Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, May 13, 2019

Mak

Assalamualaikum....

Semalamat meneruskan ibadah puasa buat kawan-kawan semua. Semoga sihat dan kuat menjalani ibadah ini..

Semalam Mothers Day...

Walaupun tidak menyambutnya, tetapi saja suka suka mesti nak wish Happy Mothers Day kat Puan Zabidah Mohidi ni..

Semoga mak berterusan dalam peliharaan dan kasih sayang yang Maha Esa



Dating dengan abah..


Selamat Hari Ibu juga kepada semua kawan-kawan di sini yang bergelar ibu...semoga hidup kalian sentiasa di berkati...

Thursday, March 28, 2019

Sehelai Daun, Setitis Embun




Sesiapa yang membesar sekitar tahun 90-an seperti Angah, rasanya mesti pernah dengar lagu bertajuk Sehelai Daun Setitis Embun nyanyian Shasha....kan? Syahdu sungguh bila melayan lagu tersebut, lirik sedap, melodi sedap vocal Shasha juga merdu didengari.


Tapi Angah tak berhasrat bercerita tentang lagu tersebut, sebaliknya mahu memetik judul sama untuk tamsilan sebuah kehidupan bagi kita dan semua  yang bernama makhluk di muka bumi ini.

Hidup...sepanjang manakah agaknya hayat hidup kita ini? tidak tahu bukan?

Seingat Angah,  kematian terawal di kalangan orang yang hampir dengan Angah adalah rakan sekelas Angah, Arwah Zakaria, beliau meninggal ketika kami menunggu keputusan SPM, akibat apendiks ...berdetik hati...ya Allah...muda-muda dah di ambil pergi..


umpama sang daun yang mengering, layu dan gugur akhirnya...begitu usia...

Awal Januari lalu, keluarga Angah mendapat khabar, salah seorang saudara tua kami, iaitu Ibu Saudara emak Angah, kira pangkat Opah kepada Angah di masukkan wad kerana koma, rupanya beliau mengidap kenser kelenjar tahap 4. Umur beliau dalam lingkungan pertengahan 80-an.

Ya Allah...diusia begitu diserang kenser, luluh melihat ketidakmampuannya. Bayangkan keadaan beliau berhadapan chemotherapy dalam usia lanjut begitu...akhirnya beliau diambil pencipta bebrapa minggu kemudian. Innalillahiwainailahirojiun..

Dalam pada opah keluar masuk wad, sekali lagi kami menerima berita duka, kali ini saudara yang lagi hampir dengan Angah, iaitu adik lelaki kandung emak Angah, dimasukkan ke hospital kerana ada tumor di kepala..Allah.. 

Kepulangan Angah ke kampung pada minggu akhir Januari, berrezeki bertemunya, Auah Cho panggilan untuk beliau. Lemah hanya terbaring dan makan minum bersuap oleh isteri dan anak-anaknya. Cukup seminggu selepas itu, Ayah Cho bertemu cinta sejati dengan meninggalkan kami pada pagi Jumaat. Berturut-turut pemergian mereka...

Kedua-dua pergi bersebabkan kanser...ia sedikit menakutkan...tapi itulah kenyataan, bertabah sahaja dan berdoa akan kesihatan diri dan seluruh ahli keluarga.

Bagai arus air yang mengalir tanpa henti...pertengahan Februari, satu lagi berita duka menimpa keluarga emak Angah. Sepupu perempuan emak  dalam usia 59 tahun, didiagnos kenser paru-paru tahap 4 dan sedang bertarung dengan rawatan sehingga saat ini. Ya Allah...baru lagi  kehilangan dua ahli keluarga, sedih pun belum beransur pergi, duka bertimpa sekali lagi..

Mohon doakan emak saudara sepupu Angah ini kembali sihat.  Balik kampung baru-baru ini, Angah sempat ziarah beliau...ternyata masih kuat dan bersemgat, tapi sangat kurus dek kerana berpantang makan..Ya Allah limphkan kesembuhan buat beliau dan orang-orang yang sedang kau uji kesakitan. Ringankanlah kesakitan mereka dan berilah kesembuhan...

Sebagai keluarga hanya doa yang mampu dititipkan...dan belajar menerimanya sebagai ujian dan kehendak Allah.

Begitulah...giliran kita tidak tahu bila pula...usia sudah tentu tidak menjadi perkiraan jika telah sampai waktunya...

Semoga kehidupan kita semua berakhir dengan Husnulkhotimah..amin..




Friday, September 07, 2018

Kepulangan Yang Dinanti

Alamdulillah, Mak dan Abah telah selamat pulang ke tanahair dengan selamat dan sihat walafiat nampaknya...






Mengimbas di Jeddah

Flight mereka delay beberapa kali, jadual asal kata fly jam 8 pagi, delay ke 11 pagi, delay lagi ke  jam 1 petang...kami semua rasa sedih, sebab Mak dan Abah dah tiada duit riyal untuk beli makanan. Nak tukar duit riyal pakat semua malas dah la..

Tapi mak dan abah ok je, dugaan kecik je tu..


Kenangan sehari sebelum berlepas balik...

Warga emas semua naik scooter ...dah tak upaya berjalan..



