku tepon dia bukan nak marah dia, tapi aku nak ucap tahniah. walaupun tak penah pegang buku kat rumah dia still lulus penuh, aku cakap kat dia kalu ana rajin study kat rumah result ana dah tentu lebih baik dari ini. Memang le...katanya. ermmmm gitu le si farhana, penuh dengan keselembaan.

Norliza Farhana (Ana @ Chik Na)

BM = B
PA = B
Sejarah = B
Ekonomi = C
MUET = 3

aku ngan lope (anak sulung mak aku) ambik 5 subjek, tak tau kenapa ana ambik 4 aje...aku penah tanya, tapi jawapannya begitu 'rock' jadi ia tidak memberangsangkan aku utk bertanya lagi.

Sabtu ni result SPM adik lak kuar, tak tahu le nasibnya, mudah-mudahan dia berjaya dengan cemerlang....
Erk..eh..ha? em...huhh...

Behnyer duk kat tengah laut, mandi-manda, berenang-renang, berhanyut, melambung-lambung di gulung ombak sorang-sorang, sendiri-sendiri tanpa dilemaskan arus...boleh? Wei...boleh ke tak lemas.... kau bukan ikan.

Eiii....behnyer jadi ikan, beh ker? beh la kot eh ntah tak tau tak penah jadi ikan. Ikan o ikan kenapa kau tak timbul? macam mana aku nak timbul perut aku kenyang, perut aku kenyang. Lapor nanti baru le timbul...kay...

Apa behnyer jadi ikan? ermmmm....ikan ni berani, dia tak takut pergi ke dasar laut yang dalam, dia tak takut di pukul ombak yang menghempas pantai. Kalu malas berenang, diam aje tapi dia tak kan lemas. Nak idup pon senang, nak makan carik je kat keliling, tak yah gi opis.
Beh Kan? tiap-tiap bulan tak yah tunggu gaji, nak duit kene beratur nak cocoh kad plastik kat celah simen ajaib tu, dah dapat duit kena bayar itu kena bayar ini...semue ikan tak yah buat....he he he......beh nyer jadik ikan

Dei...apa da ko merepek ni, bangun, bangun,bangun la woi...jentik idung sket. Ha dah sedar?sedar dah? emmm alahai...angah

............................................makan ikan kerapu, angah tengah merapu

Tuesday, February 24, 2004

Syurga Di Hati Kita

Meniti hari bersamamu
seakan tak teranjak waktu
seperti baru, seperti dulu
walau masa sebenarnya telah berlalu
kau aku tahu.

Seiring masa yang telah beredar
ada sesuatu yang telah kusedar
berdua tak semudah yang ku gambar
adakala hidup dilanda debar
perlu ada sabar.

Tatkala bahtera dilanda badai
terasa cita tak mungkin sampai
ke destinasi yang hendak dicapai
dengan pedoman taulan handai
mekar semula hati nan damai
arah tuju kembali digapai.

Moga mekar hanya yang indah
mohon dijauh segala yang gundah
bunga-bunga cinta siap digubah
kasih sayang bersulam sudah
kau aku pasrah.

Rindu, kasih, sayang bergaul rata
selamanya teracu kuntum cinta
begitu syurga di hati kita
janji se'ia sekata
bahagia tak terkata.

........................................21/2/04 : 23.20

saat suamiku belum pulang
etot pula dah lama hilang
dulu etot ku ajak bersembang
sampai dia tumbang zzzzzzzzzzzzzzz

Friday, February 20, 2004

Kasihan anak-anak itu...


Aku hangat hati betul la, rasa benci sesangat,
betul-betul punya benci, sakit hati
serasa mahu pecah dada bila telinga aku ni
dijentik berita itu...
'seorang bapa dijatuh hukuman penjara atas kesalah merogol anak kandungnya...’ SUMBANG MAHRAM LAGI!!! Hei... what’s going on man.... macam sial, bodoh nak mampos!
Kamu bukan setakat 'babi' tapi setan laknat. Kalau terpegang babi perlu di samak, jadi jgn lah didekati babi itu, tapi kamu bukan setakat perlu di jauhi malah perlu dilenyapkan dari muka bumi ini.
Dunia ini hanya untuk disedut oleh nafas-nafas suci yang tahu tujuan dihidupkan di maya ini.

