Tuesday, December 20, 2016

Laksa Ceroi

Ceroi atau cair tu merujuk kepada Laksa Kuala Kangsar (KK)  yang popular di Tebing Sungai Perak. Angah ok je walaupun kuahnya jernih, tapi sebahagian orang luar seperti Kedah atau Penang macam tak boleh terima....pada mereka kuah laksa mesti pekat, baru ada umh!

Angah bedal je, asal namanya laksa, kuah ceroi ka, pekat ka asalkan ada aroma daun kesum, bunga kantan...tak toleh kiri kanan dah.

Tapi baru-baru ini Angah balik KK, pi lah tolong servis kereta tua abah kat area Talang, sementara menunggu siap, kami lepak di gerai berhampiran...ada menu laksa conform lah Angah order laksa...

sekali datang..taraaaa...uii pekat kuahnya dan ada telor mata kerbau sebijik...sedapnya masyaallah...

So Kedahan, Penang-han..mai la KK, dah ada laksa kuat pekat you...


Wassalam



Wednesday, December 07, 2016

Janganlah Berbuat Kerosakan di Muka Bumi...


"Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. " ( al Qashas : 77)


Bumi kita ni satu je pun, tolong jangan cemarinya.



Sisi buruk sesebuah pantai...ops! pembetulan, bukan pantai yang buruk, tapi perangai sesetengah pengunjung  pantai yang sangat buruk.

Di sebalik keseronokan Angah menikmati keindahan pantai Cherating, tercuit pula rasa sakit hati bila melihat kekotoran ditinggalkan sewenang-wenangnya oleh sel-sel otak manusia yang gagal berfungsi dengan baik.


Sementara Allah beri kita peluang bergembira...

Tapi apa yang manusai buat? 

Tengok lah ni!


Korang seronok je bermanja-manja dengan anak-anak, ketawa-ketawa melihat keletah mereka, lepas tu korang tinggalkan kekotoran mereka di merata-rata...apa punya turrrr




Padahal di hadapan setiap Chalet di sediakan tong sampah. Ko ingat tong sampah tu barang Pameran kah?


OK Bye!





Monday, November 28, 2016

Cherating Kuantan Pahang

Memilih untuk bercuti apakah yang menjadi fokus anda?

Kami ni selalu fail, sebab dua orang suami isteri ni selalu main redah je. Lepas tu mula mengomel itu ini sebab tak best

Tetapi kalau laut yang menjadi pilihan, pada akhirnya ia tidak akan mengecewakan kami. Kerana laut ada aura indah yang  tersendiri.

24-25 November 2016


Che Din dapat off duty untuk 2 hari. Dia offer 'nak pi jalan-jalan tak?..owh..what should i say darling.....jom jom..

Destinasi? Laut sahaja yang terlintas di kepala Angah. Google pantai yang cantik, tak nak yang jauh sangat...penat wehh dua hari je..Teluk Kemang PD dah banyak kali pergi, Teluk Nipah, Pangkor pun dah banyak kali...akhirnya decide nak  merasa pergi ke Pantai Cherating...Kuantan, Pahang.

Jadi untuk pertama kalinya , sampailah kami ke Pantai cherating...

Satu yang patut anda fikir bila hendak ke pantai adalah apakah kaedah percutian yang hendak anda lakukan?

Berehat di hotel? atau menikmati keindahan pantai?

Kalau ingin berehat anda boleh lah menginap di hotel yang mahal dan cantik dengan pool dengan kerusi sandar  yang menghadap laut..gah gitu..kelihatannya

Tetapi bagi orang yang bajet kecik macam kami ni, fokus utama adalah menghabiskan masa meneroka panorama yang indah, maka kami memilih Chalet-Chelat bajet berdidnding kayu tepi pantai  yang di namakan Ranting Beach Resort.



 panas lit-lit kata orang utara...


 untung tunggul ni..masuk blog hihi..

 saat darat, laut dan langit bersatu....indah

 ombak kecil mula menderu tatkala air mula pasang di sore hari..

 cantik Chelet ni, nampak baru. Ini bukan Angah punya Chalet...tumpang landing kerusi dia je...

