Assalamualaikum kawan-kawan, harap sihat-sihat hendaknya.
Saban tahun Angah akan ambil peluang untuk bertugas di Majlis Konvokesyen, ternyata ia adalah perkara yang menyeronokkan.
Istiadat yang penuh protokol akan mendidik kita bagaimana meng- organised sesuatu majlis, berurusan dengan pelbagai golongan, terserlah adab tertibnya..
Yang nak dicerita bukan soal bertugasnya tu, tetapi yang lebih manis adalah hubungan sesama rakan sekerja se-universiti ni.
Dalam tugas harian, masuk opis keluar opis, hanya untuk urusan tugas sendiri, atau hal peribadi sendiri jarang memungkinkan angah berkenalan dengan rakan-rakan dari fakulti atau bahagian lain.
Namun dengan adanya Majlis setahun sekali ini, ramai kenalan baru yang Angah temui semasa bertugas sebagai Penyambut Tetamu di majlis Konvokesyen UM. Rakan-rakan yang ditemui di majlis ini, pada akhirnya akan meluaskan jaringan persahabatan dan memudahkan lagi urusan kerja harian. Itulah yang bagusnya.
Ini sebahagian daripada rakan-rakan dari fakulti lain, yang berjumpa seahun sekali di Majlis Konvo UM:
ni Kak Gi Fakulti Perubatan
Ni Liza, Unit ICR
Ni Che Nab, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Ni John, budak Internship dari Korea
Kak Izan, Ketua Penyambut Tetamu
ni Kak Nor, Fakulti Perubatan
Insyaalah, ada umur tahun depan kami berjumpa lagi...