Saturday, April 25, 2015

Empati

Susah menelah sisi sebenar perilaku manusia, nampak lembut tapi kasar, nampak macam ganster tapi alahai baiknya lah...

Ya,  Faham akan kejadian manusia yang tidak serupa, namun kita kadangkala diikat dalam satu ikatan yang dipanggil simpati dan empati yang dapat menyatukan emosi antara dua insan

(I)

September 2014

Di Klinik Gyne.

Air mata bergenang.

Dia seorang Doktor perempuan, muda, melayu, islam, bertudung. Nampak manis sekali. Setelah bersuara, baru tahu dia seorang yang sangat sinis dan sangat menghiris.

Lebih kurang begini:-

‘so, you dah buat keputusan?

‘belum? Kenapa ye, dah besar sangat ni, lebih dari buah kelapa’

‘you bleeding banyak, dah berapa kali buat transfusi darah?’

‘you nak tunggu apa lagi? Dengan umur you yang begini kebarangkalian untuk mengandungpun dah tak ada!’

‘kita akan remove rahim you sekali, kalau you setuju, kita jalankan operation 2 minggu dari sekarang, kita tak nak you membazir darah hospital, ada yang orang lain lebih memerlukan’.

Dia bercakap tanpa memberi perhatian kepada aku, macam bercakap dengan skrin monitor dia saje.

Aku terlopong, air mata macam nak gugur sangat, rasa tak percaya dengan apa yang aku dengar! Aku harap aku takkan berjumpa dengan doktor ini lagi!


(II)


April 2015

lama jugak nak buat keputusan, tapi dek kerana rasa bersalah menghabiskan darah hospital, ditambah rasa sakit yang makin melampau, aku redha aje le, buangpun buanglah!

Di klinik Gyne.

Air mata bergenang.

Dia seorang Doktor lelaki, muda, berbangsa india, wajah biasa-biasa saja, tapi nymannya hati bila dia bersuara

'puan sudah maklum ya, operation ini mungkin mengakibatkan rahim puan dibuang'

'kita faham ini perkara berat dan sukar untuk puan'

'suami kata apa?, ada ambil anak angkat?'

'ok kita beri masa lagi untuk puan bincang dengan suami, dalam pada tu kita akan setkan puan untuk buat CT scan'

'berdasarkan keputusan CT scan itu, baru kita akan dapat buat keputusan tepat tentang cara bagaimana pembedahan itu akan dijalankan.'

'are you ok puan?'

kali ni air mata memang gugur, bukan sedih tapi rasa touching. 

Itu lah EMPATI, seseorang  yang berupaya meletakkan diri dalam alur emosi orang lain...

Wassalam



Tuesday, April 21, 2015

oh TM apakah?

Beberapa bulan kebelakangan ini rajin betul orng Telekom Malaysia call angah, call sebab nak suruh ambik produk internet baru mereka. Dan seringkali itu juga angah katakan Tak Nak!

Angah selesa dengan streamyx yang sedia ada ni. Dengan Steamyx pada kelajuan paling rendah, cukuplah bagi angah untuk membaca, meng-emel dan membloging. Kadangkala kalo lewat malam nak menonton movie online pun sudah cukup laju. Ok la kan? bukan angah ni gila internet sangat pon...

Dua minggu lepas orang TM call lagi, tapi bukan promote produk sebaliknya mahu meng upgred streamyx angah. Kata nya angah guna yang paling rendah 384mb dengan kadar RM60 sebulan, pihak TM nak bagi percuma pengupgredan ke tahap kelajuan sederhana, 500++mb, tapi bil masih RM60. dua kali mereka telepon baru angah setuju, bukan apa angah takut mereka menipu. Oleh kerana kata mereka semua pelanggan dah diberi percuma pengupgredan semacam ini maka angah setuju, dan  sabtu lepas datanglah staf TM untuk mengupgred steamiyx angah.

Percuma sape tak nak ye dak? Bil masih sama dan kadar kelajuan internet lebih mantop...rasa meletop gitu.

Angah pun siap-siap letak kat ruang tamu segala modem streamyx, wayar internet yang berkaitan supaya senang staf tu buat kerja.  Bila staf tu sampai angah pun berilah dia modem angah tu, tapi dia kata 'tak apa, ada bahagian lain yang dia kena buat dulu...' ok la. Disebabkan angah sorang je kat rumah, angah pun lari duduk dalam biliklah. Selang setengah jam staf TM tu panggil, katanya dia nak ajor cara pasang. Aikkk...beria pulok nak mengajornya.

