Wednesday, December 31, 2014

Terima Kasih 2014


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa kabor? Harap sihat-sihat semuanya ye…

Dah akhir tahun dah hari ni kan…well well well ..masa sangat pantas berlalu, sangat cepat beredar sangat laju mengalih waktu…

2014 bakal menjadi kenangan, mana yang baik diteruskan mana yang buruk eloklah ditinggalkan.

Esok tahun baru, tahun baru yang akan mengubah umur, umur Angah, umur anda, umur kita semua.  2015 bermakna Angah akan menjengah usia 4 series…holaaaaa dah tua nya Angah…:D

Ikut hati, sebagai orang yang belum punya zuriat sendiri, peningkatan umur merupakan detik yang agak menakutkan. Takut mengenangkan -  jika harapan tinggal harapan…

Tapi tak mengapa lah…redha bahawa bahagian hidup manusia ini plotnya berbeza-beza. Semoga kebahagian menjadi milik setiap insan ynag sentiasa bertaqwa kepadaNya.

Melalui ujian yang pelbagai, menemukan Angah kepada kesimpulan bahawa, keadilan dalam hidup bukanlah mengikut apa yang kita mahu kerana kita ada pencipta. Sang pencipta yang menentukan baik dan buruk untuk kita dan pasti setiap kejadian yang menimpa akan ada hikmah di sebaliknya. Cuma kadangkala hati kita yang tidak terdidik untuk menerima ujian dengan penuh hikmah.

Mohon Allah mengampuni  dan memelihara kita semua.

~*~

Selamat Tahun Baru buat semua, kawan-kawan dan pembaca yang sudi berziarah di Angah’s Corner. 

Semoga perkenalan dan silaturahim yang tercipta d maya ini berterusan hingga ke akhir usia. Mohon maaf seandainaya ada yang terluka hati, maaf juga andai ada komen-komen yang tidak berbalas, bukan apa Angah ni bukan setiap masa melayari blog sendiri…tu yang kadang-kadang dah lama baru dapat mengemaskini segala komen-komen anda…Maaf ye..

Didoakan agar anda semua Berjaya dalam setiap yang dilakukan dan sentiasa berada dalam redha Illahi.



Wassalam.


~ selamat tinggal 30-an...~


Friday, December 05, 2014

Mencari Seronok

Assalamualaikum kawan-kawan.

Anda suka laut?


Angah sangat suka laut. Tasik pun suka juga eh..semua yang ada air-air angah suka lah!

Baru-baru ni sempat menginap semalaman di Corus Paradise Lagoon di Port Dickson, saja je bercuti-cuti laki bini…




Harga hotel ni tak mahal sangat, untuk musim cuti sekolah ni harganya 288.00 + sarapan untuk 2 orang untuk bilik Deluxe . Kalau hari biasa harganya lagi murah sikit rasanya...

Hasrat melihat sunset adalh tidak berjaya, kerana hujan yang begitu lebat sejak tengahari hingga ke maghrib...uhuk..

Tak pe lah!

Mari tengok budak yang happy dapat tengok laut



 Uiii pagi-pagi panas weh cuaca,,







Pemandangan dari tingkap bilik



Ok jumpa lagi...Wassalam