Saturday, April 30, 2011

Abah

Ya Allah ringankan lah kesakitan abah angah...

***********
Dalam usia 64 tahun abah angah tak pernah sakit teruk. Abah sangat sihat, cergas dan sangat kuat bekerja. Ye lah, abah hanya bekerja kampung, mak pula suri rumah, kalau tak berhempas pulas mencari rezeki manakan bisa membesar dan mendidik kami 5 beradik ni...

Alhamdulillah angah bersyukur.

Sehingga la lately ni emosi kami sekeluarga sangat terganggu, kami tak punya pengalaman, segalanya macam kelam kabut sikit...seingat angah, ini la kali pertama abah keluar masuk hospital..

Sebelum ini angah selalu dengar cerita kawan-kawan opis, tentang sakit-sakit tua yang bapa mereka atau suami mereka alami. Sekarang angah pula berhadapan perkara itu...

Bermula 2 minggu lalu, abah tak boleh buang air secara normal. Hampir 2 hari tak boleh kencing, sakit tak tentu rasa seluruh badan..akhirnya ke hospital dan dimasukkan tiub getah. Rupa-rupanya sakit perut berangin yang selalu abah kena sebelum ni akibat batu karang.

Pagi semalam tiub getah tu di cabut dan dibri makan ubat,  tapi sampai ke malam abah masih tak boleh boleh buang air. Sebab tak tahan sakit,  malam tu jugak pergi hospital semula. Abah harap abah boleh dibedah cepat, sebab memasukkan tiub tu semula menyebabkan darah banyak keluar dan abah mengerang sakit. Sedih bila tengok abah sakit. Well.... hospital kerajaan, nak bedah pun tunggu turn, paling awal pun bulan Julai nanti baru bole set date untuk bedah.

Abah minta ke hospital swasta kerana dah tak tahan sakit...harus dibuang cepat batu-batu yang memblock saluran kencingnya...Insyaalah kami adik-beradik akan usahakan. Semoga Allah memudahkan urusan kami dan menyembuhkan penyakit abah...

Abah & Mama yang comel...Semoga diberi kesihatan yang baik...

Wednesday, April 27, 2011

makan dan Awet Muda...Sape Mau..?

Semenjak dua menjak ni selalu rasa diri ini makin 'kertu' muahahaha....tak pe lah semua orang pun akan tua.
Tua tak apa, yang penting mantain untuk nampak muda! amacam?

salah satu cara nak awet muda adalah melalaui makanan, bes wo..dah la dapat makan, dapat muda plak tu..
meh kita tengok apakah makanan itu...bukan sebarang makan ye acik-acik sekalian, kena pilih yang baik-baik aje..

here we go...


Minyak Zaitun

Kandungan lemak monounsaturated yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai punca mengapa ia dikatakan makanan paling sihat, boleh menghindarkan kanser dan serangan jantung Minyak zaitun boleh mengelakkan kanser payu dara dan mengekalkan keremajaan (bagi wanita) dan kajian telah dijalankan oleh Dr Ditnios dari Universiti Harvad bahawa dengan pengambilan minyak zaitun yg banyak boleh menurunkan kanser payu dara sebanyak 50 peratus. Kandungan Vitamin dan polyphenols (antioksidan) utk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.

Yogurt

Dengan mengamalkan yogurt setiap hari boleh mencegah penuaan. Kandungan asid lactic di dalam yogurt yang berfungsi untuk menentan serang radikal bebas punca penuaan. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi dalam yogurt ni memelihara system reproduktif wanita, kecergasan otak dan membantu badan melawan penyakit.
Ikan

Kandungan kolesterolnya yang rendah mempunyai nilai protein, asid lemak dan Omega 3 membantu menghalang kolestrol menyumbat arteri dan melindungi jantung. Omega 3 boleh mengekalkan keremajaan kulit, menegang dan melicinkan kulit.

Coklat

Kandungan coklat yang mengandungi katekin iaitu sejenis antioksidan yang sangat kuat untuk menentang radikal bebas. Fungsinya adalah untuk mengelakkan proses penuaan berlaku dengan cepat kerana pencemaran dan radikal bebas. Kandungan katekin dalam coklat menjadikan kulit bersih, bercahaya halus dan awet muda.

Kacang

Ada satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang mengamalkan diet sayur-sayuran mendapati, sesiapa yang makan kacang dalam kuantiti yang banyak setiap hari boleh memanjangkan usia dan tahun berbanding yang tidak makan. Kandungannya yang kaya Vitamin E berfungsi mengekalkan kulit yang cantik, licin dan tegang secara langsung ia juga boleh mengelakkkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Selain itu kacang juga kaya dengan lemak tidak tepu sama seperti minyak zaitun, mineral dan phytocehmicals termasuk antioksidan.

