Inikah janji?
kala berpimpinan tangan
kau dengarkan bisikan
kita tak akan berpisah
walau diduga ribut dan gelora.
Janjikah itu?
kala gusarku bertandang
kau yakinkan
bahawa kau akan sentiasa di sisi
walau bahtera kasih dilanda badai.
Berjanjikah dikau?
kala diijabkabulkan
kau lafazkan kata setia
bahawa aku amanah dari Nya
bersaksikan yang Maha Esa.
mengukir janji../23/1/07