'Yang ni baru, ada lain sikit cara pasangnya, sebab dia ada connection dengan tv' katanya. oh ok...lepas dah ajor tu dia suruh sign borang, Masa dah sign baru angah perasan nama internet angah sekarang bukan steamiyx tapi UNIFI.

Apa ni? bila masa angah apply UNIFI? Bil UNIFY seganda lebih dari bil Steamyx...dah lah harga barang semua naik...ingat nak jimat-jimat mana yang boleh...tapi...!

Kerana tak happy, on the dot angah menelipon TM, dan persoalkan kenapa mereka berbuat begini (cakap lain buat lain) oh...yang sambut telepon tu pun kata, oh kami kena chek dulu, sebab yang telefon puan tu cumalah ejen-ejen kami, kami kena siasatlah dulu...bla..bla..ok dalam masa 14 hari. kalo  puan tak nak unifi ni puan bole dapat balik streamyx puan, tapi kami kena deal dengan bahagian steamyx dulu, kami akan call puan semula dalam waktu terdekat....

dan pagi ni baru  mereka menelon setelah lebih seminggu (konfom le bulan ni kena bayor bil UNIFY) ermmm..bukan nak selesai kes, sebaliknya masih nak tanya samada angah nak ke tak nak UNIFY tu..haih!

nanti kami call puan semula ye...(adoi...bila nak selesai)

Apakah?



Monday, April 13, 2015

Karnival Jom MasukUM 2015

Eh eh...buat apa pulok main belon ni haha...

Jumaat dan Sabtu lepas UM atau lebih tepat IPS (Institut Pascasiswazah UM) telah mengadakan acara tahunan nya Karnival 'Jom Masuk UM! 2015'

Setiap Fakulti dikehendaki mengadakan pameran untuk bakal-bakal pelajar Sarjana dan juga PhD (Postgraduate student). Setiap Fakulti diberikan satu booth untuk tujuan pameran dan staf-staf bertugas untuk memberi info-info berkaitan. 

Walaupun Ijazah Tinggi ni bukan bidang kerja angah tapi disebabkan angah 'tukang ambik gambor Fakulti'  maka angah pun terlibatlah secara langsung.


Khamis, hari persiapan. belon ditiup awal, semasa di office lagi...banyak pulak belon meletop...aduhai pedih telinga
Tema fakulti angah tahun ni ala-ala party gitu, tu yang mebelon warna-warni tu...



ni dekat booth pameran dah


booth kosong

tadaaaa dah hampir siap
Seronok buat kerja ramai-ramai....bertambah erat silaturrahim sesama rakan sekerja


Ni di hari kejadian...
macam biasa photographer kena bergambor dulu...ihik..



Dato' Naib Canselor melawat booth fakulti angah...



Sempat main game kat booth Fakulti lain...



Yang manis bila booth Fakulti Angah menang 'Booth Paling Menarik'...yaaa berbaloi meniup belon!

 Kak Siti  dan piala


Sekian...sampai jumpa lagi...:D

Monday, April 06, 2015

Teman Pengganti

Ni komputer lama angah, diguna sejak 2004 hinggalah penghujung 2014...jahanam langsung tak boleh dibaiki. Tinggal monitor je, CPU dah buang, memang dah tak boleh pakai



Banyak berjasa menemani kesunyian hidup angah. Almaklum hujung minggu adalah hari berkerja Che Din, ini lah teman tempat meluah persaan, tempat membuang masa, tempat menghibur hati dan macam-macam lagi lah. Memang teman setia...

Namun sejak kerosakan totalnya angah jadi kebingungan di hujung minggu. Nak bertenet ngan henpon alahai sakit mata sebab henpon kecik sangat...

Setelah berbulan berdikit-dikit mengumpul uwang, maka dapatlah angah akan penggantinya...

tak mau dah beli komputer dekstop, nak jimat ruang dan lebih bebas menggunapakainya maka kami ambil keputusan beli Laptop


Taraaa...Teman Hati sedang mengcarry teman pengganti


Cak! Che Pinky uols...


TQ Che Din, lepas ni tak ada le aye boring bila Che Din gi  kerja



Sekian updet untuk kali ini, jumpa lagi jika diizinkan....

Wassalam.