Monday, September 23, 2013

Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

Assalamualaikum kawan-kawan, selamat hari isnin, semoga ceria-ceria selalu....ni saja nak kongsi kegembiraan hati angah dengan kawan-kawan semua...

Kisah Khamis 19 September 2013

Tenghari Rabu, dapat sekeping surat dengan pos laju, eh apa ke benda pulak ni? Kat luar tertera alamat kemeterian Penerangan ,Komunikasi dan Multimedia (KKMM), apa kes? laju-laju bukak, rupanya Pak menteri menghantar kad jemputan.

Wei…sonoknye..tetapi kenapa pulak diri ini dijemput? Laju-laju call penganjur sebab tarikh utk merespon kad jawapan  kehadiran dah terlepas, dia kata, kalo dijemput tu mesti ada something…datang je la..

Teruja nyahhh …kalo saje-saje nak pergi putrajaya tu maka tidaklah kan…laju-laju call Che Din, sebab nak Tanya dia esok kerja shif apa, memang dah rezeki, Che Din kerja shif petang, majlis tu pulak pagi…hoyeyyyy


Maka pagi Khamis nan indah itu angah berada di sini….


Masa di meja pendaftaran, kompom la…rupanya puisi angah antara yang terpilih untuk diantologikan dalam buku ini…

Punya la lama angah hantar puisi ni, sekitar tahun 2007, baru kini ia Berjaya dibukukan, dengan kerjasama Karyawan Perak dan KKMM, angah sampai dah lupa langsung pada puisi sendiri, akhirnya…




Kumpulan Koir Pentarama menyanyikan negaraku pada pembukaan majlis

 Salah satu puisi dideklamasikan....


Pak Menteri


Cak! Haha..gigih menyelit sebab nak bergambor ngan Pak Menteri…berhempas pulas Che Din nak dapatkan shot terbaik, maklumla dia rendah asik kena bloking ngan orang je…


Sebahagian daripada Ahli Karyawan Perak





Terima kasih Che Din kerana memahami keterujaan angah…hihihi….



ini link tentang pelancaran buku ini..

http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6987%3A2013-09-19-07-24-17&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

http://karyawanpk.blogspot.com/2013/09/buku-suara-kita-yang-unik-akan.html

Wednesday, September 18, 2013

Sunday, September 15, 2013

Merakam Patriotisme

Banyak cara untuk  tunjuk yang kita ni cintakan negara kan?

Ha…salah satu nya adalah dengan menyokong apa saja kegiatan yang membawa nama Negara MALAYSIA

Seperti malam tadi, panas tapak tangan kerana bertepuk sorak merikan kemenangan pasukan Harimau Muda mengenggam trofi Piala Merdeka Edisi ke 41 selain trofi penjaring terbanyak (Rozaimi) dan trofi pemain paling bernilai (Wan Zack)….tahniah yuollss….semoga sentiasa cemerlang dalam mengharumkan nama Negara pada masa hadapan





Untuk kawan-kawan, Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-50
Sayang Malaysia, Cintai Malaysia....




Sunday, September 08, 2013

Edisi merungut...

Lagi??

Merungut je koje nye ek?

Ni memang patut merungut pun,  geram la pergi kedai tukang jahit kat sekitar perumahan angah ni, pergi jam 12 tenghari, kebanyakan kedai masih tutup. What??? Peniaga tutup kedai di hari minggu? Bukan hari minggu ke bisnes masyuk? Alahai..cari punya cari jumpa la satu kedai yang bukak, ada seseorang sedang menjahit di dalam nya…legaa…

Angah: Assalamualaikum, nak tempah baju, terima lagi ker?
Penjahit: nak pakai bila?
Angah: ni yg banyak-banyak ni untuk raya haji ker?
Penjahit: a’ah..
Angah: saya pun cadang nak pakai untuk raya haji juga, terima lagi ker?
Penjahit: bole terima lagi….tapi  BOLEH DATANG BESOK TAK?
Angah: naper pulok?
Penjahit: tokeh tak ada…
Angah: tokeh pergi mana, pukui berapa dia ada..
Penjahit: tak pasti la, kadang-kadang hari minggu dia tak datang, hari biasa kompom datang
Angah: awak tak boleh terima tempahan ker
Pejahit: tokeh je yang amik tempahan, saya jahit jer
Angah: ?????( macam tak percaya)


Sentap mak di hari mingu ni…


·         Kak Azz, kalo kita berjiran kan best…..boleh angah tempah baju ngan Kak Azz je…kan kan kan…:D

Tuesday, September 03, 2013

Kalo tak suka pun tak yah la cakap

Heran gak kadang-kadang ngan sesetengah manusia ni, suka benor nyusahkan keadaan. Benda kecik pun nak kecoh, bangsa mulut tak reti diam

Contoh ek:

Angah suka warna pink, baju pink, spenda pink, bra pink, tetibe masa shoping-shoping barang pink ni ada orang sound, ‘eh please lah pink, boring noks,  macam tak de warna lain, gegirlll sangat…’  sambil buat muka geli geleman.  Ekeleh..bior le aku nak beli spenda pink pun, ada aku mintak duit ngko? Tampor kang?...contoh lah contoh…

Kisah sebenor:

Angah jenjalan ke blog-blog melalui link kengkawan, terjumpalah satu blog ni, gaya penulisan dia best jugak, ada lah cadang nak follow dia, tapi tak jadi sebab dia telah menulis sesuatu statement yang tak berapa best: 

Lebih kurang ginilah statement nya:

tak sabar nak packing barang, tak sabar nak balik.. boring lah kat Ipoh ni, tak ada apa yang menarikpun kat Ipoh, sekurang-kurangnya kat Muor ada jugak kucing…’  Laillahailallah…ko nak kucing je? Eh eh…pi lah belambak pet house yang ada juai kucing, tak pon nak yang pree pi je kat restoran yang berderet-deret ka Ipoh tu, belambak kucing, kalo ko rajin pi je jumpa mama angah kat kuala kangsor tu, mintak je si Capik kesayangan mama angah tu, mungkin dia bagi pinjam kat ngko…aduhai…ko kata tak de apa kat Ipoh ish ish ish…kecik ati orang Ipoh tau….heheh….

Moralnye, pada sesiapun termasuk angah sendiri, kita patut terapkan falsafah ‘di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung…’ angah pun tak suka duk kolumpo ni, tapi idak le nak ngutuk plak, dah di situ rezekinye...redho aje le...


Ni ha si Capik nak interprem...




Sekian,    angah merapu di malam yang dingin di simbahi hujan yang berpanjangan….