 Che Din...sila sit-up...perut sudah maju ke hadapan..

 happy..

Selepas bersiar-siar berkenal-kenal dengan pantai, Angah telah berendam sehinggalah mentari menghilangkan diri. Saat matahari terbenam itu, terbit kegaguman yang tidak terperi kerana diberi kesempatan menikmati keindahan ciptaan Ilahi. 

Mentari mula menurun

...tapi tu la, Angah bergambar pakai headphone Oppo... pakar selfie anda...so gambar suasana alam gagal di potraitkan dengan cantik!
:P

Ini Chalet kami menginap..usangkan? hihihi...

Che Din memerhati Angah berendam...ruginya  dia tak nak mandi laut ish ish..


~~@@@~~


Esoknya...dalam jam 7 pagi Angah dah meredah gigi pantai buat kesekian kalinya...

 Mentari muncul lagi...



Dalam jam 9 pagi, air dah mula menyurut...memaparkan pasir-pasir


air yang surut telah mendamparkan kerang-kerangan di pasiran...

punya seronok mengutip, sampai yang masih hidup pun Angah kutip, pulak tu perasannya waktu Angah dah bawak balik ke Chalet, nak cucikan pasir-pasir...sekali.. ada dua tiga ekor yang bergerak-gerak...adeh..kena hantar ke pantai semula...


 Pemandangan dari luar Chalet Angah

Cop Mohor...tanda dah sampai...

Dalam jam 11 pagi Angah dah bersiap-siap utnuk pulang ke KL


 Selamat tinggal langit Cherating

 hihihi...happy nya la budak ini!


 Anak owner Chalet..selpie satu dik!

Di sepanjang jalan besar terdapat banyak gerai keropok lekor, mesti mau!sedap uolls..
kat sini pun sempat...

Oh ya, makanan di restoran sepanjang jalan besar ni sedap-sedap belaka. especially menu-menu ikannya...segar dan manis..berbaloi...walaupun harganya harga KL


gitulah cuti kami. kami bercuti awal, sebab bila cuti sekolah staf-staf lain yang ada anak pulak nak bercuti...

Wassalam


Thursday, November 10, 2016

Sayur di Pasar Malam Pun Mahal

Angah rasa mahal!

Korang macammana?


Secekak Buncis, sebatang Carot, Sejambul Brokoli dan dua biji Tomato = RM15.50
Brokoli tu saja harga dia RM7.20

Amacam?


Batang dia saja dah lebih berat dari bunganya....ayoyoyo...

#pasarmalampantaidalam/rabu

Friday, September 30, 2016

Salam Maal Hijrah ` 1438 `

Assalamualaikum semua...

Hari ini merupakan Jumaat terakhir  dalam tahun 1437 Hijrah. Dengan rendah hati saya ingin mengambil sedetik  di ruang maya ini untuk memohon keampunan dan kemaafan jika ada melakukan kesalahan atau berkasar bahasa di medan blog ini. Semoga ukhuwah kita diberkati Illahi.

Saya doakan semoga kita terus berjaya, bahagia, murah rezeki di tahun 1438H dan  tahun-tahun mendatang.

Wassalam.

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia `59

Haruslah sayang kepada Negaraku Malaysia nan satu ini.
Biarpun ada segelintir yang menabur onak pada Tanah tumpah darah sendiri, biarlah mereka dengan kepelikan yang jelik itu..harap mereka mendapat cahaya untuk berubah.
 
Malaysiaku,
Semoga terus aman.
 
Malaysiaku,
Semoga kekal dalam kemerdekaan.
 
Wassalam.

