Mengeluh lah, mengeluh…kalo itu
yang boleh melegakan hati dan perasaan. Sebenarnya tak baik mengeluhkan, macam
tak redha pulak dengan takdiri diri. Tapi apa yang boleh dibuat selain
mengeluh…mengenang, mengeluh, mengenang dan mengeluh lagi..pang! tampor seliang
kang baru tau.
Tapi bukan saja-saja tau… nak
mengeluh bagai, cuma.. tatkala dilanda sakit, terasa sangat terbeban jasad dan
fikiran ini… adakah youlls memahami….?
Sejak di diagnose ada fibroid
Februari 2012, bermulalah journey mengkaji macam-macam hal di internet tentang
penyakit ini. Jalan mudah nya ada, bedah kasi buang je, tapi masa tu masih
ngeri dengan pembedahan buang sys hujung tahun 2009, tak nak lah bedah
lagi…jadi perut ikan pulak perut ini nanti huk huk. Lagipun fibroid yang tumbuh
ni ada 4 ketul, yang paling besar berukuran 5cm and 3 lagi tu kecik-kecik.
Doktor hanya nak buang yang besar saja..sebab tak nak pendarahan yang banyak.
Bila ditanya, apa akan jadi dengan yang 3 lagi, kalau dia membesar adakah perlu
bedah lagi? Kata Doktor: Ya! makaih..asik kena bedah je le kejenya..erm…lepas
tu tak pergi follow up dah, sebab tak larat nak dengar doktor bebel pasal kena
buat keputusan untuk pembedahan dengan cepat.
Dek kerana kengkunun tak nak
dibedah, kenalah cari alternative way untuk mengcure panyakit ini… iaitu dengan
MEMBACA! Ya membaca kan jambatan ilmu…Jadinya
berdasarkan pembacaan, barulah tahu ada diet tertentu yang perlu diikuti, mulalah berpantang itu dan ini…macam-macam
tak boleh makan tau…paling tak boleh makan: Gamat dan Daging merah, susu juga selain
makanan proses, makanan bergula dan bergaram tinggi…ayam pun tak boleh, …hui…terjilat
pelat tengok orang lain makan sedap…tapi tak apalah, nak sihat kan. Pernah juga
pergi ke Johor berjumpa dengan seorang perawat yang dikhabarkan pandai ‘tuju’
penyakit termasuk fibroid. Cuba je lah, dia gosok perut dangan sejenis ubat serbuk dan tekan
urat di pangkal peha. Ajaibnya! Benjolan fibroid hilang serta merta! Eh?. Next
periodnya memang tak sakit. Tapi tu lah, perasaan ini ragu-ragu pulak dengan
cara pengubatannya. Seriau punya fasal, langsung tak follow up dah. Bulan
berikutnya…mula sakit kembali, benjolan di perutpun kembali terasa…
Klinik Haji Lokman (mertua Ashraf
Muslim) pun pernah dicuba, kali pertama datang di beri ayat dari Surah Muhammad
dan Surah Ar-Rad, amalkan baca 3x sehari selama 3 minggu. Next appointmentnya
dia bagi ayat dari Surah An-Nahl dan Surah Maryam. Tapi mungkin tak istiqamah
membaca surah-surah tu, ia bagai tidak berkesan sangat, tiada perubahan pun
pada size fibroid.
Lepas tu mendapat khabar bahawa
Biji Aprikot boleh mengecutkan fibroid, kompom la cuba kan. Setahun jugaklah
makan biji Aprikot ni sehingga pertengahan tahun 2013 dan bagusnya size fibroid
adalah maintain tak growing. Tapi kesan makan Biji Aprikot ni ala-ala kemo
pulak, habis badan jadi panas, rambut gugur teruk, kulit di bahagian tetentu
melecet, kuku pecah-pecah, lidah rasa terbakar… huargghhh… terpaksa stop makan,
and then bila stop makan Biji Aprikot ni, tu dia size fibroid ini seakan-akan
membuak-buak kebesarannya….start bleeding banyak, period datang berkali-kali
dan sakitnya hanya tuhan yang tahu….
Ketika itulah bermulanya diri ini
menjadi pengidap ANEMIA dan menjadi pengunjung Klinik Hematology. Sebelum
aidilfitri baru ni, tak dapat nak elak
daripada dimasukkan darah, eab HB sangat rendah, takut weh terima darah….dalam
kepala asik fikir takut kena HIV….tapi dah terpaksa terima jugak. Dapat lah 2
pack darah, tapi darah itu tak bertahan
dalam badan ni , semunya keluar balik ketika period. Akhirnya dirujuk semula ke
klinik Gyne pada 4 September baru ni…
Untuk drama di Gyne Clinic nanti kita sambung kemudian ye…
Salam manis untuk semua...:D