16 Mac 2020, Malam itu setahun yang lalu, seluruh rakyat Malaysia berkenalan dengan PKP. Malam itu juga Balai Polis seluruh negara diserbu rakyat jelata yang ingin pulang ke kampung sebelum jam 12 tengah malam 18 Mac 2020, untuk elak terkurung di lokasi bermastautin.
Aku nyaris-nyaris beratur sama di Balai Polis kerana sememangnya sudah sebulan membeli tiket ETS pergi-balik KL-Kuala Kangsar bertarikh 18 - 20 Mac 2020. Tapi memikirkan takut tersadai dikampung, kerana tak dibenarkan balik KL pada 20 Mac 2020 itu, maka burn sahaja tiket itu, kerana aku akan balik seorang diri...tak sampai hati meninggalkan suami dan kucing-kucing di KL jika aku tersadai di kampung. Tapi waktu itu aku rasa mahu menangis, lantaran rindu pada mak abah yang telah 3 bulan tidak aku ziarahi.ketika itu.
17 Mac 2020, hari terakhir dibenarkan bekerja. Aku yang baharu beberapa bulan bertukar ke Unit Ijazah Tinggi, tersangat risau kerana belum mahir menguruskan kerja. Pengurusan Fakulti sudah berpesan supaya sentiasa elert dengan emel-emel dari para pelajar yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah dalam hal pengajaran dan pembelajaran. Aku risau tidak dapat menjawab persoalan mereka dengan info yang tepat. STRESS aku.
Rakan-rakan dari unit lain nampaknya lebih teruja bercerita hal-hal ikan, sayur stok makanan untuk tempoh PKP....untungla korang tak payah fikir hal kerja. (eh...dengki pulak aku)
18 Mac 2020 - bangun pagi rasa janggal, sebab lepas subuh tak perlu bersiap ke pejabat di hari Rabu!. Menjelang tengahari talian wassup mula bizi, apatah lagi emel, dengan pertanyaan pelajarnya, dengan pensyarahnya, dengan pentadbir Fakultinya....haisshhh teruk sungguh perkenalan aku dengan hal yang bernama WFH/BDR.
....ok..selamat malam teman maya sekalian, insyaallah bersambung jika diizin Illahi.