Bayangkan jika sebuah keluarga sedang menonton siaran berita, tiba-tiba dihidangkan dengan berita-berita sebegini. Dah tentu si ayah rasa maruahnya sedang dipijak-pijak lumat oleh kaum sejenisnya. Si ibu pula dah tentu tercalit risau dan mungkin juga dipagut curiga terhadap si suami dan anak-anak perempuan pula dah tentu disambar ketakutan, kesangsian yang tak ketentuan terhadap ayah dan saudara lelaki. Hal demikian sudah tentu menggugat keharmonian sesebuah keluarga.
Jika pasangan ibu bapa itu berlatarkan pendidikan tinggi sudah tentu mereka dapat menerima berita ini dengan sikap yang lebih terbuka, tapi bagimanapula hal nya dengan ibu bapa yang tidak demikian pendidikannya, yang tinggal di kampung-kampung tu, yang rata-rata masih menganggap hal ini sebagai tabbo di kalangan mereka. Pastinya cerita-cerita sebegini mengundang ketidakselesaanmereka. Ahh…bangsat betul, habis rosak susu sebelangga, habis berlumpur kerbau sekandang. Ini semua setan tu punya pasal.

Aduhai…kasihan anak-anak itu, dicemari pagar-pagar yang makan padi, tak sempat kering kain dia ampaian, mendung hitam mengundang hujan, lalu kemana lagi diri hendak menumpang teduh agar luka tidak menjadi kudis yang mecacat keseluruhan hidup akan datangnya. Tuhanku, berikan mereka penawar penyembuh derita, agar mereka kental tika dituba kata-kata nista, kerana org. lain tak bisa mengerti malah kadangkala tidak bersimpati. Nasiblah anak-anak itu, berat sungguh bahu yang memikul tapi itulah suratan buat mu.

Kami anak-anak yang bertuah, bukan sekadar diberi makan pakai dan perlindungan, malah masa depan kami menjadi agenda utama, dirancang atur agar menjadi manusia berguna. Tidak sekalipun ayah kami membenarkan fikiran kami rungsing melainkan dia yang akan menyelesaikan permasalahan kami selayak tanggunjawabnya. Tapi ayah kalian, meratah darah daging sendiri, langsung tak memikirkan masa depan kalian, memang kasihan…
Kalaulah malang itu berbau, dah tentu kalian dapat bersedia dengan bengkung pertahanan diri, setidak-tidaknya dapat kau terajang , sepak atau tendang je bahagian-bahagian yang boleh menghentikan hasrat setan-setan itu. Malangnya….semua dah terjadi. Masihkah kalian yanag bersalah? Kasihan….nasiblah korang.

Setan itu hanya dipenjara 40 tahun tanpa di sebat. Umur 53 tahun dikira telah lanjut usia wah wah wah…..lanjut ye… banyak ko punya lanjut ek..kalu dah larat merogol tu, setakat sebatan tu apalah sangat berbanding apa yang akan menunggu ko kat akhirat nanti, siap le ngko . Setan yang lagi sekor tu padan le kena sebat, sesuai sangatle dengan badannya yang macam kerbau balo tu ha ha ha ha….. gendang gendut tali kecapi, berbirat punggung ngan libasan cemeti. Tu laaa..buat lagi.

Hai dunia akhir zaman……macam-macam yang tak terjangka bisa berlaku. Ambillah iktibar, baik dari Allah buruk dari kita sendiri. Elok buat tauladan yang buruk buat sempadan. Kepada anak-anak itu, semoga kalian tabah meredah arus masa hadapan. Hidup mesti terus selagi nafas berhembus, esok masih ada dan yakinlah bahawa Tuhan tidak menduga hambanya dengan perkara-perkara yang tidak termampu, jangan bunuh jiwa kamu!





Wednesday, February 18, 2004

Mimpikan ETOT

Malam tadi rinduku kepada Etot sudah tidak terbendung lagi? Lantaran kerinduan itu, terpaksalah aku menatap gambar-gambar Etot dalam albumku sebelum lena menjemput mataku untuk beradu.

Lalu beradulah aku dalam ingatan kepadanya dan....dan...YA! aku bertemu Etot, aku jumpa Etot, ohhhhh gumbiranya hatiku tidak terkira, Etot masih ensem, masih gebu, telinganya, matanya masih bersih, bulunya juga terurus..hhuuuuulllaaa beh beh beh...kubelai, kuusap, kudukung, kucium sepenuh hati...sayangku Etot...sayangku Etot, sayangku, sayang...sayanggggg....YA sungguh sayang itu cuma dalam mimpi ...huarghhhhhhh......

Apakah maksud mimpiku ini? mungkinkah mimpi ini memberi tanda bahawa Etot akan kembali kepangkuan aku? Tapi....

Mimpiku semalam tidak berlaku dibilik sewa aku, sebaliknya berlangsung di rumah mak kat kampung! bukan main relek dia bergolek-golek atas katil mak aku dengan si adik. Wei...tak kan Etot cari aku kat kampung kot? uwah uwah..bisa panasaran aku memikirkanya.....