Alhamdulillah berbanyaknya...

Melihat Mak dan Abah sangat ceria..



Monday, July 30, 2018

Lambaian Tanah Suci

Sambil sambil Chloe yang muncul dalam hidup kami laki bini...meh nak cerita pasai Mak and Abah Angah yang dah selamat sampai ke Kota Madinah pada penerbangan 21 Julai 2018.



Alhamdulillah....rezeki dari Allah, sampai serunya dan memanggil manggil Mak dan Abah untuk ke sana.

Bukan senang mengumpul duit bagi seoarang lelaki seperti Abah yang hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menampung hidup anak isteri sementelah mak pula hanya suri rumah.

Namun rezeki Allah tiada siapa yang dapat menafikannya, pun lanjut sudah usia meraka baru lah dapat mengerjakan haji, Alhamdulillah.

Dalam gembira hati dipaut sayu juga, maklumlah jauh beribu batu. Walau ada kecanggihan teknologi, Mak dan Abah bukanlah pengguna internet terlatih. telefon bimbit hanyalah untuk call dan jawab panggilan sahaja. Itu yang Angah risaukan...risau tidak dapat menghubungi mereka dan mereka tidak dapat menghubungi anak-anak..

Tapi sekali lagi kuasa Allah maha mengatasi segalanya, hilang segala kerisauan. Abah dan mak dapat rakan sebilik yang sangat baik dan muda, sudah tentu melalui mereka kami dapat update tentang Mak dan Abah. Alhamdulillah.

 Mak dan Abah sampai awal sehari ke KLIA, jadi kami telah menyewa homstay berhampiran Kompleks Tabung Haji...seronok layan cucu..


 Semoga Allah mudahkan urusan Mak dan Abah di sana..


Selamat berangkat, panjang usia bertemu ketika pulang pada 5 September nanti..Insyaallah..


Sehinga kini Mak dan Abah mengalami sakit-sakit tekak dan batuk...tapi tidaklah teruk, selain dah bershoping dan mengepos barangan dari Madinah, katanya bila sudah ke Mekah nanti tak perlu fikir nak beli barang lagi, fokus ibadah sahaja...ye la tu Mak..

Semoga urusan mak Abah tersu dipermudahkan Allah dan dapat menyempurnakan Ibadah sebaik mungkin.

 Pemandangan di Madinah...Terima kasih Roommate Abah, En. Fuad..(Baju Hijau)



 Semoga pulang dangn Haji yang Mambrur...

Wassalam





Monday, July 16, 2018

Kenduri Kendara Lebih Menyatukan Keluarga

Kisah Sabtu baru-baru ni.

Duapupu Angah berwalimatulurus.

Kami tidak lah rapat mungkin langsung dia tak cam Angah pun, sebab dia lahir dan besar di KL

Tetapi Ayahnya merangkap sepupu mak Angah kenal baik lah, sebab dia selalu balik kampung, rumah mak dia pun depan rumah Angah je, iaitu Opah Chu

Bukan hal tak rapat tu  yang Angah nak highlight;

******

Saudara mara Angah ni, ada sorang berdua yang sangat jaga keakraban berkeluarga, so bila ada majlis apa-apa, baik jauh atau dekat mereka akan plan untuk memenuhi undangan.

Seperti Majlis Sabtu lalu, majlis resepsi pengantin baharu itu berlangsung di Dewan Komuniti Taman Tun Dr. Ismail 

Maka berombongan cik kiah le dema, penuh sebijik bas dari Manong with love ke TTDI. macam biasa Abah dan mak Angah takkan melepas peluang untuk join sama, sementelah boleh jumpa anak dema yang jauh di mata ni ha...hihii..

Bebanding Raya, rasanya majlis kenduri kali ini lebih manis, kerana lebih ramai ahli keluarga yang bertemu mesra....indahnya rasa...bukan senang nak berlkumpul di bawah satu bumbung macam ni...

ok lah mari lihat keceriaan orang-orang Manong makan kenduri di TTDI :D

  Jom Pi Kenduri!..biasa la Angah je yang renyih sengsorang..

Rombongan Manong mari...sudah sampai..amboi, Paksu terus posing macam model

 Berbaju Pic, mak dan ayah pengantin

Cari dan selpi wit Mak-Abah dulu...


Abah kuat menyembang...

 Makcik dan makcik


 Ok mari mula cari mangsa untuk selpi!



 level anak buah Angah, kalau kami sepupu sepipit ni tak rajin berjumpa, alamat tak kenal lah budak-budak ni nanti..


 Antara saudara tertua dalam keluarga besar kami, Ayahlang...


Pengantin lama yang sudah kenyang, terima kasih Ayah Lop Dan Makyong Azie, atas jemputan bermakna ini...

Ni paling WIN, pengantin selamanya...siap request nak bergambor depan pelamin
adui mak-abah Angah ni..












Tuesday, July 03, 2018

Raya MakNgah 2018

Assalamualaikum Semua..















Raya tahun ni serba sederhana...baik persiapan mahupun perbelanjaan. Yang penting keberadaan bersama keluarga tercinta. Tiada muram tiada suram asalkan mereka yang tersayang ada di sisi. MakNgah happy!