Monday, August 01, 2016

Motivasi Diri

'Kalau kau rasa diri kau bagus, ingat, ada orang lain yang lebih bagus

Kalau kau rasa diri kau baik, ingat, ada orang lain yang lebih baik'

Kadang-kadang kita meletak diri dan berdiam  di zon yang selesa, sehingga lupa menaiktaraf diri, 

kita perasan kita nyaman dengan apa yang kita miliki, tetapi lupa ada orang lain yang telah jauh mendahului kita dengan pelbagai kemajuan diri.

Seringkali kita merasa tiada orang lain yang dapat membuat sesuatu sebaik kita, jangan silap! cuba buka mata dan bergaul dengan lebih ramai orang, kau akan tahu tahap kedudukan diri sendiri.

Sudah sudahlah menjaja kebolehan diri, sekiranya yang dibuat adalah perkara yang sama sahaja, 

sering seringlah melihat kebolehan orang lain dengan hati dan minda yang terbuka, serapkan di jiwa bahawa,  kebolehcapaian di dunia ini sangat luas, bukan di ruang lingkup yang kau selesa sahaja.

Kau cari pasti kau akan jumpa!

wake-up girl!


adinaduana/1.8.16
#selalusedardiri

Monday, July 18, 2016

Aidilfitri Hari Bersama Keluarga...

Salam Syawal semua. 

Selamat berpuasa Sunat Enam. 

Selamat beraya juga kepada yang masih meraikannya…majlis rumah terbuka di sana-sini…apapun kesihatan kena jaga ye..kontrol makan minum..ini ingatan untuk Angah jugak ni, lepas kembali dari kampung halaman badan macam tak sedap je, rasa nak demam pun ada..

Apa cerita raya kawan-kawan semua?

Angah selalu terlewat cerita pasal hari raya, maklum saja di kampung internetnya tenat sangat..kena tunggu balik KL baru dapat berceloteh di alam maya.

Aidilfitri tahun ni kemeriahnya lain dalam keluarga Angah, ia sudah tentu kerana bertambahnya ahli keluarga. Kehadiran Khayla Aishah dan Aisyah Nur Zahra (dipanggil Kela dan Rara) sangat memeriahkan suasana. Semua adik beradik Angah dan sanak saudara yang berkunjung pun teruja nak melihat cucu baru Mama & Abah.

Angah macam biasa akan pulang ke kampung pada pagi raya berseorangan, tahun ini sekali lagi menaikai ETS.


Che Din hantar ke KL Sentral


Tepat 2 jam 45 minit, sampailah Angah ke Kuala Kangsar tercinta...

Rara ambil Makngah di Setesn Keretapi KK

Selamat Hari Raya Rara...amboi sedap manyandor dalam car seat dia..


Elok Angah sampai ke rumah, semua bersiap-siap nak beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.



Ziarah pusara atok ,opah dan pak sedara belah  Abah..


Langsung ke rumah adik-beradik Abah, berjumpa sepupu sepapat..


Angah dan anak-anak Lope, abang sulung Angah




Balik semula ke rumah dah lewat petang, kami melepak saje melayan si Rara..





***********



Hari kedua Kela balik …

Rara pulak nak balik rumah maktok sebelah abah dia di Sungai Petani…

Dah puas gomol Rara, Gomol Kela pulak..

Bye Bye Rara, jumpa semula raya ke 4 nanti..


Hi..saya Kela...


Gambar wajib setiap tahun, mama dan 3 anak perempuannya..


************


Pagi raya ke 4 baru Che Din dapat cuti, maka bergerak ke  Selama pulak…tapi dah lewat macam ni dah tak ada Susana raya dah di Kampung Che Din. 

Jadinya kami ambil keputusan bawak mak Che Din bercuti…kami pergi bermalam di Pulau Pangkor…

 dalam teksi pink
Bestnya mandi manda di Coral, Teluk Nipah...airnya putih cantik bersih..


Begitulah cerita raya Angah tahun ni...








Seronok layan anak buah...


Wassalam