Semoga Etot masih bernafas di bumi fana ini, dan semuga dia berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.....I MISS YOU ETOT... kweng kweng kweng....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Tuesday, February 17, 2004

Al-kisah di kampung - 11

02 Feb. 2004


Hari kedua di kampung....
Habis dah kisah sedih sayu dan pilu. Today i'm very hepy you know...pepagi dah pergi ke pasar di pekan manong, naik motor berdua ngan adik. Fuuuyuoooo...beh oo...bawak motor kat kampung, jalan clear nak laju, nak ke tengah, nak bawak menentang arus pun boleh..beh beh beh...dalam hati aku teriakkan dangan riaknya...'jalan ini aku yang punya ha ha ha aku punya...aku...' (buat bunyik sore jin dlm citer Ahmad Albab)

Upss! kami tak pakai helmet juga...! tapi aku bawak satu letak dalam raga...buat syarat eje, adik kata kalu tetiba polis meronda boleh pakai... ha ha ha...adik...kalu aku pakai adik nak pakai ape? ...yang penting driver, adik kat belakang tak pe polis tak nampak ha ha haa....adik nak tipu polis...

Sampai kat pasar, belilah semua yang mak pesan, 'pesan aje' dah tentu angah yang bayor eheks..., aku sebok pilih ikan, adik sebok tangkap kucing, dia kata nak bawak balik sebab apek jual sayur kat situ kata kucing tu tak de tuan, aku tengok kucing tu comel dan yang penting JANTAN!. Tapi sayang raga motor ku penuh ngan barang tak leh bawak kucing, adik merengek nak jugak, so aku janji nak datang sebelah petang ke pasar khas nak amik kucing adik kata ok...

dek kerana raga penuh, jadi helmet sorang kena pakai, aku tak nak pakai jadi adik le kena pakai he he he...korang bayangkan bila nampak orang naik motor berdua, driver tak pakai helmet yang bonceng pakai helmet.. ekekekekekeke....gilo punyo kojo!

**************************************************************

Tengahari

ermmmm nyam nyam... hari ni mak masak mee kari utk tetamu, mak memang pandai masak, aku puji bukan sebab dia mak aku tapi dia masak memang sodap! sebab tu mak cik esah, jiran sekampung upah mak masak di kantin sekolah (sekolah aku dulu...dan sekarang dah jadi 'sekolah dulu' buat ana & adik sebab deme tgh tunggu SPM & STPM) ana & adik pun keje kat kantin gak...tapi dema jaga kesyer dan mop lantai je, tapi adik dah berenti sebelum raya aji ni sebab tak larat mop lantai..alasan...sebenarnya hujung februari ni result SPM keluo dia segan kat cikgu-cikgi dia, ana plak relek aje sebab dia memang muka selamba...

Raya aji tetamu tak ramei sangat, jadi mee kari yang banyak tu aku boleh makan lapan kali, tambah berkali-kali lagi dan lagi. ahai....angah asal balik kampung aje gemuk he he he...tengah sedap....

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Petang

seperti yang dijanji aku bawak adik pegi pasar nak amik kucing, tapi sayang pasar dah tutup...aku lupe di kampung pasar bukak sampai tengahari je....oleh kerana pasar tutup aku jenguk dari luar aje, aku carik kucing kat keliling pagar tapi tak de...kesimpulannya kucing tu hanya duk kat pasar taim pagi aje .

mase balik kami singgah kat rumah pah sedara, tapi yang beh itu datang lagi bila diaorang tanya pasal laki aku, pasal apa aku balik sorang....tak beh tak beh....jadi aku tak nak singgah mana-mana rumah sedara aku lagi, bior le deme kata aku sombong asal hati aku tak sakit.....wa...cauuuu...

Saturday, February 14, 2004

al-kisah di kampung

1 Feb. 2004

Telah ku cuba utk senyum setiap kali di cabar dugaan tapi aku masih belum begitu kuat barangkali....w/pun puas ku asah hati ini agar tenang tatkala di uji. Ahhhh....kenapa air mata ini begitu murah, semurah semangatku saat itu. Aku sangka aku dah cukup 'Rock' utk tidak menangis tapi aku cengeng, sentimental balada rupanya... hai... angah, tak cukup teguhkah pasak ketabahanku , bagaimana lagi harus ku buat agar tidak mudah ditebak air mata? bagaimana? bagaimana ha...?

Weiiii....apa sebenor yang aku nak citer kat korang ni ha? huarghh...sebenornyer aku nak kabo bahawasenyer aku ni tak tahan kena S.I.N.D.I.R.....
Hah? kene sindir? laaa....itu je, ingatkan kena hukum gantung ker...laki kena curi ker...
Woit...korang tak tahu betapa samy velu nyer hati ku ini (dei...sentimental value daa...)



