Monday, December 31, 2012

Azam Tahun Baru?

Owh, sudah melapasi jam 12.00 tengah malam, hari baru ya! 


Hey! Dah hujung tahun kan? Betul-betul punya hujung. Today is the last day for 2012! Persoalan ‘Azam Tahun Baru’ mula menyapa telinga, betul? Ermmm walaupun agak klise, tapi itulah yang kita kena hadap. 

So, bila orang tanya dah tentu kita perlu jawab ye tak?

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian….. 
Apakah azam tahun baru kalian? Dah berazam ke belum? 


Azam itu apa  maknanya ya?
mengikut kamus Dewan Edisi keempat, ia bermaksud ‘Kemahuan’ (keinginan, cita-cita dsb) yang sangat kuat.




Ada sesetengah orang punya banyak azam, bagi sesetengah pula hanya ada satu azam sahaja. Terpulanglah, yang penting adalah strategi dan cara untuk mengapainya.


Ada sesetengah orang azamnya berubah-ubah setiap tahun, bagi sesetengah orang pula hanya berazam pada hal yang sama (selagi tak tercapai, itu jugaklah azamnya)

Ada sesetengah orang azamnya sangat umum seperti: ‘saya mahu menjadi insan yang lebih baik’, bagi sesetengah orang pula azamnya sangat detail seperti: ‘saya mahu belajar mengaji/tajwid supaya dapat membaca Quran dengan lebih baik’.

Eh terpulanglah! Semuapun ok.

Angah! Apa azam kamu? Oh no! belum ada uols…izinkan daku menyoroti 2012, mungkin jumpa ruang-ruang yang boleh di’azam’kan kembali mahupun raung-ruang yang bisa mencetus idea ‘azam’ baru?

See you soon  ya!

Monday, December 24, 2012

FSSS Family Day 2012


Assalamualaikum
Alkisah hujung tahun, banyaklah aktiviti-aktiviti mengabihkan bajet, belanjawan mengurus dan sakneka benda yang melibatkan duit peruntukan tahunan. Kalo tak abihkan takot-takot bajet tahun akan datang akan di putung! Lebih baik aaabiskan...

Salah satu aktiviti yang paling pemes dihujung tahun adalah FAMILY DAY ...Yeyy!  Teruja nokss..

Tahun ni opis angah dapat bajet lebih, so daptlah buat  family day di luar KL.  Ohwyeh, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka menjadi destinasi . Sebenarnya bajet lebih diberi UM tu adalah untuk Bengkel Pengukuhan Staf, Family Day itu hanyalah aktiviti selitan aje...tapi tak apa lah, yang penting  dapat tido hotel kikiki...

Yang paling buat angah teruja tu sebab buat  julung-julung kalinya Che Din ikut serta, sumpah seronok, rase nak nanges pun ada beb, seronok sebab tak payah jawab soklan orang..’mana suami?’, ‘datang sorang ke?’ ‘suami tak ikot ker?’ ahak...cayang Che Din.

07 - 09 Disember  2012 tarikh kejadian, maka jadilah kami orang Melaka untuk 3 hari 2 malam.

Kita mulakan dengan tinjauan lokasi, Team penginapan telah beberapa kali berkunjung ke lokasi snap-snap gambor dan mencuba-cuba makan. Inilah loasinya:


Kolam luas giler, seronoklah kamu wahai kanak-kanak riang!

Ni lokasi untuk sukaneka, sebelah tu macam hutan, tapi ada lapangan untuk main tembak-tembak (pintball)

Jurulatih memanah pun ada - ia  termasuk dalam pakej

~~~*~~~

Persiapan-persiapan sebelum hari kejadian:-

heheh! koje koje juga, posing mesti...wajibun. 
Masa ni tengah masukkan roti, snaks dan ayo botoi dalam goodies bag. Akltiviti membalut hadiah cabutan bertuah dah buat awal-awal lagi

Nah! siap semua, tunggu nak angkut je nih

Hah! angkat, angkat jangan nak posing je

tu dia, lori 5 tan ni. Penuh uols

Dah sampai Puteri Resort....

Memanglah! posing lagi

Bengkel pertama bertajuk: Kerja Berpasukan

Tea time! Habis je bengkel berebut makan, lapor weh

Kannn dah kata, kanak-kanak riang ni, amak ayah dengar ceramah dalam bengkel, dorang dah berendam dah...

~~~*~~~

BBQ Dinner

Acara makan malam dimulakan dengan penyampaian sijil kepada staf cemerlang tahun 2012. Tahniah beb, semoga terus cemerlang 

Next...yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah. Angah kalo acara ni, memang jarang yang bertuah. Dalam banyak-banyak hadiah tu, angah dapat yang cokia je? haih!...gambor pun tak de, sebab diri sendiri yang pegang kemera

Sebahagian kanak-kanak riang (anak-anak staf)

Hari kedua, sambung berbengkel, kali ni tajuknya: Professionalism 

Habis bengkel, posing lagi

~~~*~~~
SUKANEKA...saya suka saya suka!
Tahun ni angah dalam kumpulan Rumah Hijau

Eceh...pestime bersukaneka dengan suami.lalalalala...

omak ko sangkut! hah!


Angah- mantan pemain hoki kebangsaan. Che Din- mantan juara Joran Berita Harian  kikikiki


Masa sarung guni ni, angah mula-mula lari, tapi macam tak pergi je, last-last melompat macam pocong, adui malam tu kembang peha...sengal badan sana sini...
Ish heran le, tahun lepas juara, tahun ni pun team angah juara..ish heran benor!

Selepas acara sukaneka ni, aktiviti bebas sampai keesokannya, ada yang ke Zoo, ada yang pergi Bandar Hilir, ada yang berendam kolam tak naik-naik. 
Angah? Qada tido, penat weh, sebab angah berlari sana-sini snap gambor.... photographer...katanye...



Ok sampai di sini saja...Bye bye




Wednesday, December 19, 2012

Edisi Pertama Kali : Aquaria KLCC


Hi kawan-kawan.Apa kabor? Harap sihat semuanya.

Lagi satu slot Edisi Pertama Kali untuk tatapan kawan-kawan semua. Aci eh..?  Sebenornya kering idea nak bercerita hujung-hujung tahun ni...Yeehaa...

Ok lah Angah ni dah lebih kurang 15 tahun bermastautin di KL..oh KL...dah berkali-kali jugak sampai ke KLCC - cuci mata, tapi ini lah kali pertama masuk ke Aquaria

Jom layan! dengan RM35 anda boleh meneroka suasana di Aqua ini ..

Anda dinasihatkan jangan pakai kasut tumit tinggi coz jauh benor nak berjalan ke tempat dituju...


memerang...sangat mencuti hati, sebab pandai beraksi, lagi ramai orang tgk  lagi 'galak' dia 

Tikus air..pasif le deme ni, tak bergerak langsung


hai.. tido che abang ni





ok tuan belog nak interprem...:D


Lorong ni lah yang buat angah teruja, ikan-ikan lalu lalang di atas kepala

cehh...muka kagum benor...


hohoho..ada santa krismas beri ikan makan


ni kat bahagian atas, tempat jualan sakneka cendrahati


bolehlah...jangan tak pernah pergi kata orang...nak menghabiskan masa lapang, tak de lah best sangat pun. Angah lemas sikit kat dalam ni sebab suasana dia kelam dan peram...
lagipun ikan-ikan itu hanya boleh dipandang, tak boleh dipegang...i rase boring you..

keluar dari aquaria tu terus rasa lapor, order bendallah ni... makaihhh harga..KLCC katanya...:D

Babai...see you later