Friday, March 06, 2015

Berkongsi Rezeki

Janganlah anggap kami banyak duit. Kami tak banyak duit pun, tapi tq lah sebab korang cakap macam tu harap jadi doa…semoga kami batui-betui banyak duit nanti hihii..

Selalu bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan, angah mesti akan ‘terkena’, Che Din pun gitu,  contohnya:

‘ko duit gaji buat apa ek?’

‘kamu tak apa le, duit tak berusik’

‘nko boleh lah shoping tempat mahal, duit tak ke mana…’

Aduh….mana ada duit banyak kalo setakat kerja kerani cabuk kat UM ni, Che Din pulak setakat kerja kat shoping mall tu…

Akhirnya yang di related kan sebagai banyak duit tu sebab, kami tak payah beli susu anak, pampers anak, bayar pengasuh anak, belanja sekolah anak….adoi!

Tolonglah buka mata hati tu…pernah dengar tak “dalam harta kita ada hak orang lain”
Memang kami tak ada anak, tapi tuhan merencana rezeki kita akan tetap ada lorong untuk disalurkan. Tetap ada hak orang lain untuk ditunaikan.

Untunglah korang boleh infaqkan duit gaji korang untuk anak-anak, Allah akan beri pahala. Untuk orang macam kami yang tak de anak ni… ada la lorong lain untuk disalurkan , maka dijadikan orang-orang di keliling kami ni orang-orang yang berkeperluan tetapi tidak mampu…maka di sinilah hak orang akan temasuk dalam rezeki yang kami ada.

Orang lain pun macam tu jugak…dalam harta dia, ada hak orang lain. Allah atur pusingan hidup manusia ni dengan sangat adil.

Kalau orang takde anak, mungkin dia ada adik-adik yang masih bersekolah untuk ditanggung;

Kalau orang takde anak, adik pun takde, tapi dia mungkin ada anak-anak buah yang ramai yang hidup susah dikampung, perlu juga ditolong;

Anak takde, adik takde, anak buah pun takde, mungkin ada sepupu sepapat dia yang hidup susah yang patut ditolong…..macam tu la putarannya…

Rezeki masing-masing, bahagian masing-masing. Yang penting bersyukur dengan apa yang Allah beri dan berbahagialah menikmati kehidupan sendiri….

OK Bai


Wassalam


senyum selalu ya!