Hari tu, sesampai aje kat rumah mak, aku terus aje tepon cik Deen nak bagitau aku dah sampei, tapi tak keluar sore-hanya esak tangis memenuhi corong tepon, Deen cemas tertanya-tanya, aku tak leh cakap, aku letak tepon lepas berjanji akan call dia semula selepas aku cool. Deen kata ok, aku rase Deen paham apa yang aku alami, pas tu aku terus meluru ke bilik air, aku nangis semahu-mahunya w/pun aku tak mahu, puas aku basuh muka ngan air tapi air mata ku lagi banyak lagi laju macam empang pecah. Lama aku kat bilik air tu, musti family aku ingat aku berak batu....ekekekekekk
Sebenarnya aku risau mak aku nampak aku menagis, aku tak mahu dia tahu...tapi mak tetap mak...suram cahaya di wajahku dia dah tahu tentu ada gerhana melanda hidupku...

Keluar dari bilik air , aku buat-buat riuh rendah, gelak-gelak sambil-sambil bersalam ngan adik-adik, sampai giliran mak aku, aku cium tanganya....

Mak: ish...ya Allah...siannya anak mak balik sorang aje....(sambil usap kepala ku)

Huwaa....aku rase nak nangis balik...tapi aku tahan jua, tak beh la nangis depan mak, nanti mak sedih. Cukup le sepanjang jalan menuju ke rumah mak, orang kampung buat aku menangis...sepanjang jalan kau....

a : aiii....balik sorang je...? - sambil melenggang-lenggang, tersengih-sengih...
aku: ha'a sorang je... - aku sengih gak kat dia

b : tak kan sorang je, mana abangnya? - kuatnye sore dia..
aku: berapa ekor tumbang? - aku nampak ramai org tengah melapah lembu kat umah dia, semua yg buat keje tu sengih-sengih sumbing kat aku, ada gak wajah-wajah simpati terhadap ku ( mase ni mata aku dah berair)


pas tu, aku buat-buat cakap kat handpone aku, spy tak de orang tegur aku lagi, padahal kat lorong tu tak de line pun! sampai kat lorong yg agak sunyi aku tak dapat tahan lagi air mata ini..meleleh beb..pas tu...jumpa orang lagi

c : hai nyemedang (selalu) aje balik sorang nya? apa hei nya...
aku: aku sengih je, tak larat nak jawab, rasenya dulu aku penah bagitau kat dia corak keje laki aku, aje buat tak paham le tuh


sampai di rumah aku marah kat adik sebab tak ambik aku kat tepi jalan tadi, aku dah sampai baru terhegeh - hegeh nak stat motor, kurang asam! kalu dia ambik tadi tak yah la aku berhadapan ngan mulut-mulut orang kampung yang busuk tu! eiiiii geramnye akuuuu

------------------------------------------------------------------------------------

Makan Malam

mase ni aku citer kat mak, ana & adik hal dijalanan tadi....muncung-muncung, berkerut-kerut muka aku bercerita, punya emosinya!

mak: ish...dema melawak je tu...(tenang)
adik: tak heran...dema memang rope itu (relek)
ana: aaa... ye ker? bior je le (selamba)

hah? cool nyer ...aku nak berabih air mata, dema cool aje...huwaaaaa aku sorang yang tak cool.....

Thursday, February 05, 2004

i'm back........baru balik kampung malam tadi, tapi aku masih cuti hingga hujung minggu...wargh ha ha ha.....sonot nyer cuti rase tak nak balik tapi kene balik gak coz mak tak kasi aku tinggalkan Cik Deen lama-lama....nanti lah minggu depan aku citer pasai cuti dikampung

Friday, January 30, 2004

Aku pi UC Travel sat tadi beli tiket nak balik kuala..huuulaa...tiket ari ni ngan esok abih dah! rameinya orang kuala duk kat kl nih...aku ingat manyak lagi sebab tu aku beli last minit haaa padan muka aku. raya cina minggu lepas tiket abis gak sebab tu aku tak balik, kali ni abis lagi hei....berapa kali korang nak balik kampung ni, bagi le can kat aku plak.....oleh kerana aku dah janji ngan ana & ija aku kena balik gak kalu idak mengamuk anak-anak daras tu...hai adik-adikku...
Oleh kerana esok tiket dah abih jadinya aku balik pada pagi raye... alahai...cedihnya. yang senyum lebor tentulah cik Deen aku, sebabya kalu aku balik ahad aku hanya ada 3 ari je kat kampung...tak yah tinggai dia lama-lama huuullaaa nyampahnyer kat dia...biorle aku berkepit lama sket ngan mak aku ...tak kasi can langsung...ekekeekekek

Thursday, January 29, 2004

he he he...sari suntuk mengodeh benda nih! letis gua ini macam
Blog Aku.....

ekekekekek.....ini entah yang ke berapa-aku nak gelak pun ada, punya le haru nak buat blog! aku amik keputusan muktamad ini le blog yang aku nak publish kat korang he he he....terima kasih cikgu ZiNo atas segala kefeninan mu menjawab soklan ku...ehekss