Aduhai ada saje
yang tak kena, bila la nak lulus penuh ni! Ikut kan hati macam tak mau amik lesen
je, tapi dah bayor, rugi la pulakkan.
Memang stress le
amik lessen time umo dah tak berapa remaja ni. Ni nak pesan kat adik-adik
sekelian, kalo nak amik lessen amik le di kala anda masih muda remaja, masih fresh
dan ingatan masih kuat. Bukan apa senang nak ingat step dan tips daripada cikgu
driving tu..
Kalau masih
muda, hati pun tak mudah terkucil bila kena tinggi-tinggi suara ngan cikgu…kalo
udoh ganyut macam ni…hati sangat le sensitip ye…rasa nak kunyah je kepala cikgu
tu tiap kali dia ninggikan suara. Ate nak salahkan cikgu tu pun tak boleh juga,
udoh banyak kali diajornya, tapi tak hafal-hafal, mau tak angin dia ngan kita
hhuhuhu…
Masa pertama
kali amik test hari tu, angah tak lepas
di Bukit, kali ni bukit lepas cantik dah..bangga kejap rasa. Hamik ko masa
parking sisi, bontot kereta dah cecah tiang, Cuma tiang tu tak jatuh je. Nasib tak
baik plak masa tu ada 3 orang JPJ duduk kat checkpoint angah sebab 2 parking
lagi tak ada calon, dah tiga pasang mata
yang merati, maunya deme tak Nampak…teruih terbayang RM ku akan melayang lagi…
Awalnya angah
jangka angah akan lepas di litar berbanding jalanraya. Maklum le, masa traning
jalanraya cikgu tu dah macam fedup nak ngajar angah, sebab angah tak
pandai-pandai nak balance kan minyak ngan clutch, asik mati enjin je.. asik
naik antu je cikgu time ngajar kat jalanraya. Tapi Alhamdulillah masa test…
jalanraya lepas, macam tak percaya! Syukurrr kurangla separuh rasa stress tu..
Satu hal yang
angah perasan, angah selalu dapat penguji JPJ yang sangat baik hati, kali kedua
ni lagi baik dan peramah…sepanjang test, kami bersembang uollss …jadi, angah
dapat memandu dengan tenang sambil gelak-gelak..kerana tidak langsung dimarahi….Yang
kelakarnya siap bagi tazkirah pasai aurat sebab dia Nampak angah tak pakai
stoking huhuu terkena sebijik.
Yang syahdunya,
dia siap bagi nasihat suruh banyakkan membaca surah Maryam untuk dapatkan anak,
sebab soalan pertama yang dia tanya masa start kereta…’anak ada berapa?’ kuang kuang kuang……
So ke litar lagi
la minggu depan! haish