Blueberry

Blueberry mengandungi potassium dan silika yang boleh membantu pankreas menjalankan tugasnya dengan baik dan menjaga tulang dan mengelakkan diabetes.. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Tufts University, Amerika Syarikat mendapati blueberry boleh memanjangkan umur, memulihkan kecergasan dan proses penuaan lambat berjalan. Ada beberapa bahan di dalam buah itu boleh melegakan radang dan memulhkan semula kerosakan sel yang berkait rapat kesan penuaan seperti kurang ingatan dan kecekapan pergerakan anggota badan.

sumber: Majalah isihat keluaran Ogos 2008

di cilok dari blog ini: http://www.resepirahsiaku.com/

Thursday, April 21, 2011

Erm..Bila Nak Habis Ntah!

Takkan abis-abis kot... selagi aku tak mengandung, selagi aku tak veranak!

tensi btoi la aku dibuatnye..
aku tensi sebab aku rasa marah
marah pada diri sendiri
kerana tak pandai menjawab!
Jawab?
apa lagi la yang boleh aku jawab?

selalunya aku bagi jawapan 'pelarian' - contohnya - insya-allah, sikit hari lagi adalah.., esok-esok ada la tu.. TAPI ada orang tak paham-paham KAN? letis mak!

'eh, korang yang suka-suki tanya-tanya tu atau saja nak wat joke tu, next time boleh tak bagi pilihan jawapan? A,B,C atau D supaya senang aku pilih, atau aku 'like' yang mana berkenan'

Malanglah sape yang buat joke dengan masalah aku ni, sebab aku tak lupa nak doa supaya benda ni akan berbalik pada ahlil keluarga kamu!

Wednesday, April 20, 2011

Lanjutan Isu Lemak Babi dalan Nugget Ayamas

Semalam terbaca dalam FB kawan pasei nugget ayamas ada campuran lemak Bab*. Ada yang meminta penjelasan lanjut kerana was-was betula atau tidak dakwaan dalam FB tersebut.

Selamat membaca. Semoga mendapat ilmu.


Assalamu’alaikum wbt semua sahabat, semoga dalam rahmat dan lindungan Allah jua hendaknya.. artikel yang akan kita semua baca sebentar lagi adalah bertitik tolak dari keluh kesah kita tentang halal atau tidaknya makanan kita selama ini. maklumat ini adalah dari pihak UKM. saya pernah berkhusus diMardi bbrp tahun lalu tentang pemperosesan makanan dll. Isu ini banyak kali dipersoalkan. sehingga kini ia masih lagi menjadi tanda tanya kebanyakkan dari kita.



Adalah satu usaha murni jika kita dapat membongkar kebenaran, pun begitu, hal yang demikian ini adalah sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak.



Artikel yang akan anda baca juga hendaklah dibaca dengan berhati hati. terdapat bbrap istilah sains (mudah) yang mungkin agak mengelirukan. sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi terus penulis yang telah ummi sertakan alamatnya dibawah..
terima kasih

Jawapan dari UKM :

Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Pesanan Penganjur >>> Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). Di Malaysia, kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..


School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
mamot@ukm.my

Thursday, April 14, 2011

Nasik Dan Air Manis

Yang mana tak boleh, yang mana boleh?
yang mana  kena kurangkan, yang mana kena lebihkan?

Aye kuat makan nasik, tapi kadar gula rendah! uhh! sungguh aye tak berapa faham hal-hal berkaiatan kesihatan ni!


Assalamualaikum kawan-kawan, ari ni aye MC
aye tak pegi keje
aye tak boleh bukak mata
bila bukak mata,dunia berpusing
nyeri ulu hati
muntah-muntah air
huhuhu...
nugei weh!

Mula la syak ada darah tinggi,
tapi bila jumpa doktor, katanya kadar gula rendah dan perut sangat banyak angin!

'jangan  makan banyak, bagi perut rehat sikit'
aduiii malu nye aye, kena kata banyak makan huhuhu

'jangan makan makanan keras seperti nasi dan banyakkan minum air panas manis seperti teh 'o'

hohoho...kena berpisah dengan nasik lah pulak...aduhai perut melayu ku ini...pasti dia memberontak!

What to do?
kenalah dengor nasihat doktor kan...

Rutin sarapan yang biasa..yang jarang mis hari-hari:-
nasik lemak/nasik goreng + air suam

mulai esok kena tukar:-
roti/oat/buah + air teh/milo panas

Semoga kepala tidak pusing lagi...

Tuesday, April 12, 2011

MaRaH

Kenapa bila marah lain

dan bila tak marah lain?
keputusan yang diambil maksud aye…kenapa ek?

Sepatutnye semalam dan hari ini aye cuti!
cut rehat..atau tak rehat! Tak apa asalkan cuti!
tapi aye tak jadi cuti pun…

Alkisah jumaat lepas
hati bara bagai berlarva
cuit sikit, pasti terhambur segala kelodak panas

Kerana geram, aye pon apply untuk cuti
immediately!
dengan niat supayaada org akan susah bila aye tak ade
kasi ajar sikit…
sebab ada org, lepas tangan, tak ambil peduli,
tak nak buat kerja selain yg dalam list kerja dia
bla bla bla…

Fuh! ‘the devil’la pulak aye kan…
lantak la! Sape suruh buat aye marah?
padan muka!

