Assalamualaikum semua. Dah seminggu tak bersiaran, maklumlah sibuk beraya. Apa kabor? Seronok beraya? Angah doakan semua menyambut aidilfitri yang baru berlalu dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
Ada rasa sakit-sakit badan? rasa berat badan atau dah kembali 'buncit' ?...hahaha..itu lah yang angah alami. Badan sengal-sengal sebab banyak makan pulut lemang, badan rasa berat sebab makan sakneka benda yang bersantan berminyak bagai...perut pun dan dan membukit sebab asik makan je...aduhai..
Tahniah untuk kawan-kawan yang awal-awal lagi dan memulakan puasa sunat syawal. Angah masa di kampung seminggu tu tak sempat puasa pun, mana tak nya, asik berjalan je, Mama pulak kat umah asik masak aje, tak tahan weh...
Sebagai gula-gula mata, ni ada sekeping gambar angah semasa raya hari tu...bersama-sama anak buah, ipar-ipar dan adik-adik perempuan angah...
Dari Kiri, Dik Aliya, Kak Yong, Che Na, Kak Ira, Dik Tina, Angah, Kak Yang Ana dan Adik/Che Eja |
Sekian, jumpa lagi untuk cerita raya Angah...