Padan muka aye sendiri juga….

bila balik ke rumah, hati pun dah sejuk,
menyesal pulak ada niat nak menyusahkan orang

Mula la rasa bersalah
Mula la rasa macam jahat sangat aye ni
Mula la rasa malu pada diri sendiri
Mula la rasa tak tentu rasa…

Akhirnya aye mengcanselkan cuti aye
dan bekerja seperti biasa


Gitu la aye…mood swang-swing selalu….




Thursday, April 07, 2011

~Tak Terkata~



[photo - credit to yahoo]


Memilih untuk berdiam
daripada tersalah
apabila berkata-kata

Memilih untuk berdiam
daripada berlawan
dengan kata-kata

Diam itu satu tanda
biar orang tertanya-tanya
antara bijak atau dangkal
apabila berkata-kata...


Diam/adinaduana/07April2011

Wednesday, April 06, 2011

Asal ujan je jem, asal ujan je jem....

Wahhh... 'Usop Wilca' dah jadi fenomena...mengalahkan Bintang Paling Popular wa cakap lu...
Semalam dalam FUHH...! live di tv3, Pak Usop kita ni jadi tetamu si Awal Ashari. Patut-patut jemputlah si Shahizei Sam ye tak?  hahaha...glemer Pak Usop! caya lah!

Rupa-rupanya Usop Wilca a.k.a Shy8 a.k.a Syed Mohd Asri Jamalulail ni bersaudara sepupu sepipit dengan Scha Al-Yahya...awek si Awal. Patut lah semalam mula-mula Awal panggil dia Abg Usop, lepeih itu teruih jadi Uncle Usop...Pak Usop perli Awal  "aiii tetibe je dia manggei awok uncle..." kikikiki...


Ups! lari tajuk! mintak maap ye...

Nak cerita ni pasei semalam, hujan membasahi bumi.
Bior le hujan pun, tak marah aihhh...hujan kan sebahagian rahmat Allah...
TAPI
Ape pasei jem bila ujan?

UM sejak Februari lalu menjalankan sistem 'kehadiran anjal'. Maknanya staf diberi pilihan waktu tertentu untuk hadir dan pulang pejabat. So sistem ni dpt mengatasi masalah jem di waktu pagi dan petang di dalam kampus. Secara tak langsung ia juga dpt mengatasi masalah staf terlewat hadir satu dua minit atau  lewat sebab berebut PC nak login.
Bagus sangatkan...

Aye yang memilih masuk 8.45am dan pulang 5.45pm tersangatttt lah beshnya hidup ku ini, sebab waktu-waktu tersebut sangat lengang, tak jem, tak sakit ati dah boleh tersenyum semanis air batu campur pada setiap hari

Tapi
semalam...uhukss.. segala kakiku, badanku, kepalaku sakittttt....
perjalanan dari UM ni ke Kerinchi paling koman pun amik  6 ke 10 menet je naik bas
Tapi
semalam sampai dekat-dekat  2 jam baru sampai rumah....merana nyahhh melekat dan tersangkut!

"tu la, org keliling dah bilang, amik lesen memandu, ngko yang degei...suka sangat berdating ngan driver bas tu kan...amik ko angah"
huhuhuhu dialog di atas  ini sama ngan dialog Che Din..uhuk uhuk...memang padan muka aye..

Monday, April 04, 2011

ABPBH 2010: Tahniah Mamat Khalid!

Mamat Khalid menang apa? Oh bukan mamat yang menang apa-apa, tapi watak ciptaannya si ‘Usop Kak Limah’ menghantui Arena of Stars semalam!

‘sape setuju angah katakan kehadiran usop dipentas ABPBH semalam merupakan kemuncak yang terbaik di sepanjang penganjuran ABPBH setakat ini?, angkat tangan macam Usop….” :D






Angah tak tengok penuh acara ni, sebab duk kalih-kalih tv lain. Tapi yang sempat angah tengok…angah ingin katakan …


"Say yes!" to:-

1) Persembahan Anuar Zain (hahaha..Kanchana Dewi…over you, tgk Anuar)

2) Kemenangan YUNA. Yes! Setelah berbelas tahun Siti menang akhirnya YUNA penyanyi pertama yang   Berjaya menduduki kerusi panas ini

3) Anita Sarawak sebagai penyampai anugerah. Sungguh dia tak terikat dengan skrip, Nampak real….


“Say No!" to:-

1) Kak Engku menggunakan perkataan ‘aku lempang’ ketika bergurau dengan Shahirah

2) Rita Rudaini mengatakan ‘padan muka” kepada….suaminya kot, sebab jadik bibik…



Sesungguhnya Usop Kak Limah lah yang menjadi penyelamat ABPBH 2010…

Setuju tak…?